Sunday, October 19, 2014

Bangkitkan Keseronokan Ketika Bekerja

Perkongsian saya lebih kepada isu-isu semasa berkaitan wanita. Jadi, kali ini saya nak kongsikan tip-tip untuk membangkitkan keseronokan semasa berada di pejabat khas untuk wanita-wanita yang berkerjaya. Untuk ibu-ibu WAHM seperti saya, berada dan bekerja dari rumah sudah cukup memberikan keserokonan kepada kami kerana tidak terikat dengan arahan orang-orang atasan dan memiliki waktu kerja yang fleksibel.

Saya akui sangat kagum dengan ibu-ibu yang berkerjaya yang dapat menyempurnakan tugas-tugas di pejabat dan juga tugas dirumah serentak. Anda memang hebat!Memang menjadi wanita berkerjaya bukanlah mudah, apatah lagi dalam masa yang sama andalah ibu, andalah isteri. Segalanya memerlukan perancangan dan jadual yang tersusun supaya semua urusan berjalan dengan sempurna. Jika semuanya sempurna, insya Allah tekanan perasaan ataupun stress dapat diatasi. Sekiranya anda tertekan atau stress, diri kita lebih beremosi dan ketidakseronokan dalam melakukan kerja-kerja pejabat juga terganggu.

Jangan biarkan masalah-masalah sekeliling menjadi penghalang untuk anda cemerlang di pejabat. Keseronokan kala bekerja sangat penting untuk membangkitkan momentum atau semangat untuk menjalankan tugas-tugas hakiki. Antara tip yang akan saya kongsikan untuk membangkitkan keseronokan ketika bekerja ialah :

  1. Merancang tugas dengan betul
  2. Mengeratkan silaturahim
  3. Bersangka baik
  4. Berpakaian kemas, menarik dan selesa
  5. Merancang kewangan
  6. Elakkan sikap tangguh menangguh
Merancang tugas dengan betul
Setiap perkara memerlukan perancangan. Kami WAHM juga perlu merancang. Tanpa perancangan, pincanglah tugas ataupun tujuan kita. Jadi, adalah lebih baik kita sediakan diari atau buku khas untuk merancang apa-apa saja yang berkaitan. Catatkan dalam diari tersebut segala temujanji, tarikh mesyuarat dan juga date-line tugasan tertentu. Kegagalan berbuat demikian pastinya akan membuatkan segalanya menjadi kelam kabut dan tidak terurus. Selaras dengan perkembangan teknologi, kini anda juga boleh membuat dan menyimpan notadalam telefon bimbit sahaja.


Mengeratkan silaturahim
Bekerja di dalam sesebuah syarikat bermakna anda akan berurusan dengan semua kakitangan syarikat berkenaan. Justeru itu, sangat penting untuk anda mempunyai hubungan dan mengeratkan silaturahim antara satu sama lain. Urusan juga mungkin bertambah mudah dan hati pun akan senang dan tenang. Dari situlah akan timbulnya keseronokan.

Bersangka baik
Bersangka baik terutamanya apabila diberikan tugasan tambahan oleh ketua anda. Anggaplah itu sebagai cabaran dan bukannya pembulian. Sangat penting untuk berfikiran positif kerana jika anda beranggapan negetif, maka hilanglah keseronokan dan ini boleh mengakibatkan kerjaya anda menjadi bosan.

Berpakaian kemas, menarik dan selesa
Penampilan dan personaliti anda adalah antara faktor penting yang membawa kepada keseronokan untuk bekerja. Berpakaian kemas, menarik dan selesa setiap kali datang ke pejabat akan membuatkan anda lebih berkeyakinan terhadap kemampuan diri sendiri juga.

Merancang kewangan
Faktor kewangan/gaji yang selesa juga antara faktor yang membuatkan seseorang itu lebih seronok untuk bekerja. Jika selalu kehabisan wang kerana tidak bijak mengurus kewangan, mana nak datang persaan seronok, betul tak? Rancanglah kewangan anda dengan baik. Jangan lupa asingkan wang yang perlu digunakan untuk membayar bil, upah pengasuh, keperluan pampers dan susu anak-anak, ansuran kereta, rumah dan sebagainya. Seelok-eloknya simpanlah 10% daripada jumlah gaji anda untuk keperluan ketika masa susah dan kecemnasan.
"Ada wang, hati pun seronok untuk bekerja dan bekerja"

Elakkan sikap tangguh menangguh
Membuat kerja dalam keadaaan tergesa-gesa sangat membebankan otak. Jadi, jika ada tugasan yang perlu dibuat, jangan bertangguh untuk menyiapkannya. Kerja bertangguh akan membuatkan kita tidak mempunyai masa yang cukup untuk menguruskan segala tugasan. Sama juga bagi kami WAHM, jika anda pinggan manggkuk dalam sink, jangan tangguh. Basuh dulu dan bersihkan dulu sebelum memulakan kerja. Pendek kata bertangguh itu sangatlah tidak bagus untuk diamalkan.

Sekian perkongsian untuk kali ini. Semoga bermanfaat. Jika anda memerlukan makanan tambahan akibat terlalu stress dan tidak bertenaga, saya boleh cadangkan beberapa vitamin yang sesuai untuk anda...Ekslusif dari Shaklee. Insya Allah sama-sama kita berkongsi kebaikan....

Jika anda nak merasa keseronokan bekerja dari rumah seperti saya, jom mulakan langkah pertama anda sekarang. Daftar keahlian anda sekarang.

https://docs.google.com/forms/d/1aJvg0Jel6FGQLYAG0hH-x7EqBvABRFvntIflaucfwVU/viewform

Jika ada apa-apa pertanyaan, boleh segera hubungi saya, Maria Ismail.
Pengedar Shaklee Kota Bharu, Kubang Kerian, Bachok & Pasir Mas


0 comments :

Our Fanpage

Tinggalkan jejak anda disini

Followers

Labels

Agen detoks ( 2 ) Ahli Shaklee ( 3 ) ajar anak bijak ( 1 ) AJHT ( 2 ) Alahan Rhintis ( 1 ) Alahan/Morning Sickness ( 1 ) Alfalfa ( 4 ) Alfalfa Complex 5.testimoni set kurus shaklee - 720 6.harga set kurus shaklee - 480 7.kurus shaklee ( 1 ) Alfalfa Shaklee ( 5 ) Amalan jimat cermat ( 1 ) Anak cerewet makan ( 1 ) anak pintar ( 1 ) Anak Sekolah ( 2 ) angin pasang ( 1 ) anti penuaan ( 1 ) Antibiotik ( 1 ) Asma ( 1 ) Atasi jerawat ( 1 ) B Complex ( 5 ) B-Complex ( 1 ) Bahaya Rokok ( 1 ) banyakkan susu ibu ( 1 ) Basic H Shaklee ( 1 ) Batu Karang ( 1 ) Bayi ( 1 ) bekerja di rumah ( 2 ) Breastfeeding ( 1 ) Buah Pinggang ( 1 ) Cadangan Pemakanan Ostematrix ( 1 ) cara bancuh ESP ( 1 ) cara betul makan vitamin shaklee ( 1 ) Cara Makan Collagen ( 1 ) Cara makan Peppermint Ginger Plus ( 1 ) Cara menghilangkan jerawat ( 1 ) cara menguruskan stress ( 3 ) cara menurunkan berat badan ( 1 ) Chew Vita C ( 3 ) Cinch Shake ( 2 ) Cinch Tea ( 1 ) Coaching ( 1 ) Coenzyme Q10 ( 2 ) CoQ10 ( 3 ) CoQHealth Plus Shaklee ( 3 ) Daftar ahli Shaklee ( 2 ) Daftar keahlian ( 3 ) Dermatitis ( 1 ) DHA ( 1 ) diabetes ( 2 ) diabetes diet ( 1 ) diabetes symptoms ( 1 ) Diet ( 1 ) Diet Ibu Hamil ( 2 ) Dr Forest C. Shaklee ( 1 ) Enfuselle ( 1 ) EPA ( 1 ) EPO ( 1 ) eSell ( 1 ) ESP ( 9 ) ESP Shaklee ( 3 ) Free Membership ( 3 ) Garlic ( 1 ) Garlic Shaklee ( 3 ) Gastrik ( 1 ) Get Clean Home Care ( 1 ) Get Clean Water Pitcher ( 1 ) GLA ( 2 ) GLA Complex ( 2 ) GLA Complex Shaklee ( 3 ) Glukosamine ( 1 ) Healing krisis ( 1 ) Herblax ( 3 ) Hiasan dalaman ( 1 ) Hipertensi ( 2 ) Hypertension ( 1 ) Ibu cemerlang ( 1 ) Insomnia ( 1 ) iron ( 2 ) Jadi Ahli Shaklee ( 4 ) jana income ( 1 ) Jana Pendapatan ( 2 ) Jerawat ( 1 ) jerawat batu ( 1 ) kaitan iron & Vit C ( 1 ) kaki bengkak ( 1 ) Kalsium ( 1 ) Kanak-kanak ( 2 ) Kanser Paru-paru ( 1 ) Kawal perbelanjaan ( 1 ) Keahlian Percuma ( 2 ) Kebaikan Alfalfa Shaklee ( 2 ) Kebaikan buah kurma ( 1 ) Kebaikan ESP Shaklee ( 2 ) Kebaikan susu ibu ( 1 ) kecutkan jerawat ( 1 ) Kegawatan ekonomi ( 1 ) Kejang kaki ( 1 ) Kejangn Otot ( 1 ) Kekejangan Otot ( 2 ) Kelebihan Shaklee ( 1 ) keluarga bahagia ( 1 ) Kembung Perut ( 1 ) kenncing manis ( 1 ) Kepentingan kalsium untuk ibu hamil ( 1 ) Kepentingan kalsium untuk ibu menyusu ( 1 ) kepentingan vitamin kepada ibu mengandung ( 1 ) Kepentingan Zat Besi ( 1 ) Kesan kekurangan kalsium ( 1 ) Kesuburan Lelaki ( 1 ) Kesuburan Wanita ( 1 ) Khasiat daun pudina ( 1 ) kisah inspirasi shaklee ( 1 ) Kolesterol Baik( HDL) ( 1 ) Kolesterol Jahat(LDL) ( 1 ) kombinasi terbaik ESP ( 1 ) Konsep Moden Kontemporari ( 1 ) krisis pemulihan ( 1 ) kulit cantik ( 3 ) Kulit Kering ( 1 ) Kulit wajah cantik berseri ( 1 ) Kurus ( 2 ) Lactalbumin ( 1 ) Lecithin ( 4 ) Lecithin Shaklee ( 2 ) Makanan Tambahan ( 2 ) Masalah kencing tak lawas ( 1 ) masalah ketika hamil ( 1 ) Masalah mulut berbau ( 1 ) Masalah penuaan ( 1 ) Masalah rambut gugur ( 1 ) Mealshakes ( 8 ) Mighty 3 Gems ( 2 ) Minyak Ikan ( 1 ) Minyak ikan terbaik ( 1 ) Modal Rendah ( 1 ) Motivasi ( 1 ) Multivitamin Pertama ( 1 ) Multivitamin terbaik ( 1 ) Nutriferon ( 1 ) Obesiti ( 1 ) Oedema ( 1 ) Omega Guard ( 3 ) Omega Guard ( 7 ) Omega-3 ( 3 ) online bisnes ( 1 ) Order Online ( 1 ) Order Shaklee Online ( 1 ) Ostematrix ( 8 ) Osteomatrix Shaklee ( 1 ) Panduan ibu berkerjaya ( 1 ) Panduan Menggunakan eSell ( 1 ) Panduan Pemakanan ibu hamil ( 1 ) Parut ( 1 ) Pencuci Bebas Racun ( 1 ) Pencuci Serbaguna ( 1 ) Pengedar Shaklee ( 2 ) pengedar Shaklee Bachok ( 1 ) Pengedar Shaklee Kota Bharu ( 2 ) pengedar shaklee Kubang Kerian ( 1 ) Pengedar Shaklee Pasir Mas ( 1 ) penyakit diabetes ( 2 ) Penyakit hernia ( 1 ) Penyusuan ibu ( 1 ) Peppermint Ginger Plus ( 3 ) peranan surirumah ( 1 ) perbezaan soya shaklee ( 1 ) Performance Drink ( 1 ) Petua Kecantikan semulajadi ( 1 ) picky eaters ( 1 ) Pikcky Eaters ( 1 ) Pil Kalsium ( 1 ) Pil kalsium Shaklee ( 2 ) PMS ( 1 ) pregnancy set trimester 1 ( 1 ) Purifying Shampoo ( 1 ) Pusat menonjol ketika hamil ( 1 ) Rahsia anak bijak ( 1 ) Rahsia Awet Muda ( 3 ) Ramadhan 1436H ( 1 ) Rawat Keputihan ( 1 ) Rendahkan Kolesterol ( 1 ) Resdung ( 1 ) Revitalizing Shampoo ( 1 ) saat awal kenali Shaklee ( 1 ) Sakit Jantung ( 1 ) Sakit Kaki ( 1 ) Sakit Perut ( 1 ) Sakit Sendi ( 1 ) Sarapan pagi ( 1 ) Sejarah Shaklee ( 1 ) Selsema berpanjangan ( 1 ) Sembelit ( 1 ) Sembelit semasa pantang ( 1 ) Sendi ( 1 ) senggugut ( 1 ) Set berpuasa ( 1 ) Set Bersalin Shaklee ( 2 ) set darah tinggi Shaklee ( 1 ) set diabetes Shaklee ( 1 ) set hamil ( 3 ) set hamil shaklee ( 1 ) Set kecantikan Shaklee ( 2 ) Set Kesuburan ( 3 ) Set kesuburan Shaklee ( 3 ) Set Kulit Shaklee ( 3 ) set kurus shaklee ( 3 ) set mengandung Shaklee ( 1 ) Set Menyusu Bajet ( 1 ) Set Menyusu Shaklee ( 1 ) Set morning sicknes ( 1 ) Set Pantang Shaklee ( 1 ) Set rambut gugur ( 1 ) Set Resdung Shaklee ( 1 ) Set Sendi Shaklee ( 1 ) Set Senggugut Shaklee ( 1 ) Set Sinus Shaklee ( 1 ) Set Skin Care NutriWhite Shaklee ( 1 ) Set subur Shaklee ( 1 ) Shaklee Collagen Powder ( 3 ) Shaklee Independent Distributor ( 2 ) Shopping Cart ( 1 ) SID Kelantan ( 1 ) Sindrom pra-haid ( 1 ) Sinusitis ( 1 ) Sistemik lupus eritematosus (SLE) ( 1 ) Skin Care ( 1 ) Skin Care NutriWhite Shaklee ( 3 ) Skin Care Shaklee ( 2 ) SLE ( 1 ) Small Coaching ( 1 ) Sperma Lemah ( 1 ) Status Halal Shaklee ( 1 ) Stress ( 2 ) suami isteri romantis ( 1 ) Suami romantik ( 1 ) Sumbangan banjir ( 1 ) Suplement ( 1 ) Surirumah berjaya ( 1 ) tambah pendapatan ( 1 ) Tambah Tenaga ( 1 ) tanda-tanda penuaan ( 1 ) Target & Fokus ( 1 ) tekanan darah tinggi ( 1 ) Terapi Warna ( 1 ) Tingkatkan sistem imun tubuh ( 1 ) Tip atasi Stress ( 1 ) Tip berhenti hisap botol. ( 1 ) tip hadapi musibah ( 1 ) Tips ( 1 ) Tips diet sihat ( 1 ) Tips Jaga Sendi ( 1 ) Tips Kecantikan ( 1 ) Tutorial eSell ( 1 ) Uluran ( 1 ) urat bersimpul ( 1 ) Usahawan Shaklee ( 2 ) User Manual eSell ( 1 ) vena varikose ( 1 ) Vit C ( 1 ) Vita C ( 3 ) Vita C Shaklee ( 2 ) Vita E Complex ( 2 ) Vita-Lea ( 2 ) Vitalea ( 2 ) Vitalea for Children ( 2 ) Vitamin ACE ( 1 ) Vitamin B-Complex ( 1 ) Vitamin C ( 1 ) Vitamin D ( 1 ) Vitamin E Complex ( 2 ) Vitamin E Shaklee ( 2 ) Vitamin K ( 1 ) Vitamin semasa period ( 1 ) Vitamin sendi ( 1 ) Vitamin Shakee ( 1 ) Vitamin untuk pelajar ( 1 ) Vivix ( 2 ) Vivix Shaklee ( 5 ) WAHM ( 2 ) Zat besi ( 1 ) Zinc ( 2 ) Zinc Complex ( 3 )