Sunday, September 21, 2014

Basic H Shaklee Pencuci Serbaguna Tanpa Racun



SELEPAS melakukan kerja-kerja membersih dan mengemas rumah, adakah kita benar-benar yakin rumah sudah cukup bersih? Kadangkala pembersihan rumah menggunakan pencuci konvensional bukannya membersih malah memburukkan lagi keadaan.Situasi ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar kerana pada pandangan kita, sebuah persekitaran yang bersih tanpa kotoran dan habuk sudah dianggap bersih.Tetapi tanpa kita sedar, bahan kimia yang terkandung dalam pencuci tadi sebenarnya boleh mendatangkan bahaya untuk jangka tempoh yang panjang terhadap kesihatan diri dan juga persekitaran.

Fikirkan tentang ini kerana kita tentu tidak mahu anak-anak dan ahli keluarga kita ‘bergelumang’ dengan bahan kimia toksik.Rumah dan persekitaran diracuni.Mengikut kajian Agensi Penjagaan Alam Sekitar Amerika Syarikat (EPA), lebih 90 peratus pendedahan terhadap racun sebenarnya berlaku di rumah.Peluntur klorin biasa merupakan pencuci nombor satu yang mempunyai bahan kimia berbahaya. Bahan-bahan pencemar ini boleh didapati dalam kebanyakan pencuci termasuk penyegar udara dan didapati berada pada paras dua hingga lima kali ganda lebih tinggi di dalam rumah berbanding di luar.

Menurut Penilaian Keselamatan Kesihatan Alam Sekitar Amerika Syarikat pula, seseorang yang menghabiskan masa 15 minit mencuci dinding bilik mandi menyedut lebih tiga kali ganda wap glikol ether, iaitu sejenis gas yang boleh memudaratkan kesihatan, daripada pendedahan kepada produk yang digunakan untuk mencuci.Pencuci biasa juga membebaskan wap yang berpotensi meningkatkan risiko penyakit asma di kalangan kanak-kanak.Adakalanya, anak- anak kecil malah orang dewasa juga kerap mengalami masalah kulit tanpa mengetahui punca sebenarnya.Ramai yang menyangkakan ia akibat alahan kepada makanan tertentu, namun tahukah kita bahawa punca sebenarnya mungkin daripada bahan pencuci tadi?

Selain memudaratkan kesihatan, penggunaan bahan-bahan pencuci biasa juga menyebabkan setiap seorang daripada kita menghasilkan kira-kira lima kilogram bahan buangan berbahaya setiap tahun.
Fikirkan bagaimana bahan berbahaya ini secara ‘senyap’ merosakkan alam sekitar tanpa kita sedari.
Antara bahan kimia toksik yang mendatangkan keburukan kepada manusia ialah naftalen, kerosin, formaldehid, fenol, kresol, lye, asid hidroklorik, sodium hidroklorik (peluntur), asid sulfurik, distilate petroleum, benzin, ammonia, paradiklorobenzin, sodium hidroksida, butil cellosolve dan asid fosforik.

Sepatutnya rumah menjadi tempat yang paling selamat untuk kita sekeluarga. Malangnya bahan kimia toksik terselindung ini menukarkan keadaan menjadi sebaliknya.Bagi menjadikan rumah sebagai kawasan paling selamat, penuhi pengetahuan kita mengenai apa yang sesuai digunakan di rumah dan apa yang berbahaya.Elakkan menggunakan pencuci yang mengandungi bahan-bahan kimia seperti disebutkan di atas. Buangkan juga bahan-bahan seperti cat yang tidak habis digunakan dan juga bateri lama. Bahan-bahan ini berbahaya andainya anak-anak kecil bermain dengannya.Gunakan bahan pencuci yang bukan sahaja selamat untuk keluarga anda, malah tidak merosakkan alam sekitar.

Shaklee sebenarnya sudah memperkenalkan set Get Clean Home Care yang selamat untuk pengguna, rumah dan juga alam sekitar yang terdiri daripada 4 jenis produk utama.Empat jenis produk tersebut ialah pencuci pakaian fresh laundry, pelembut fabrik, pencuci pinggan mangkuk dan pencuci serbaguna Basic H.Semoga dengan sekecil-kecil tindakan seperti menukar pencuci pinggan mangkuk kepada yang lebih mesra alam sekitar mampu membawa perubahan besar kepada dunia.Rumah sepatutnya menjadi tempat yang paling selamat dan bersih.




Dengan bertukar kepada pencuci seperti yang ditawarkan Shaklee, perubahan ketara tentunya dapat dirasai oleh pengguna pada penggunaan kali pertama.Anda mungkin sedar yang kadangkala tidak senang apabila terhidu bau serbuk pencuci. Atau anda juga mungkin pernah mengalami gatal-gatal pada kulit seperti ruam setelah menggunakan sesuatu jenama pencuci yang ada di pasaran. Sebenarnya inilah kesan daripada penggunaan pencuci yang mengandungi bahan toksik, namun perkara seperti ini tidak akan anda alami ketika menggunakan Get Clean Home Care.
Yang menariknya bahan buangan pencuci ini juga tidak merosakkan alam sekitar kerana ia mengandungi bahan yang mudah terurai malah boleh digunakan untuk menyiram pokok.

Terdapat beberapa tip mudah yang boleh diambil bagi memastikan produk yang digunakan dan rumah anda bersih serta bebas dari bahan kimia berbahaya:
- Pencuci sepatutnya tidak mengandungi toksik.
- Diperbuat daripada bahan semula jadi, biodegradasi, berkesan dan hipoalergenik.
- Pencuci mesra alam tidak diuji pada haiwan.
- Pencuci ini juga tidak merosakkan tumbuh-tumbuhan kerana molekul-molekulnya bersifat biodegradasi iaitu mampu terurai dengan mudah.
- Biarkan udara mengalir dengan bebas di rumah anda, buka tingkap untuk pengudaraan yang baik.
- Gunakan minyak pati bagi menggantikan penyegar udara.
- Tanam pokok. Selain kelihatan cantik, tumbuh-tumbuhan membantu menyerap gas berbahaya serta membantu membersihkan udara.
- Gunakan langsir, cadar dan sebagainya yang diperbuat daripada kapas organik.
- Gunakan cat yang bebas bahan kimia berbahaya. Sesetengah cat yang berbau tajam berbahaya seperti mana baunya. Pilih cat yang kurang mengandungi bahan organik mudah meruap (VOC).
Basic H2™ Organic Super Cleaning Concentrate


Kaedah Mencuci Secara Semula Jadi Tanpa Racun

Setiap botol Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate dengan kepekatan berganda ini sungguh selamat digunakan dan dilengkapi kuasa pembersihan yang tinggi untuk menanggalkan kotoran dan minyak dalam sekelip mata. Basic H² berkesan untuk membersihkan tumpahan susu, mengelap tingkap, menyental kotoran pada gril, dan1001 kegunaan lagi. Cubalah sendiri dan lihat betapa kagumnya anda!

Hanya Satu Pencuci Untuk Ribuan Kerja Rumah
Ultra-pekat: 16 auns boleh dicairkan menjadi 48 gelen pencuci berkuasa tinggi.
Pencuci serba guna: menanggalkan kotoran, gris dan minyak daripada sebarang permukaan yang boleh dicuci, di dalam dan di luar rumah.
Mencuci kotoran berminyak dan gris yang paling degil, tanpa meninggalkan kesan comot.
Dua kali lebih pekat berbanding rumusan Basic H² asal – hanya gunakan separuh sahaja.
Tidak perlu dibilas, tidak meninggalkan sebarang sisa sabun atau kesan palitan.

Gunakan Pada Sebarang Permukaan Yang Boleh Dicuci – Di Dalam atau Di Luar Rumah
  • Dinding, tingkap dan cermin
  • Kaunter dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Dapur
  • Hiasan kayu
  • Periuk belanga
  • Perabot (Jangan gunakan dalam akuarium atau tangki air pengelap cermin kereta)
Cara Penggunaan Untuk Hasil Terbaik

✿ Dapur, peralatan, perabot, hiasan kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
1⁄4 sudu teh + 16 oz. air dalam Penyembur Get Clean
✿ Periuk belanga
1⁄2 sudu teh + 1 gelen air suam
✿ Tingkap dan cermin
1-2 titis + 16 oz. air dalam Penyembur Get Clean
✿ Lantai
1 sudu besar + 1 gelen air
✿ Kain benang biri-biri, nilon, fabrik berkualiti tinggi
1⁄2 sudu teh dalam satu besen air suam

Tahukah Anda?
  • Kebanyakan pencuci serba guna mengandungi toksin yang boleh disedut atau diserap melalui kulit.
  • Pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon.
  • Pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan toksin saraf dan boleh merengsakan hidung.
  • Morpholine, sejenis toksin berbahaya, boleh mengakibatkan kerosakan hati atau buah pinggang.
  • Pencuci kaca mengandungi ammonia, sejenis racun yang boleh merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.
Basic H2 Tidak Mengandungi Bahan-Bahan Ini Mahupun Bahan Berbahaya Yang LainKeunikan Shaklee

✿ Selamat
  • Tidak toksik
  • Tiada gas beracun
  • Tiada bahan kimia berbahaya
  • Tanpa pewangi
  • Lembut pada tangan anda
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
✿ Berkesan
  • Amat berkesan menanggalkan minyak. 
  • Ultra-pekat: 16 oz. 
  • Boleh dicairkan menjadi 48 gelen.
✿ Mesra Alam
  • Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
  • Mudah biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan
Rujukan : http://www.shaklee.com.my & http://www.utusan.com.my

Order Set Get Clean Home Care di sini ☟
untuk sebarang pertanyaan/konsultasi, sila hubungi saya ye...

0 comments :

Our Fanpage

Tinggalkan jejak anda disini

Followers

Labels

Agen detoks ( 2 ) Ahli Shaklee ( 3 ) ajar anak bijak ( 1 ) AJHT ( 2 ) Alahan Rhintis ( 1 ) Alahan/Morning Sickness ( 1 ) Alfalfa ( 4 ) Alfalfa Complex 5.testimoni set kurus shaklee - 720 6.harga set kurus shaklee - 480 7.kurus shaklee ( 1 ) Alfalfa Shaklee ( 5 ) Amalan jimat cermat ( 1 ) Anak cerewet makan ( 1 ) anak pintar ( 1 ) Anak Sekolah ( 2 ) angin pasang ( 1 ) anti penuaan ( 1 ) Antibiotik ( 1 ) Asma ( 1 ) Atasi jerawat ( 1 ) B Complex ( 5 ) B-Complex ( 1 ) Bahaya Rokok ( 1 ) banyakkan susu ibu ( 1 ) Basic H Shaklee ( 1 ) Batu Karang ( 1 ) Bayi ( 1 ) bekerja di rumah ( 2 ) Breastfeeding ( 1 ) Buah Pinggang ( 1 ) Cadangan Pemakanan Ostematrix ( 1 ) cara bancuh ESP ( 1 ) cara betul makan vitamin shaklee ( 1 ) Cara Makan Collagen ( 1 ) Cara makan Peppermint Ginger Plus ( 1 ) Cara menghilangkan jerawat ( 1 ) cara menguruskan stress ( 3 ) cara menurunkan berat badan ( 1 ) Chew Vita C ( 3 ) Cinch Shake ( 2 ) Cinch Tea ( 1 ) Coaching ( 1 ) Coenzyme Q10 ( 2 ) CoQ10 ( 3 ) CoQHealth Plus Shaklee ( 3 ) Daftar ahli Shaklee ( 2 ) Daftar keahlian ( 3 ) Dermatitis ( 1 ) DHA ( 1 ) diabetes ( 2 ) diabetes diet ( 1 ) diabetes symptoms ( 1 ) Diet ( 1 ) Diet Ibu Hamil ( 2 ) Dr Forest C. Shaklee ( 1 ) Enfuselle ( 1 ) EPA ( 1 ) EPO ( 1 ) eSell ( 1 ) ESP ( 9 ) ESP Shaklee ( 3 ) Free Membership ( 3 ) Garlic ( 1 ) Garlic Shaklee ( 3 ) Gastrik ( 1 ) Get Clean Home Care ( 1 ) Get Clean Water Pitcher ( 1 ) GLA ( 2 ) GLA Complex ( 2 ) GLA Complex Shaklee ( 3 ) Glukosamine ( 1 ) Healing krisis ( 1 ) Herblax ( 3 ) Hiasan dalaman ( 1 ) Hipertensi ( 2 ) Hypertension ( 1 ) Ibu cemerlang ( 1 ) Insomnia ( 1 ) iron ( 2 ) Jadi Ahli Shaklee ( 4 ) jana income ( 1 ) Jana Pendapatan ( 2 ) Jerawat ( 1 ) jerawat batu ( 1 ) kaitan iron & Vit C ( 1 ) kaki bengkak ( 1 ) Kalsium ( 1 ) Kanak-kanak ( 2 ) Kanser Paru-paru ( 1 ) Kawal perbelanjaan ( 1 ) Keahlian Percuma ( 2 ) Kebaikan Alfalfa Shaklee ( 2 ) Kebaikan buah kurma ( 1 ) Kebaikan ESP Shaklee ( 2 ) Kebaikan susu ibu ( 1 ) kecutkan jerawat ( 1 ) Kegawatan ekonomi ( 1 ) Kejang kaki ( 1 ) Kejangn Otot ( 1 ) Kekejangan Otot ( 2 ) Kelebihan Shaklee ( 1 ) keluarga bahagia ( 1 ) Kembung Perut ( 1 ) kenncing manis ( 1 ) Kepentingan kalsium untuk ibu hamil ( 1 ) Kepentingan kalsium untuk ibu menyusu ( 1 ) kepentingan vitamin kepada ibu mengandung ( 1 ) Kepentingan Zat Besi ( 1 ) Kesan kekurangan kalsium ( 1 ) Kesuburan Lelaki ( 1 ) Kesuburan Wanita ( 1 ) Khasiat daun pudina ( 1 ) kisah inspirasi shaklee ( 1 ) Kolesterol Baik( HDL) ( 1 ) Kolesterol Jahat(LDL) ( 1 ) kombinasi terbaik ESP ( 1 ) Konsep Moden Kontemporari ( 1 ) krisis pemulihan ( 1 ) kulit cantik ( 3 ) Kulit Kering ( 1 ) Kulit wajah cantik berseri ( 1 ) Kurus ( 2 ) Lactalbumin ( 1 ) Lecithin ( 4 ) Lecithin Shaklee ( 2 ) Makanan Tambahan ( 2 ) Masalah kencing tak lawas ( 1 ) masalah ketika hamil ( 1 ) Masalah mulut berbau ( 1 ) Masalah penuaan ( 1 ) Masalah rambut gugur ( 1 ) Mealshakes ( 8 ) Mighty 3 Gems ( 2 ) Minyak Ikan ( 1 ) Minyak ikan terbaik ( 1 ) Modal Rendah ( 1 ) Motivasi ( 1 ) Multivitamin Pertama ( 1 ) Multivitamin terbaik ( 1 ) Nutriferon ( 1 ) Obesiti ( 1 ) Oedema ( 1 ) Omega Guard ( 3 ) Omega Guard ( 7 ) Omega-3 ( 3 ) online bisnes ( 1 ) Order Online ( 1 ) Order Shaklee Online ( 1 ) Ostematrix ( 8 ) Osteomatrix Shaklee ( 1 ) Panduan ibu berkerjaya ( 1 ) Panduan Menggunakan eSell ( 1 ) Panduan Pemakanan ibu hamil ( 1 ) Parut ( 1 ) Pencuci Bebas Racun ( 1 ) Pencuci Serbaguna ( 1 ) Pengedar Shaklee ( 2 ) pengedar Shaklee Bachok ( 1 ) Pengedar Shaklee Kota Bharu ( 2 ) pengedar shaklee Kubang Kerian ( 1 ) Pengedar Shaklee Pasir Mas ( 1 ) penyakit diabetes ( 2 ) Penyakit hernia ( 1 ) Penyusuan ibu ( 1 ) Peppermint Ginger Plus ( 3 ) peranan surirumah ( 1 ) perbezaan soya shaklee ( 1 ) Performance Drink ( 1 ) Petua Kecantikan semulajadi ( 1 ) picky eaters ( 1 ) Pikcky Eaters ( 1 ) Pil Kalsium ( 1 ) Pil kalsium Shaklee ( 2 ) PMS ( 1 ) pregnancy set trimester 1 ( 1 ) Purifying Shampoo ( 1 ) Pusat menonjol ketika hamil ( 1 ) Rahsia anak bijak ( 1 ) Rahsia Awet Muda ( 3 ) Ramadhan 1436H ( 1 ) Rawat Keputihan ( 1 ) Rendahkan Kolesterol ( 1 ) Resdung ( 1 ) Revitalizing Shampoo ( 1 ) saat awal kenali Shaklee ( 1 ) Sakit Jantung ( 1 ) Sakit Kaki ( 1 ) Sakit Perut ( 1 ) Sakit Sendi ( 1 ) Sarapan pagi ( 1 ) Sejarah Shaklee ( 1 ) Selsema berpanjangan ( 1 ) Sembelit ( 1 ) Sembelit semasa pantang ( 1 ) Sendi ( 1 ) senggugut ( 1 ) Set berpuasa ( 1 ) Set Bersalin Shaklee ( 2 ) set darah tinggi Shaklee ( 1 ) set diabetes Shaklee ( 1 ) set hamil ( 3 ) set hamil shaklee ( 1 ) Set kecantikan Shaklee ( 2 ) Set Kesuburan ( 3 ) Set kesuburan Shaklee ( 3 ) Set Kulit Shaklee ( 3 ) set kurus shaklee ( 3 ) set mengandung Shaklee ( 1 ) Set Menyusu Bajet ( 1 ) Set Menyusu Shaklee ( 1 ) Set morning sicknes ( 1 ) Set Pantang Shaklee ( 1 ) Set rambut gugur ( 1 ) Set Resdung Shaklee ( 1 ) Set Sendi Shaklee ( 1 ) Set Senggugut Shaklee ( 1 ) Set Sinus Shaklee ( 1 ) Set Skin Care NutriWhite Shaklee ( 1 ) Set subur Shaklee ( 1 ) Shaklee Collagen Powder ( 3 ) Shaklee Independent Distributor ( 2 ) Shopping Cart ( 1 ) SID Kelantan ( 1 ) Sindrom pra-haid ( 1 ) Sinusitis ( 1 ) Sistemik lupus eritematosus (SLE) ( 1 ) Skin Care ( 1 ) Skin Care NutriWhite Shaklee ( 3 ) Skin Care Shaklee ( 2 ) SLE ( 1 ) Small Coaching ( 1 ) Sperma Lemah ( 1 ) Status Halal Shaklee ( 1 ) Stress ( 2 ) suami isteri romantis ( 1 ) Suami romantik ( 1 ) Sumbangan banjir ( 1 ) Suplement ( 1 ) Surirumah berjaya ( 1 ) tambah pendapatan ( 1 ) Tambah Tenaga ( 1 ) tanda-tanda penuaan ( 1 ) Target & Fokus ( 1 ) tekanan darah tinggi ( 1 ) Terapi Warna ( 1 ) Tingkatkan sistem imun tubuh ( 1 ) Tip atasi Stress ( 1 ) Tip berhenti hisap botol. ( 1 ) tip hadapi musibah ( 1 ) Tips ( 1 ) Tips diet sihat ( 1 ) Tips Jaga Sendi ( 1 ) Tips Kecantikan ( 1 ) Tutorial eSell ( 1 ) Uluran ( 1 ) urat bersimpul ( 1 ) Usahawan Shaklee ( 2 ) User Manual eSell ( 1 ) vena varikose ( 1 ) Vit C ( 1 ) Vita C ( 3 ) Vita C Shaklee ( 2 ) Vita E Complex ( 2 ) Vita-Lea ( 2 ) Vitalea ( 2 ) Vitalea for Children ( 2 ) Vitamin ACE ( 1 ) Vitamin B-Complex ( 1 ) Vitamin C ( 1 ) Vitamin D ( 1 ) Vitamin E Complex ( 2 ) Vitamin E Shaklee ( 2 ) Vitamin K ( 1 ) Vitamin semasa period ( 1 ) Vitamin sendi ( 1 ) Vitamin Shakee ( 1 ) Vitamin untuk pelajar ( 1 ) Vivix ( 2 ) Vivix Shaklee ( 5 ) WAHM ( 2 ) Zat besi ( 1 ) Zinc ( 2 ) Zinc Complex ( 3 )