Sunday, January 25, 2015

6 Tip Jadi Surirumah Sukses

Adakah anda surirumah sepenuh masa? Nak tip untuk jadi surirumah yang sukses tak? Saya yakin ramai isteri diluar sana yang bergelar surirumah sepenuh masa merasa rendah diri kerana menyandang gelaran tersebut. Saya juga surirumah sepenuh masa dan pada satu ketika juga pernah merasa rendah diri kerana tiada kerjaya walaupun saya merupakan seorang graduan universiti tempatan. Memang pada satu ketika saya merasakan alangkah sempurnanya hidup saya jika bergelar wanita berkerjaya yang profesional. Setiap hari tampil bergaya bak model terkenal...hiks.

Tapi itu dulu, sekarang saya bangga bergelar surirumah sepenuh masa yang menjana pendapatan 4 angka hanya dari rumah. Mana tak bangganya, anak-anak semua saya yang jaga dan diberikan susu ibu sepenuhnya sejak mereka lahir hingga ke usia 2 tahu setengah. Makan minum suami juga tak diabaikan...Alhamdulillah, itu satu kepuasan yang tak ternilai dalam hidup saya.



Jadi hari ini saya nak kongsi tips untuk menjadi surirumah yang sukses. Artikel ini saya baca di Majalah Mingguan Wanita keluaran Mei 2010. Sebaiknya perasaan rendah diri itu dibuang jauh-jauh kerana pada hakikatnya surirumah adalah satu kerjaya profesional yang menuntut kemahiran dan pengurusan waktu yang tepat. Jom kita tengok 6 tip agar kita semua menjadi surirumah yang sukses dunia dan akhirat.

Tip #1 : Maksimumkan kekuatan diri
Kita dilahirkan dengan potensi dan kemahiran yang berbeza. Jadi, gunakannya sebaik mungkin. Mungkin ada yang tertanya-tanya dan masih mencari potensi diri masing-masing. Ambil masa dan renungkan pencapaian anda dalam menguruskan rumah tangga kerana disebaliknya pasti akan terjumpa potensi diri anda. Contohnya jika anda memiliki anak-anak yang berjaya dalam pelajaran, maka tentunya selain guru dan usaha anak itu sendiri, ia juga adalah berkat didikan dan dorongan ibu itu sendiri. Setelah potensi disedari, manfaatkannya semaksimum mungkin. Teruskan usaha untuk mendorong dan memberi sokongan kepada anak-anak untuk mencapai lebih banyak kejayaan dalam hidup mereka.

Tip #2 : Minimumkan kelemahan
Dah kita ini namanya manusia, pasti banyak kekurangan dan kelemahan bukan? Sama juga dengan surirumah, walaupun saban hari melakukan pelbagai urusan rumah tangga namun ada juga tugas urusan yang tidak betah dilakukan. Jika anda merasakan satu-satu tugasan itu kurang mampu dilakukan, maka jangan segan minta bantuan daripada suami atau anak-anak. Selain membangkitkan semangat kerjasama, penglibatan suami dan anak-anak dalam urusan rumahtangga juga sebenarnya memantapkan lagi komunikasi antara keluarga. Insya Allah keakraban dalam hubungan kekeluargaan juga semakin subur.

Tip #3 : Mengagihkan tugas
Menjadi surirumah bermakna anda juga merupakan seorang pengurus keluarga. Antara tugasnya adalah untuk mendelegasikan  atau mengagihkan tugas kepada anggota keluarga yang lain.Kebijaksanaan dalam mengagihkan tugas ini sebenarnya banyak membantu surirumah agar menjadi lebih sukses.

Tip #4 : Tentukan keutamaan anda
Anda, suami dan anak-anak pastinya akan lebih senang dan tenang melihat suasana rumah yang tersusun dan kemas sentiasa kan? Tapi saya yakin anda juga mempunyai situasi rumah yang bersepah terutamanya jika mempunyai anak-anak yang masih kecil seperti saya. Sebenarnya semua ini boleh diraih jika anda bijak membahagikan waktu untuk melakukan tugasan mengikut priority.Misalnya menghantar anak ke kelas tuisyen adalah lebih baik daripada menghabiskan masa menonton sinetron dipetang hari .

Tip #5 : Bekerja lebih bijak, bukan lebih berat.
Jangan sesekali terdetik dihati kecil bahawa kerja-kerja rumah adalah suatu kerja yang berat. Jika ini yang ada dalam minda anda, ia akan mempengaruhi  psikologi yang akhirnya akan menyebabkan setiap pekerjaan yang dilakukan terasa berat dan membebankan.

Tip #6 : Mahir atur perbelanjaan keluarga
Ini antara tugas yang perlu dipikul oleh semua surirumah. Kita sememangnya perlu mahir mengatur perbelanjaan dan keperluan keluarga. Jangan sesekali membiarkan perbelanjaan melebihi pendapatan (wang yang diberikan suami setiap bulan). Oleh itu, sangat penting untuk kita merancang setiap perbelanjaan yang hendak dibuat. Jangan lupa membuat tabungan diawal bulan, bukan diakhir bulan ye.
Nah, itulah 6 tip yang boleh sama-sama kita praktikkan. Semoga semua ibu- ibu surirumah termasuk saya sendiri akan menjadi surirumah yang lebih sukses. Saya juga membuka peluang untuk semua surirumah yang berminat untuk menjana pendapatan dari rumah seperti saya, dengan bisnes Shaklee 100% secara online. Insya Allah ianya tidak akan mengganggu urusan rumahtangga kita, malah mungkin memberikan kita kepuasan kerana mampu membantu meningkatkan taraf ekonomi keluarga. Jika anda, kawan-kawan atau saudara mara anda berminat, jangan segan-segan untuk menghubungi saya ye.

Maria Ismail
Shaklee Independent Distributor (ID 946001)
SMS/WhatsApp (preferred) : 019-9593058
Pengedar Shaklee Kota Bharu, Kubang Kerian, Pasir Tumboh, Kedai Lalat, Bachok & Pasir Mas

0 comments :

Our Fanpage

Tinggalkan jejak anda disini

Followers

Labels

Agen detoks ( 2 ) Ahli Shaklee ( 3 ) ajar anak bijak ( 1 ) AJHT ( 2 ) Alahan Rhintis ( 1 ) Alahan/Morning Sickness ( 1 ) Alfalfa ( 4 ) Alfalfa Complex 5.testimoni set kurus shaklee - 720 6.harga set kurus shaklee - 480 7.kurus shaklee ( 1 ) Alfalfa Shaklee ( 5 ) Amalan jimat cermat ( 1 ) Anak cerewet makan ( 1 ) anak pintar ( 1 ) Anak Sekolah ( 2 ) angin pasang ( 1 ) anti penuaan ( 1 ) Antibiotik ( 1 ) Asma ( 1 ) Atasi jerawat ( 1 ) B Complex ( 5 ) B-Complex ( 1 ) Bahaya Rokok ( 1 ) banyakkan susu ibu ( 1 ) Basic H Shaklee ( 1 ) Batu Karang ( 1 ) Bayi ( 1 ) bekerja di rumah ( 2 ) Breastfeeding ( 1 ) Buah Pinggang ( 1 ) Cadangan Pemakanan Ostematrix ( 1 ) cara bancuh ESP ( 1 ) cara betul makan vitamin shaklee ( 1 ) Cara Makan Collagen ( 1 ) Cara makan Peppermint Ginger Plus ( 1 ) Cara menghilangkan jerawat ( 1 ) cara menguruskan stress ( 3 ) cara menurunkan berat badan ( 1 ) Chew Vita C ( 3 ) Cinch Shake ( 2 ) Cinch Tea ( 1 ) Coaching ( 1 ) Coenzyme Q10 ( 2 ) CoQ10 ( 3 ) CoQHealth Plus Shaklee ( 3 ) Daftar ahli Shaklee ( 2 ) Daftar keahlian ( 3 ) Dermatitis ( 1 ) DHA ( 1 ) diabetes ( 2 ) diabetes diet ( 1 ) diabetes symptoms ( 1 ) Diet ( 1 ) Diet Ibu Hamil ( 2 ) Dr Forest C. Shaklee ( 1 ) Enfuselle ( 1 ) EPA ( 1 ) EPO ( 1 ) eSell ( 1 ) ESP ( 9 ) ESP Shaklee ( 3 ) Free Membership ( 3 ) Garlic ( 1 ) Garlic Shaklee ( 3 ) Gastrik ( 1 ) Get Clean Home Care ( 1 ) Get Clean Water Pitcher ( 1 ) GLA ( 2 ) GLA Complex ( 2 ) GLA Complex Shaklee ( 3 ) Glukosamine ( 1 ) Healing krisis ( 1 ) Herblax ( 3 ) Hiasan dalaman ( 1 ) Hipertensi ( 2 ) Hypertension ( 1 ) Ibu cemerlang ( 1 ) Insomnia ( 1 ) iron ( 2 ) Jadi Ahli Shaklee ( 4 ) jana income ( 1 ) Jana Pendapatan ( 2 ) Jerawat ( 1 ) jerawat batu ( 1 ) kaitan iron & Vit C ( 1 ) kaki bengkak ( 1 ) Kalsium ( 1 ) Kanak-kanak ( 2 ) Kanser Paru-paru ( 1 ) Kawal perbelanjaan ( 1 ) Keahlian Percuma ( 2 ) Kebaikan Alfalfa Shaklee ( 2 ) Kebaikan buah kurma ( 1 ) Kebaikan ESP Shaklee ( 2 ) Kebaikan susu ibu ( 1 ) kecutkan jerawat ( 1 ) Kegawatan ekonomi ( 1 ) Kejang kaki ( 1 ) Kejangn Otot ( 1 ) Kekejangan Otot ( 2 ) Kelebihan Shaklee ( 1 ) keluarga bahagia ( 1 ) Kembung Perut ( 1 ) kenncing manis ( 1 ) Kepentingan kalsium untuk ibu hamil ( 1 ) Kepentingan kalsium untuk ibu menyusu ( 1 ) kepentingan vitamin kepada ibu mengandung ( 1 ) Kepentingan Zat Besi ( 1 ) Kesan kekurangan kalsium ( 1 ) Kesuburan Lelaki ( 1 ) Kesuburan Wanita ( 1 ) Khasiat daun pudina ( 1 ) kisah inspirasi shaklee ( 1 ) Kolesterol Baik( HDL) ( 1 ) Kolesterol Jahat(LDL) ( 1 ) kombinasi terbaik ESP ( 1 ) Konsep Moden Kontemporari ( 1 ) krisis pemulihan ( 1 ) kulit cantik ( 3 ) Kulit Kering ( 1 ) Kulit wajah cantik berseri ( 1 ) Kurus ( 2 ) Lactalbumin ( 1 ) Lecithin ( 4 ) Lecithin Shaklee ( 2 ) Makanan Tambahan ( 2 ) Masalah kencing tak lawas ( 1 ) masalah ketika hamil ( 1 ) Masalah mulut berbau ( 1 ) Masalah penuaan ( 1 ) Masalah rambut gugur ( 1 ) Mealshakes ( 8 ) Mighty 3 Gems ( 2 ) Minyak Ikan ( 1 ) Minyak ikan terbaik ( 1 ) Modal Rendah ( 1 ) Motivasi ( 1 ) Multivitamin Pertama ( 1 ) Multivitamin terbaik ( 1 ) Nutriferon ( 1 ) Obesiti ( 1 ) Oedema ( 1 ) Omega Guard ( 3 ) Omega Guard ( 7 ) Omega-3 ( 3 ) online bisnes ( 1 ) Order Online ( 1 ) Order Shaklee Online ( 1 ) Ostematrix ( 8 ) Osteomatrix Shaklee ( 1 ) Panduan ibu berkerjaya ( 1 ) Panduan Menggunakan eSell ( 1 ) Panduan Pemakanan ibu hamil ( 1 ) Parut ( 1 ) Pencuci Bebas Racun ( 1 ) Pencuci Serbaguna ( 1 ) Pengedar Shaklee ( 2 ) pengedar Shaklee Bachok ( 1 ) Pengedar Shaklee Kota Bharu ( 2 ) pengedar shaklee Kubang Kerian ( 1 ) Pengedar Shaklee Pasir Mas ( 1 ) penyakit diabetes ( 2 ) Penyakit hernia ( 1 ) Penyusuan ibu ( 1 ) Peppermint Ginger Plus ( 3 ) peranan surirumah ( 1 ) perbezaan soya shaklee ( 1 ) Performance Drink ( 1 ) Petua Kecantikan semulajadi ( 1 ) picky eaters ( 1 ) Pikcky Eaters ( 1 ) Pil Kalsium ( 1 ) Pil kalsium Shaklee ( 2 ) PMS ( 1 ) pregnancy set trimester 1 ( 1 ) Purifying Shampoo ( 1 ) Pusat menonjol ketika hamil ( 1 ) Rahsia anak bijak ( 1 ) Rahsia Awet Muda ( 3 ) Ramadhan 1436H ( 1 ) Rawat Keputihan ( 1 ) Rendahkan Kolesterol ( 1 ) Resdung ( 1 ) Revitalizing Shampoo ( 1 ) saat awal kenali Shaklee ( 1 ) Sakit Jantung ( 1 ) Sakit Kaki ( 1 ) Sakit Perut ( 1 ) Sakit Sendi ( 1 ) Sarapan pagi ( 1 ) Sejarah Shaklee ( 1 ) Selsema berpanjangan ( 1 ) Sembelit ( 1 ) Sembelit semasa pantang ( 1 ) Sendi ( 1 ) senggugut ( 1 ) Set berpuasa ( 1 ) Set Bersalin Shaklee ( 2 ) set darah tinggi Shaklee ( 1 ) set diabetes Shaklee ( 1 ) set hamil ( 3 ) set hamil shaklee ( 1 ) Set kecantikan Shaklee ( 2 ) Set Kesuburan ( 3 ) Set kesuburan Shaklee ( 3 ) Set Kulit Shaklee ( 3 ) set kurus shaklee ( 3 ) set mengandung Shaklee ( 1 ) Set Menyusu Bajet ( 1 ) Set Menyusu Shaklee ( 1 ) Set morning sicknes ( 1 ) Set Pantang Shaklee ( 1 ) Set rambut gugur ( 1 ) Set Resdung Shaklee ( 1 ) Set Sendi Shaklee ( 1 ) Set Senggugut Shaklee ( 1 ) Set Sinus Shaklee ( 1 ) Set Skin Care NutriWhite Shaklee ( 1 ) Set subur Shaklee ( 1 ) Shaklee Collagen Powder ( 3 ) Shaklee Independent Distributor ( 2 ) Shopping Cart ( 1 ) SID Kelantan ( 1 ) Sindrom pra-haid ( 1 ) Sinusitis ( 1 ) Sistemik lupus eritematosus (SLE) ( 1 ) Skin Care ( 1 ) Skin Care NutriWhite Shaklee ( 3 ) Skin Care Shaklee ( 2 ) SLE ( 1 ) Small Coaching ( 1 ) Sperma Lemah ( 1 ) Status Halal Shaklee ( 1 ) Stress ( 2 ) suami isteri romantis ( 1 ) Suami romantik ( 1 ) Sumbangan banjir ( 1 ) Suplement ( 1 ) Surirumah berjaya ( 1 ) tambah pendapatan ( 1 ) Tambah Tenaga ( 1 ) tanda-tanda penuaan ( 1 ) Target & Fokus ( 1 ) tekanan darah tinggi ( 1 ) Terapi Warna ( 1 ) Tingkatkan sistem imun tubuh ( 1 ) Tip atasi Stress ( 1 ) Tip berhenti hisap botol. ( 1 ) tip hadapi musibah ( 1 ) Tips ( 1 ) Tips diet sihat ( 1 ) Tips Jaga Sendi ( 1 ) Tips Kecantikan ( 1 ) Tutorial eSell ( 1 ) Uluran ( 1 ) urat bersimpul ( 1 ) Usahawan Shaklee ( 2 ) User Manual eSell ( 1 ) vena varikose ( 1 ) Vit C ( 1 ) Vita C ( 3 ) Vita C Shaklee ( 2 ) Vita E Complex ( 2 ) Vita-Lea ( 2 ) Vitalea ( 2 ) Vitalea for Children ( 2 ) Vitamin ACE ( 1 ) Vitamin B-Complex ( 1 ) Vitamin C ( 1 ) Vitamin D ( 1 ) Vitamin E Complex ( 2 ) Vitamin E Shaklee ( 2 ) Vitamin K ( 1 ) Vitamin semasa period ( 1 ) Vitamin sendi ( 1 ) Vitamin Shakee ( 1 ) Vitamin untuk pelajar ( 1 ) Vivix ( 2 ) Vivix Shaklee ( 5 ) WAHM ( 2 ) Zat besi ( 1 ) Zinc ( 2 ) Zinc Complex ( 3 )