Saturday, November 22, 2014

Punca kaki bengkak ketika hamil

Pengalaman hamil buat pertama kali sangat indah untuk dikenangkan. Masalah-masalah sepanjang kehamilan akibat perubahan hormon juga sering menjadi keluhan .Perubahan hormon inilah yang menyebabkan ibu hamil kerap muntah, pening kepala,tiada selera makan dan juga perubahan bentuk tubuh yang ketara.Jarang sangat ibu hamil yang bernasib baik dan tidak mengalami masalah-masalah ini. Namun, dalam banyak-banyak masalah ini, masalah kaki sembap dan bengkak adakalanya mengundang kegusaran kepada ibu hamil tambah-tambah lagi ketika usia kandungan belum lagi memasuki trimester ketiga.

Masalah kaki bengkak yang keterlaluan akan menyebabkan saiz kasut pun terpaksa ditukar. Tak pasal-pasal kena beli kasut baru.Sungguhpun masalah ini biasa berlaku kepada ibu-ibu hamil, tetapi saya yakin masih ramai yang tidak tahu punca sebenar masalah ini. Jadi, apa puncanya?
Punca bengkak kaki ketika hamil ini biasanya disebabkan oleh 2 faktor iaitu Oedema dan juga Vena Varikose.

Oedema
Oedema merujuk kepada pengumpulan cecair yang berlebihan di celah-celah tisu. Ia menyebabkan anggota badan kelihatan lebih besar dari biasa. Anggota badan yang biasa diserang Oedema ketika hamil ialah kaki.Oedema ini terjadi dalam 2 keadaan iaitu ;
1. Bila tekanan tinggi di dalam kapilari darah sehingga menyebabkan cecair melimpah keluar sel.
2. Bila berlaku pergerakan secara osmosis yang mana terdapat jurang kepekatan diantara cecair dalam dan luar sel.

Petanda penyakit serius
Umum menyangka, ia hanya penyakit biasa dan tidak memberi apa-apa maksud, namun ia boleh memberi petanda penyakit yang cukup serius sedang dihadapi antaranya;
  • Masalah jantung - oedema pada kaki.
  • Masalah buah pinggang - oedema pada muka terutamanya periorbital(dikelilingi kedua-dua mata).
  • Masalah darah tinggi - oedema pada kedua belah kaki.
  • Masalah hati - oedema pada bahagian perut. Perut kelihatan buncit hingga boleh menyebabkan sesak nafas.
Panduan mengatasi
  • Oedema boleh diatasi dengan membanyakkan rehat, dan pastikan kaki berada pada paras jantung.
  • Dapatkan pemeriksaan doktor, dikhuatiri darah tinggi yang meningkat menyebabkan terjadinya oedema.
  • Elakkan menjuntaikan kaki terlalu lama, sebaiknya ibu hamil meletakkan kaki lebih tinggi sedikit seperti kotak ketika duduk dikerusi.
  • Sekiranya perlu berdiri terlalu lama sewaktu bekerja, oedema boleh dielakkan dengan penggunaan stoking elastik.
Vena Varikose
Selain Oedema masalah bengkak kaki ketika hamil boleh juga disebabkan oleh vena varikose. Ia merujuk kepada masalah saluran darah yang mengembang dan saliran darah tidak lancar. Ia juga boleh disebabkan oleh kerosakan injap salur darah yang rosak dan tidak dapat menolak darah naik semula keatas dengan berkesan.
   Darah yang berkumpul di dalam vena menyebabkan vena semakin mengembang. Kandungan darah yang kaya dengan heme(zat besi) menjadikan kawasan itu sering terasa gatal dan kadang kala berkudis. Selain itu, faktor hormon progesteron yang banyak di dalam darah juga menyebabkan saluran darah mengembang dan membengkak.

Bahaya menanti
  1. Boleh menyebabkan DVT(Deep Vein Thrombosis) iaitu pembekuan darah yang boleh menyebebkan saluran darah tersumbat dan boleh mendatangkan bahaya jika menuju ke jantung atau otak.
  2. Varikose ekzema-kudis pada kulit disebabkan oleh kandungan heme dalam darah yang tinggi.
  3. Pendarahan boleh berlaku disebabkan salur darah yang mengembang itu akhirnya pecah.

Panduan mengatasi
  • Ubat seperti dafilan yang boleh mengecutkan semula saluran darah yang bengkak.
  • Menggunakan stoking elastik dan 'crepe bandage' bagi menekan kawasan varikose.
  • Elakkan berdiri terlalu lama, sebaiknya ibu hamil banyakkan berehat dan duduk.
  • Terdapat rawatan seperti pembedahan bagi kes vena verikose yang kronik iaitu kaedah stripping bagi membuang vena yang rosak. 
Uuntuk pertanyaan berkaitan vitamin Shaklee dan set cadangan untuk mengatasi kaki bengkak ketika hamil, anda boleh hubungi saya untuk konsultasi percuma.


2 comments :

Norhayati Suaib said...

Alhamdulillah,masa hamil saya tidak mengalami kaki bengkak.

Maria Ismail said...

Norhayati Suaib, boleh share tak tips yang diamalkan...tq

Our Fanpage

Tinggalkan jejak anda disini

Followers

Labels

Agen detoks ( 2 ) Ahli Shaklee ( 3 ) ajar anak bijak ( 1 ) AJHT ( 2 ) Alahan Rhintis ( 1 ) Alahan/Morning Sickness ( 1 ) Alfalfa ( 4 ) Alfalfa Complex 5.testimoni set kurus shaklee - 720 6.harga set kurus shaklee - 480 7.kurus shaklee ( 1 ) Alfalfa Shaklee ( 5 ) Amalan jimat cermat ( 1 ) Anak cerewet makan ( 1 ) anak pintar ( 1 ) Anak Sekolah ( 2 ) angin pasang ( 1 ) anti penuaan ( 1 ) Antibiotik ( 1 ) Asma ( 1 ) Atasi jerawat ( 1 ) B Complex ( 5 ) B-Complex ( 1 ) Bahaya Rokok ( 1 ) banyakkan susu ibu ( 1 ) Basic H Shaklee ( 1 ) Batu Karang ( 1 ) Bayi ( 1 ) bekerja di rumah ( 2 ) Breastfeeding ( 1 ) Buah Pinggang ( 1 ) Cadangan Pemakanan Ostematrix ( 1 ) cara bancuh ESP ( 1 ) cara betul makan vitamin shaklee ( 1 ) Cara Makan Collagen ( 1 ) Cara makan Peppermint Ginger Plus ( 1 ) Cara menghilangkan jerawat ( 1 ) cara menguruskan stress ( 3 ) cara menurunkan berat badan ( 1 ) Chew Vita C ( 3 ) Cinch Shake ( 2 ) Cinch Tea ( 1 ) Coaching ( 1 ) Coenzyme Q10 ( 2 ) CoQ10 ( 3 ) CoQHealth Plus Shaklee ( 3 ) Daftar ahli Shaklee ( 2 ) Daftar keahlian ( 3 ) Dermatitis ( 1 ) DHA ( 1 ) diabetes ( 2 ) diabetes diet ( 1 ) diabetes symptoms ( 1 ) Diet ( 1 ) Diet Ibu Hamil ( 2 ) Dr Forest C. Shaklee ( 1 ) Enfuselle ( 1 ) EPA ( 1 ) EPO ( 1 ) eSell ( 1 ) ESP ( 9 ) ESP Shaklee ( 3 ) Free Membership ( 3 ) Garlic ( 1 ) Garlic Shaklee ( 3 ) Gastrik ( 1 ) Get Clean Home Care ( 1 ) Get Clean Water Pitcher ( 1 ) GLA ( 2 ) GLA Complex ( 2 ) GLA Complex Shaklee ( 3 ) Glukosamine ( 1 ) Healing krisis ( 1 ) Herblax ( 3 ) Hiasan dalaman ( 1 ) Hipertensi ( 2 ) Hypertension ( 1 ) Ibu cemerlang ( 1 ) Insomnia ( 1 ) iron ( 2 ) Jadi Ahli Shaklee ( 4 ) jana income ( 1 ) Jana Pendapatan ( 2 ) Jerawat ( 1 ) jerawat batu ( 1 ) kaitan iron & Vit C ( 1 ) kaki bengkak ( 1 ) Kalsium ( 1 ) Kanak-kanak ( 2 ) Kanser Paru-paru ( 1 ) Kawal perbelanjaan ( 1 ) Keahlian Percuma ( 2 ) Kebaikan Alfalfa Shaklee ( 2 ) Kebaikan buah kurma ( 1 ) Kebaikan ESP Shaklee ( 2 ) Kebaikan susu ibu ( 1 ) kecutkan jerawat ( 1 ) Kegawatan ekonomi ( 1 ) Kejang kaki ( 1 ) Kejangn Otot ( 1 ) Kekejangan Otot ( 2 ) Kelebihan Shaklee ( 1 ) keluarga bahagia ( 1 ) Kembung Perut ( 1 ) kenncing manis ( 1 ) Kepentingan kalsium untuk ibu hamil ( 1 ) Kepentingan kalsium untuk ibu menyusu ( 1 ) kepentingan vitamin kepada ibu mengandung ( 1 ) Kepentingan Zat Besi ( 1 ) Kesan kekurangan kalsium ( 1 ) Kesuburan Lelaki ( 1 ) Kesuburan Wanita ( 1 ) Khasiat daun pudina ( 1 ) kisah inspirasi shaklee ( 1 ) Kolesterol Baik( HDL) ( 1 ) Kolesterol Jahat(LDL) ( 1 ) kombinasi terbaik ESP ( 1 ) Konsep Moden Kontemporari ( 1 ) krisis pemulihan ( 1 ) kulit cantik ( 3 ) Kulit Kering ( 1 ) Kulit wajah cantik berseri ( 1 ) Kurus ( 2 ) Lactalbumin ( 1 ) Lecithin ( 4 ) Lecithin Shaklee ( 2 ) Makanan Tambahan ( 2 ) Masalah kencing tak lawas ( 1 ) masalah ketika hamil ( 1 ) Masalah mulut berbau ( 1 ) Masalah penuaan ( 1 ) Masalah rambut gugur ( 1 ) Mealshakes ( 8 ) Mighty 3 Gems ( 2 ) Minyak Ikan ( 1 ) Minyak ikan terbaik ( 1 ) Modal Rendah ( 1 ) Motivasi ( 1 ) Multivitamin Pertama ( 1 ) Multivitamin terbaik ( 1 ) Nutriferon ( 1 ) Obesiti ( 1 ) Oedema ( 1 ) Omega Guard ( 3 ) Omega Guard ( 7 ) Omega-3 ( 3 ) online bisnes ( 1 ) Order Online ( 1 ) Order Shaklee Online ( 1 ) Ostematrix ( 8 ) Osteomatrix Shaklee ( 1 ) Panduan ibu berkerjaya ( 1 ) Panduan Menggunakan eSell ( 1 ) Panduan Pemakanan ibu hamil ( 1 ) Parut ( 1 ) Pencuci Bebas Racun ( 1 ) Pencuci Serbaguna ( 1 ) Pengedar Shaklee ( 2 ) pengedar Shaklee Bachok ( 1 ) Pengedar Shaklee Kota Bharu ( 2 ) pengedar shaklee Kubang Kerian ( 1 ) Pengedar Shaklee Pasir Mas ( 1 ) penyakit diabetes ( 2 ) Penyakit hernia ( 1 ) Penyusuan ibu ( 1 ) Peppermint Ginger Plus ( 3 ) peranan surirumah ( 1 ) perbezaan soya shaklee ( 1 ) Performance Drink ( 1 ) Petua Kecantikan semulajadi ( 1 ) picky eaters ( 1 ) Pikcky Eaters ( 1 ) Pil Kalsium ( 1 ) Pil kalsium Shaklee ( 2 ) PMS ( 1 ) pregnancy set trimester 1 ( 1 ) Purifying Shampoo ( 1 ) Pusat menonjol ketika hamil ( 1 ) Rahsia anak bijak ( 1 ) Rahsia Awet Muda ( 3 ) Ramadhan 1436H ( 1 ) Rawat Keputihan ( 1 ) Rendahkan Kolesterol ( 1 ) Resdung ( 1 ) Revitalizing Shampoo ( 1 ) saat awal kenali Shaklee ( 1 ) Sakit Jantung ( 1 ) Sakit Kaki ( 1 ) Sakit Perut ( 1 ) Sakit Sendi ( 1 ) Sarapan pagi ( 1 ) Sejarah Shaklee ( 1 ) Selsema berpanjangan ( 1 ) Sembelit ( 1 ) Sembelit semasa pantang ( 1 ) Sendi ( 1 ) senggugut ( 1 ) Set berpuasa ( 1 ) Set Bersalin Shaklee ( 2 ) set darah tinggi Shaklee ( 1 ) set diabetes Shaklee ( 1 ) set hamil ( 3 ) set hamil shaklee ( 1 ) Set kecantikan Shaklee ( 2 ) Set Kesuburan ( 3 ) Set kesuburan Shaklee ( 3 ) Set Kulit Shaklee ( 3 ) set kurus shaklee ( 3 ) set mengandung Shaklee ( 1 ) Set Menyusu Bajet ( 1 ) Set Menyusu Shaklee ( 1 ) Set morning sicknes ( 1 ) Set Pantang Shaklee ( 1 ) Set rambut gugur ( 1 ) Set Resdung Shaklee ( 1 ) Set Sendi Shaklee ( 1 ) Set Senggugut Shaklee ( 1 ) Set Sinus Shaklee ( 1 ) Set Skin Care NutriWhite Shaklee ( 1 ) Set subur Shaklee ( 1 ) Shaklee Collagen Powder ( 3 ) Shaklee Independent Distributor ( 2 ) Shopping Cart ( 1 ) SID Kelantan ( 1 ) Sindrom pra-haid ( 1 ) Sinusitis ( 1 ) Sistemik lupus eritematosus (SLE) ( 1 ) Skin Care ( 1 ) Skin Care NutriWhite Shaklee ( 3 ) Skin Care Shaklee ( 2 ) SLE ( 1 ) Small Coaching ( 1 ) Sperma Lemah ( 1 ) Status Halal Shaklee ( 1 ) Stress ( 2 ) suami isteri romantis ( 1 ) Suami romantik ( 1 ) Sumbangan banjir ( 1 ) Suplement ( 1 ) Surirumah berjaya ( 1 ) tambah pendapatan ( 1 ) Tambah Tenaga ( 1 ) tanda-tanda penuaan ( 1 ) Target & Fokus ( 1 ) tekanan darah tinggi ( 1 ) Terapi Warna ( 1 ) Tingkatkan sistem imun tubuh ( 1 ) Tip atasi Stress ( 1 ) Tip berhenti hisap botol. ( 1 ) tip hadapi musibah ( 1 ) Tips ( 1 ) Tips diet sihat ( 1 ) Tips Jaga Sendi ( 1 ) Tips Kecantikan ( 1 ) Tutorial eSell ( 1 ) Uluran ( 1 ) urat bersimpul ( 1 ) Usahawan Shaklee ( 2 ) User Manual eSell ( 1 ) vena varikose ( 1 ) Vit C ( 1 ) Vita C ( 3 ) Vita C Shaklee ( 2 ) Vita E Complex ( 2 ) Vita-Lea ( 2 ) Vitalea ( 2 ) Vitalea for Children ( 2 ) Vitamin ACE ( 1 ) Vitamin B-Complex ( 1 ) Vitamin C ( 1 ) Vitamin D ( 1 ) Vitamin E Complex ( 2 ) Vitamin E Shaklee ( 2 ) Vitamin K ( 1 ) Vitamin semasa period ( 1 ) Vitamin sendi ( 1 ) Vitamin Shakee ( 1 ) Vitamin untuk pelajar ( 1 ) Vivix ( 2 ) Vivix Shaklee ( 5 ) WAHM ( 2 ) Zat besi ( 1 ) Zinc ( 2 ) Zinc Complex ( 3 )