Saturday, September 6, 2014

Tips Rawatan & Pencegahan Sakit Kaki Dan Sakit Sendi

Kita biasa melihat orang yang sakit kaki, walaupun sakit kaki bukanlah dianggap kritikal (jika tidak berkait dengan penyakit-penyakit kritikal seperti diabetes, gout, arthritis), namun sakit kaki akan menyusahkan seseorang untuk bergerak ke sana ke mari.

Terdapat berbagai jenis penyebab sakit kaki dan cara rawatan juga adalah berbeza-beza, mengikut sebab dan tempat sakit tersebut, sama ada di kaki, di tapak kaki, di ibu jari, jari, bahagian tepi kaki dan sebagainya. Selain daripada penyakit gout, arthritis, dan sakit saraf, sakit kaki juga biasanya disebabkan memakai kasut yang tidak sesuai dengan kaki, saluran darah yang kurang lancar di kaki, penyakit kulit, tulang, ligamen, tendon, otot, dan sebagainya. 

Berikut disenaraikan beberapa jenis penyebab sakit kaki yang biasa kita alami.

 

Antara keadaan yang paling biasa kita temui adalah keadaan yang dikenali sebagai plantar fascitis. Keadaan ini berlaku kerana kecederaan mikro dan keradangan pada tisu tapak kaki. Keradangan tisu ini yang menyebabkan sakit, bengkak dan juga lebam.

Fascia / tisu pada tapak kaki terdiri daripada jalur berserabut tisu tebal di bahagian tapak kaki. Ia melapisi dari tumit ke pangkal jari kaki. Ia juga bertindak seperti getah untuk mewujudkan ketegangan dan mengekalkan bentuk kaki.


Apakah gejala sakit pada tapak kaki?
  1. Pada lazimnya sakit tapak kaki adalah sangat tajam dan terletak di pangkal tumit . Ia juga boleh tersebar ke seluruh tapak kaki.
  2. Sakit paling teruk adalah pada waktu pagi bila bangun daripada tidur dan bila mengambil langkah pertama selepas untuk tempoh yang panjang berehat.
  3. Anda juga mungkin mengalami bengkak, sakit bila sentuh tisu tapak kaki dengan kuat (selalunya di tempat yang khusus bahagian dalam tumit).
  4. Senaman ringan boleh mengurangkan sakit untuk sementara. Tetapi berjalan lama sering membuat sakit teruk.
  5. Merehatkan kaki anda biasanya mengurangkan kesakitan.
  6. Kadang-kala sakit dirasai apabila melakukan regangan pada tisu tapak kaki.
  7. Anda mungkin berjalan dengan tempang atau tidak dapat menanggung berat badan pada kaki yang terjejas.
Antara punca yang menyebabkan sakit kaki
✿ Jika anda banyak berjalan, berlari, berdiri (aktiviti berterusan yang melebihi 1 jam).
✿ Jika anda mempunyai postur kaki yang lemah (bentuk tapak kaki yang leper atau tinggi).
✿ Jika anda mempunyai kaki atau sendi pergelangan yang keras.
✿ Jika anda mempunyai kelemahan otot (terutama otot betis).
✿ Jika terdapat penggunaan yang berlebihan pada kaki atau regangan secara tiba-tiba pada tapak kaki. (Contoh: latihan yang tidak sesuai atau berlebihan, atlet yang meningkatkan latihan intensiti berjalan atau jarak dengan mendadak).
✿ Jika anda mempunyai otot yang ketat (terutama otot betis).
✿ Jika anda mempunyai berat badan berlebihan (ini akan meletakkan tekanan tambahan pada tumit anda).
✿ Jika anda mempunyai perbezaan panjang kaki.
✿ Jika anda telah memakai kasut dengan span yang berkurangan atau sokongan yang lemah pada bentuk kaki. (Elakkan memakai kasut yang longgar dengan tapak yang nipis).
 Cara rawatan yang sesuai adalah dengan kaedah rawatan fisioterapi. Rawatan fisioterapi adalah penting untuk mempercepatkan proses penyembuhan, memastikan hasil yang optimum dan mengurangkan kemungkinan sakit berulang.

Fisioterapi akan melakukan penilaian pada kaki anda, membantu anda untuk melegakan kesakitan, meningkatkan fleksibiliti otot, meningkatkan kekuatan otot, juga membantu anda untuk merancang kembali aktiviti harian bila gejala beransur pulih.

Rawatan Fisioterapi boleh terdiri daripada:
✿ Ais atau rawatan haba
✿ Elektroterapi (seperti Ultra Sound)
✿ Senaman untuk meningkatkan keseimbangan, kekuatan dan fleksibiliti (terutamanya otot-otot betis)
✿ Urutan tisu lembut
Rawatan pada sendi otot ( kita akan bincangkan tips jaga sendi selepas ini ye)
✿ Taping (plaster)
✿ Pendidikan (kasut yang bersesuaian dan pengubahsuaian aktiviti harian)

Sakit kaki dan sakit sendi sangat berkait rapat. Jadi, ingin sekali saya berkongsi tips-tips untuk menjaga sendi agar sentiasa sihat dan kuat. Sendi yang sihat juga penting untuk kita bergerak bebas.
Betul tak? Jadi atas sebab itulah saya mencari info ini untuk dikongsi bersama anda semua.
Jom kita tengok 15 cara untuk memelihara sendi yang sihat.

1. Bergerak
Maksud bergerak disini ialah sentiasa mengerak-gerakkan sendi. lebih banyak kita bergerak, maka makin kurang rasa kaku pada sendi. Terutamanya semasa sedang membaca, bekerja atau sedang menonton televisyen. Sesekali berehatlah dari melakukan kerja dan bangunlah dari tempat duduk sekali sekala.

2. Lindungi tubuh
Sememangnya kecederaan boleh merosakkan sendi. Semasa bersukan pakailah alat pelindung siku dan juga lutut.

3. Kurangkan berat badan
Cara ini boleh mengurangkan tekanan pada pinggul, lutut dan juga belakang. Penambahan berat badan sebenarnya menambah beban pada sendi dan meningkatkan risiko kerosakan rawan.Jadi berusahalah untuk mengurangkan berat badan.

4. Lakukan regangan(streching) sebelum bersenam.
Pakar rheumatoid arthritis mempercayai bahawa senaman regangan cukup penting sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

5. Senaman impak ringan
Lakukan senaman impak ringan seperti berjalan, berbasikal dan berenang.

6. Kuatkan otot sekeliling sendi
Otot yang kuat di sekeliling sendi bermaksud kurang tekanan pada sendi-sendi tersebut. Elakkan pergerakan berulang-ulang dan cepat pada sendi.

7. Kuatkan teras
Perut dan otot belakang yang kuat mampu meyeimbangkan badan. Lebih seimbang bermakna makin kurang kerosakan pada sendi sekiranya kita terjatuh atau tercedera.Lakukan senaman untuk menguatkan teras dalam rutin harian ye...

8. Ketahui limit sendi
Jangan bersenam secara berlebihan. Penting untuk ketahui limit sendi kita agar sendi kita sentiasa sihat.

9. Makan ikan
Jika sakit sendi berpunca dari rheumatoid arthritis, makan ikan seperti salmon & mackarel adalah sangat digalakkan kerana ia merupakan sumber asid lemak omega-3. Omega -3 membantu memastikan sendi sentiasa sihat tanpa keradangan. Jika tidak suka makan ikan, ambil saja pil Omega Guard dari Shaklee.

10. Minum susu
Kalsium dan Viamin D membantu memastikan tulang sentiasa kuat kerana tulang yang kuat akan memastikan kita kuat berdiri,berjalan dan berlari. Tulang yang kuat juga mengelakkan kita dari kecederaan akibat terjatuh dan sebagainya.

11. Kekalkan postur yang betul
Berdiri dan duduk dengan tegak dapat melindungi sendi daripada leher sehinnga ke lutut. Cara mudah membaiki postur adalah dengan berjalan. Lagi laju anda berjalan, lagi lagi kuat otot kita bekerja untuk memastikan kita sentiasa tegak. Malahan berenang juga boleh membantu perbaiki postur tubuh.

12. Berhati-hati mengangkat dan membawa barang.

13. Guna ais untuk melegakan kesakitan
Ais akan mengurangkan pembengkakan dan keradangan sendi. Jika sakit sendi, letak tuaman ais yang dibalut tuala. Biarkan lebih 20 minit setiap kali digunakan. Ingat, jangan letakkan ais direct pada badan.

14. Ambil Glukosamine
Glucosamine adalah bahan kimia semulajadi yang ada dalam rawan sendi.

15. Merawat kecederaan sendi
Trauma fizikal boleh menyumbang kepada kerosakan rawan dan osteoartritis. Jika ada kecederaan sendi segeralah berjumpa dengan doktor pakar untuk mendapatkan rawatan.

Itu antara tips yang boleh kita amalkan tetapi saya dan keluarga telah mengamalkan set sendi Shaklee bagi memastikan sendi sentiasa sihat...

AJHT memberikan manfaat kepada sendi dalam tiga cara, iaitu;
i- menyokong keselesaan sendi (melalui kesan daripada ekstrak Boswellia),
ii- meningkatkan kesan ‘kusyen’ (melalui kesan daripada ekstrak jagung yang kaya dengan glukosamine),
iii- memelihara tisu penyambung yang sihat (melalui kesan daripada vitamin C, zink, tembaga, dan mangan).

Omega Guard dimasukkan ke dalam set sendi sihat ini kerana kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega 3 bersama glukosamine  dapat meningkatkan kesihatan sendi berbanding  hanya mengambil glukosamine sahaja.

Omega-3 bertindak untuk melambatkan degradasi tulang rawan dan mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi. Ianya juga bertindak sebagai pelincir dalam membantu pergerakan yang lebih mudah.

Omega Guard Shaklee sangat berkualiti kerana 99% daripada kandungannya adalah Omega-3, berbanding dengan kapsul minyak ikan dari jenama lain yang hanya mempunyai antara 30-60% Omega-3.

Minyak ikan ini melalui pelbagai peringkat proses penyulingan yang ketat bagi membuang plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, PCBs dan lain-lain bahan pencemaran. Proses ini juga bertujuan untuk mengurangkan oksidasi dan pembentukkan lemak trans serta mengurangkan bau dan rasa ikan.

Manakala OsteMatrix Shaklee bukan hanya sekadar pil kalsium. Ianya turut dilengkapi dengan magnesium (membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya), vitamin D (merangsang penyerapan kalsium), boron (membantu dalam metabolisma tulang), serta mangan, tembaga, dan zink (mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang).

Sesungguhnya mencegah itu lebih baik dan pengambilan vitamin semulajadi ini menjadi pilihan saya dan juga rakan-rakan yang lain. Sekiranya anda pun ingin mencuba set sendi Shaklee ini, boleh terus order di sini ataupun hubungi saya di talian 019-9593058 ( sms/whatsapp sahaja)

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=56a2285b5e69db7e2cf98fae11eb7603

0 comments :

Our Fanpage

Tinggalkan jejak anda disini

Followers

Labels

Agen detoks ( 2 ) Ahli Shaklee ( 3 ) ajar anak bijak ( 1 ) AJHT ( 2 ) Alahan Rhintis ( 1 ) Alahan/Morning Sickness ( 1 ) Alfalfa ( 4 ) Alfalfa Complex 5.testimoni set kurus shaklee - 720 6.harga set kurus shaklee - 480 7.kurus shaklee ( 1 ) Alfalfa Shaklee ( 5 ) Amalan jimat cermat ( 1 ) Anak cerewet makan ( 1 ) anak pintar ( 1 ) Anak Sekolah ( 2 ) angin pasang ( 1 ) anti penuaan ( 1 ) Antibiotik ( 1 ) Asma ( 1 ) Atasi jerawat ( 1 ) B Complex ( 5 ) B-Complex ( 1 ) Bahaya Rokok ( 1 ) banyakkan susu ibu ( 1 ) Basic H Shaklee ( 1 ) Batu Karang ( 1 ) Bayi ( 1 ) bekerja di rumah ( 2 ) Breastfeeding ( 1 ) Buah Pinggang ( 1 ) Cadangan Pemakanan Ostematrix ( 1 ) cara bancuh ESP ( 1 ) cara betul makan vitamin shaklee ( 1 ) Cara Makan Collagen ( 1 ) Cara makan Peppermint Ginger Plus ( 1 ) Cara menghilangkan jerawat ( 1 ) cara menguruskan stress ( 3 ) cara menurunkan berat badan ( 1 ) Chew Vita C ( 3 ) Cinch Shake ( 2 ) Cinch Tea ( 1 ) Coaching ( 1 ) Coenzyme Q10 ( 2 ) CoQ10 ( 3 ) CoQHealth Plus Shaklee ( 3 ) Daftar ahli Shaklee ( 2 ) Daftar keahlian ( 3 ) Dermatitis ( 1 ) DHA ( 1 ) diabetes ( 2 ) diabetes diet ( 1 ) diabetes symptoms ( 1 ) Diet ( 1 ) Diet Ibu Hamil ( 2 ) Dr Forest C. Shaklee ( 1 ) Enfuselle ( 1 ) EPA ( 1 ) EPO ( 1 ) eSell ( 1 ) ESP ( 9 ) ESP Shaklee ( 3 ) Free Membership ( 3 ) Garlic ( 1 ) Garlic Shaklee ( 3 ) Gastrik ( 1 ) Get Clean Home Care ( 1 ) Get Clean Water Pitcher ( 1 ) GLA ( 2 ) GLA Complex ( 2 ) GLA Complex Shaklee ( 3 ) Glukosamine ( 1 ) Healing krisis ( 1 ) Herblax ( 3 ) Hiasan dalaman ( 1 ) Hipertensi ( 2 ) Hypertension ( 1 ) Ibu cemerlang ( 1 ) Insomnia ( 1 ) iron ( 2 ) Jadi Ahli Shaklee ( 4 ) jana income ( 1 ) Jana Pendapatan ( 2 ) Jerawat ( 1 ) jerawat batu ( 1 ) kaitan iron & Vit C ( 1 ) kaki bengkak ( 1 ) Kalsium ( 1 ) Kanak-kanak ( 2 ) Kanser Paru-paru ( 1 ) Kawal perbelanjaan ( 1 ) Keahlian Percuma ( 2 ) Kebaikan Alfalfa Shaklee ( 2 ) Kebaikan buah kurma ( 1 ) Kebaikan ESP Shaklee ( 2 ) Kebaikan susu ibu ( 1 ) kecutkan jerawat ( 1 ) Kegawatan ekonomi ( 1 ) Kejang kaki ( 1 ) Kejangn Otot ( 1 ) Kekejangan Otot ( 2 ) Kelebihan Shaklee ( 1 ) keluarga bahagia ( 1 ) Kembung Perut ( 1 ) kenncing manis ( 1 ) Kepentingan kalsium untuk ibu hamil ( 1 ) Kepentingan kalsium untuk ibu menyusu ( 1 ) kepentingan vitamin kepada ibu mengandung ( 1 ) Kepentingan Zat Besi ( 1 ) Kesan kekurangan kalsium ( 1 ) Kesuburan Lelaki ( 1 ) Kesuburan Wanita ( 1 ) Khasiat daun pudina ( 1 ) kisah inspirasi shaklee ( 1 ) Kolesterol Baik( HDL) ( 1 ) Kolesterol Jahat(LDL) ( 1 ) kombinasi terbaik ESP ( 1 ) Konsep Moden Kontemporari ( 1 ) krisis pemulihan ( 1 ) kulit cantik ( 3 ) Kulit Kering ( 1 ) Kulit wajah cantik berseri ( 1 ) Kurus ( 2 ) Lactalbumin ( 1 ) Lecithin ( 4 ) Lecithin Shaklee ( 2 ) Makanan Tambahan ( 2 ) Masalah kencing tak lawas ( 1 ) masalah ketika hamil ( 1 ) Masalah mulut berbau ( 1 ) Masalah penuaan ( 1 ) Masalah rambut gugur ( 1 ) Mealshakes ( 8 ) Mighty 3 Gems ( 2 ) Minyak Ikan ( 1 ) Minyak ikan terbaik ( 1 ) Modal Rendah ( 1 ) Motivasi ( 1 ) Multivitamin Pertama ( 1 ) Multivitamin terbaik ( 1 ) Nutriferon ( 1 ) Obesiti ( 1 ) Oedema ( 1 ) Omega Guard ( 3 ) Omega Guard ( 7 ) Omega-3 ( 3 ) online bisnes ( 1 ) Order Online ( 1 ) Order Shaklee Online ( 1 ) Ostematrix ( 8 ) Osteomatrix Shaklee ( 1 ) Panduan ibu berkerjaya ( 1 ) Panduan Menggunakan eSell ( 1 ) Panduan Pemakanan ibu hamil ( 1 ) Parut ( 1 ) Pencuci Bebas Racun ( 1 ) Pencuci Serbaguna ( 1 ) Pengedar Shaklee ( 2 ) pengedar Shaklee Bachok ( 1 ) Pengedar Shaklee Kota Bharu ( 2 ) pengedar shaklee Kubang Kerian ( 1 ) Pengedar Shaklee Pasir Mas ( 1 ) penyakit diabetes ( 2 ) Penyakit hernia ( 1 ) Penyusuan ibu ( 1 ) Peppermint Ginger Plus ( 3 ) peranan surirumah ( 1 ) perbezaan soya shaklee ( 1 ) Performance Drink ( 1 ) Petua Kecantikan semulajadi ( 1 ) picky eaters ( 1 ) Pikcky Eaters ( 1 ) Pil Kalsium ( 1 ) Pil kalsium Shaklee ( 2 ) PMS ( 1 ) pregnancy set trimester 1 ( 1 ) Purifying Shampoo ( 1 ) Pusat menonjol ketika hamil ( 1 ) Rahsia anak bijak ( 1 ) Rahsia Awet Muda ( 3 ) Ramadhan 1436H ( 1 ) Rawat Keputihan ( 1 ) Rendahkan Kolesterol ( 1 ) Resdung ( 1 ) Revitalizing Shampoo ( 1 ) saat awal kenali Shaklee ( 1 ) Sakit Jantung ( 1 ) Sakit Kaki ( 1 ) Sakit Perut ( 1 ) Sakit Sendi ( 1 ) Sarapan pagi ( 1 ) Sejarah Shaklee ( 1 ) Selsema berpanjangan ( 1 ) Sembelit ( 1 ) Sembelit semasa pantang ( 1 ) Sendi ( 1 ) senggugut ( 1 ) Set berpuasa ( 1 ) Set Bersalin Shaklee ( 2 ) set darah tinggi Shaklee ( 1 ) set diabetes Shaklee ( 1 ) set hamil ( 3 ) set hamil shaklee ( 1 ) Set kecantikan Shaklee ( 2 ) Set Kesuburan ( 3 ) Set kesuburan Shaklee ( 3 ) Set Kulit Shaklee ( 3 ) set kurus shaklee ( 3 ) set mengandung Shaklee ( 1 ) Set Menyusu Bajet ( 1 ) Set Menyusu Shaklee ( 1 ) Set morning sicknes ( 1 ) Set Pantang Shaklee ( 1 ) Set rambut gugur ( 1 ) Set Resdung Shaklee ( 1 ) Set Sendi Shaklee ( 1 ) Set Senggugut Shaklee ( 1 ) Set Sinus Shaklee ( 1 ) Set Skin Care NutriWhite Shaklee ( 1 ) Set subur Shaklee ( 1 ) Shaklee Collagen Powder ( 3 ) Shaklee Independent Distributor ( 2 ) Shopping Cart ( 1 ) SID Kelantan ( 1 ) Sindrom pra-haid ( 1 ) Sinusitis ( 1 ) Sistemik lupus eritematosus (SLE) ( 1 ) Skin Care ( 1 ) Skin Care NutriWhite Shaklee ( 3 ) Skin Care Shaklee ( 2 ) SLE ( 1 ) Small Coaching ( 1 ) Sperma Lemah ( 1 ) Status Halal Shaklee ( 1 ) Stress ( 2 ) suami isteri romantis ( 1 ) Suami romantik ( 1 ) Sumbangan banjir ( 1 ) Suplement ( 1 ) Surirumah berjaya ( 1 ) tambah pendapatan ( 1 ) Tambah Tenaga ( 1 ) tanda-tanda penuaan ( 1 ) Target & Fokus ( 1 ) tekanan darah tinggi ( 1 ) Terapi Warna ( 1 ) Tingkatkan sistem imun tubuh ( 1 ) Tip atasi Stress ( 1 ) Tip berhenti hisap botol. ( 1 ) tip hadapi musibah ( 1 ) Tips ( 1 ) Tips diet sihat ( 1 ) Tips Jaga Sendi ( 1 ) Tips Kecantikan ( 1 ) Tutorial eSell ( 1 ) Uluran ( 1 ) urat bersimpul ( 1 ) Usahawan Shaklee ( 2 ) User Manual eSell ( 1 ) vena varikose ( 1 ) Vit C ( 1 ) Vita C ( 3 ) Vita C Shaklee ( 2 ) Vita E Complex ( 2 ) Vita-Lea ( 2 ) Vitalea ( 2 ) Vitalea for Children ( 2 ) Vitamin ACE ( 1 ) Vitamin B-Complex ( 1 ) Vitamin C ( 1 ) Vitamin D ( 1 ) Vitamin E Complex ( 2 ) Vitamin E Shaklee ( 2 ) Vitamin K ( 1 ) Vitamin semasa period ( 1 ) Vitamin sendi ( 1 ) Vitamin Shakee ( 1 ) Vitamin untuk pelajar ( 1 ) Vivix ( 2 ) Vivix Shaklee ( 5 ) WAHM ( 2 ) Zat besi ( 1 ) Zinc ( 2 ) Zinc Complex ( 3 )