Monday, April 14, 2014

Masalah Kesihatan Akibat Kekurangan Kalsium

Assalamualaikum....
Masih lagi bercerita tentang kalsium...maklumlah bulan ini bulan promosi Ostematrix Beli 6 FREE 1 botol...Best tu,rugi kalau tak grab peluang ni...Ok,kali ini kita bincang 'Masalah Kesihatan Akibat Kekurangan Kalsium'...Bila sebut kurang kalsium mesti kat kepala kita terlintas masalah berkaitan tulang,betul tak? Betul la tu,istilah perubatan sebut Osteoporosis.Selain daripada tu,ada juga yang mengalami masalah kekejangan otot,insomnia,kebas kaki & tangan serta masalah gusi dan juga gigi.

Osteoporosis

Osteoporosis, adalah masalah berkaitan tulang, terutamanya melibatkan warga tua.
Osteoporosis terjadi akibat kemerosotan kepadatan normal tulang, menyebabkan tulang menjadi seperti span dan rapuh dari dalam. Masalah yang berlaku pada tulang rangka ini melemahkannya dan menyebabkan risiko tulang retak atau patah semakin meningkat.


Tulang normal mengandungi protein, kolagen dan kalsium yang menjadikannya kuat. Keretakan boleh terjadi sama ada dalam bentuk retak (seperti pinggul retak) atau rekahan mampat pada tulang vertebra tulang belakang.
Tulang belakang, pinggul dan pinggang adalah kawasan yang biasa mengalami retak tulang yang turut berkemungkinan berlaku pada tulang rangka lain.
Dianggarkan 1 daripada 3 wanita dan 1 daripada 12 lelaki berumur melebihi 50 tahun kini menderita akibat osteoporosis di seluruh dunia. Kos bagi rawatan osteoporosis seluruh dunia untuk semua peringkat umur pula dijangka meningkat kepada RM432.4 bilion menjelang 2050. Selain itu, insiden keretakan pinggul di seluruh dunia dijangka meningkat sebanyak 240 peratus bagi wanita dan 310 peratus bagi lelaki menjelang 2050.

Simptom
Osteoporosis tidak mempunyai simptom khusus melainkan berlakunya retak tulang dengan mudah.
Sesetengah retak osteoporosis sukar dikesan sehingga bertahun-tahun lamanya sehinggakan pesakit sendiri tidak sedar dirinya mengalami osteoporosis sehingga mengalami retak tulang yang menyakitkan.
Retak di bahagian vertebra tulang belakang boleh menyebabkan kesakitan teruk dari bahagian belakang hingga ke sisi badan.
Selepas beberapa tahun, keretakan tulang belakang boleh berulang dan menyebabkan kesakitan kronik bahagian belakang terutamanya di pinggang dan pinggul yang kelihatan seperti berbonggol.
Retakan yang berlaku secara normal dipanggil retakan trauma minimum atau retak stres. Contohnya, sesetengah pesakit yang mengalami osteoporosis boleh menyebabkan retak stres lebih teruk di kaki ketika berjalan.
Retak pinggul pula biasanya berlaku disebabkan terjatuh. Di kalangan penghidap osteoporosis, retak pinggul boleh berlaku walaupun hanya disebabkan kemalangan kecil. Retak pinggul juga sukar dirawat kerana kualiti tulang yang teruk.

Kekejangan Otot
 

Kekejangan otot berlaku akibat pengecutan otot yang tidak terkawal seterusnya menyebabkan ia tidak dapat berehat secara normal. Dalam keadaan normal, otot akan mengecut dan berehat secara sekata. Namun, tindakan otot yang mengecut secara tiba-tiba menyebabkan terjadinya kekejangan.
Sesetengah orang akan mengalami kekejangan otot dalam tempoh beberapa saat atau beberapa minit. Pun begitu, ada juga yang mengalaminya dalam tempoh yang agak lama. Kekejangan otot yang lama mungkin satu petanda kepada kesihatan tubuh badan.
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kekejangan otot. Antaranya disebabkan oleh komplikasi kecederaan lama, tidak melakukan pemanasan badan sebelum bersukan, melakukan aktiviti senaman dalam tempoh yang lama sehingga menyebabkan otot letih dan kekurangan air dan garam galian atau elektrolit.
Kebiasaannya, kekejangan otot dapat dikenal pasti apabila anda berasa sakit di kawasan otot terlibat apabila ia menegang, mengeras seterusnya berasa sakit apabila disentuh. Mereka yang pernah mengalami situasi ini terpaksa berehat daripada melakukan sebarang aktiviti sementara menunggu kekejangan tersebut reda.
Bagi mengatasi permasalahan ini, anda digalakkan untuk mengambil makanan berkarbohidrat seperti nasi dan roti. Manakala pengambilan elektrolit dan mineral seperti kalsium, magnesium, potassium dan zink dipercayai membantu mencegah kecederaan dan kejang otot. Buah-buahan seperti pisang yang mengandungi potassium serta air isotonik amat diperlukan bagi mencegah kekejangan dan kecederaan otot.
Selain menitikberatkan pemakanan, anda  juga disarankan untuk melakukan regangan secara perlahan-lahan pada otot yang bermasalah. Sesi pemanasan badan sebelum dan selepas bersukan ini juga dapat membantu mengatasi kekejangan otot. Ia penting agar otot-otot terlibat tidak terkejut dan dapat menerima tindak balas berkenaan.
Sekiranya anda mengalami kekejangan, sapukan minyak panas atau ubat yang dikhaskan untuk tujuan itu di bahagian berkaitan. Jika kekejangan berlaku di bahagian kaki, legakan kekejangan itu dengan cara duduk dan luruskan kaki serta halakan jari kaki ke arah badan. Lakukan ia secara berulang sehingga rasa kejang itu hilang. Ia diikuti dengan urutan secara perlahan di tapak kaki bagi melegakan otot dan melancarkan aliran darah.  

Insomnia



Seseorang yang menghadapi masalah untuk tidur atau tidak mendapat tidur yang berkualiti pada waktu malam dikategorikan sebagai mereka yang menghidap insomnia.
Insomnia, membabitkan beberapa ciri berikut seperti:
* Sukar untuk mula tidur (dianggap sebagai permulaan insomnia)
* Mudah tidur, kemudian terjaga dan tidak boleh tidur semula (kronik insomnia)
* Mudah tidur, tetapi terjaga setiap satu jam dan tidak boleh tidur (fragmented sleep)
Secara fisiologinya, insomnia tidak dikategorikan sebagai sejenis penyakit. Boleh dikatakan, hampir setiap individu mengalami insomnia sekurang-kurangnya sekali dalam fasa kehidupan mereka.

Ramai yang percaya, apabila usia semakin meningkat, keperluan untuk tidur semakin berkurangan. Sebetulnya, bukan usia yang menentukan sama ada seseorang itu perlu mengurangkan atau melebihkan masa tidur. Tetapi, kemampuan untuk tidur dalam tempoh jangka masa yang panjang menurun apabila usia meningkat.
Tanpa kita sedari, secara puratanya hampir satu per tiga daripada hidup kita dihabiskan untuk tidur.
Ini kerana tidur yang `sihat' dan `berkualiti' penting untuk tubuh, terutama otak serta lain-lain organ untuk berfungsi secara optimum.
Kajian saintifik oleh sepasukan penyelidik Jerman juga menyokong, tindak balas sistem pertahanan menjadi lebih kuat pada vaksin kepada mereka yang mempunyai tidur malam yang berkualiti.
Sebaliknya, mereka yang tidak mendapat tidur yang mencukupi biasanya akan kelihatan tidak bermaya keesokan harinya.
Malah, jika dibiarkan berlanjutan, individu terbabit akan menjadi kurang bertenaga, mood tidak stabil, kurang motivasi dan daya tumpuan serta keletihan. Justeru, jangan ambil mudah jika tidur anda pada waktu malam terganggu.

Kebas kaki & Tangan
Ramai rupanya yang mempunyai masalah kebas @ semut-semut pada kaki atau tangan atau kedua-duanya.Biasanya penghidap sakit kaki kebas ini menghadapinya apabila duduk bersila atau mencangkung  terlalu lama.Manakala tangan yang kebas juga sSelalunya terjadi ketika berbaring, ketika tangan pegun atau ketika sedang  memegang sesuatu.

Mengapa boleh terjadi begitu?

1. Anda pernah jatuh yang melibatkan pinggang terhentak secara kuat @ perlahan?

2. Kerja anda hanya duduk sepanjang masa?
3. Kerja anda sebagai pemandu kenderaan?
4. Anda penunggang motosikal seharian?
5. Anda kerap meletupkan tengkuk?
6. Anda bukan penggemar susu?



Dari gambarajah diatas, saraf tunjang kita dilindungi oleh tulang belakang.
Apa akan jadi apabila hentakan secara perlahan @ kuat berlaku @ kita kerap meletupkan sendi pada tengkuk?Lama-kelamaan disc pada tulang belakang akan beralih (yang biasanya dikenali slip disc) dan menghimpit saraf.Apabila  ia menghimpit, itu yang anda rasa kebas-kebas pada kaki @ tangan.

Apa perlu buat untuk mencegah?

1. Gerakkan pinggang & sendi-sendi jika anda duduk terlalu lama.
2. Kurangkan aktiviti yang boleh mendatangkan risiko kecederaan pada tulang belakang.
3. Amalkan makanan sihat & seimbang.
4. Kurangkan risiko bekerja yang melibatkan pergerakan tulang belakang yang ekstrem.
5. Jangan lupa keperluan kalsium anda sehari-hari

Masalah Gigi & Gusi berdarah ketika Hamil

Kehamilan membawa banyak perubahan pada diri seorang wanita dan gigi adalah anggota yang tidak terkecuali dari mengalami perubahan tersebut. Ketika hamil, ibu kerap menghadapi masalah gigi dan juga gusi berdarah. Sebabnya sewaktu hamil gusi menjadi lebih sensitif, sentuhan kepada gusi ketika memberus gigi sekalipun boleh menyebabkan gusi berdarah. Peningkatan hormon estrogen sewaktu kehamilan adalah antara penyebab gusi yang di dalamnya terdapat pembuluh darah lebih mudah bengkak. Sewaktu bersentuhan dengan benda asing seperti ketika menggosok gigi, gusi akan lebih mudah berdarah dan dijangkiti kuman. Selain itu rasa mual dan muntah di pagi hari yang meningkatkan tahap keasidan mulut juga mampu menyumbang masalah gusi dan gigi berdarah. Gangguan ini menyebabkan gigi tidak dijaga dengan baik.Perlu diakui tanpa gangguan sakit gigi sekalipun ibu hamil sudah cukup menderita dengan segala perubahan yang terjadi pada tubuhnya. Jadi seboleh mungkin ibu hamil akan cuba mencegah diri dari menghadapi masalah ini.


Selain mendapatkan rawatan daripada doktor gigi, ibu hamil boleh menjaga kesihatan gigi dan gusi dengan melakukan rutin ini :

  • Bersihkan diri dengan teratur
Jika perlu gunakan benang gigi setelah selesai makan dan sebelum tidur.
Penggunaan ubat kumur yang mengandungi anti-septik juga boleh membantu membersihkan permukaan gigi. Ia mampu mengeluarkan sisa makanan dan menghilangkan lapisan plak sekali gus membebaskan kuman secara keseluruhan dari rongga mulut.
Selain itu setiap kali muntah berkumur dan gosoklah gigi.
  • Jaga Pemakanan
Antara lain dengan memastikan pengambilan vitamin B6 dan C yang mencukupi.
Kedua vitamin ini membantu menjaga gusi agar tidak mudah berlaku pendarahan.
Vitamin B6 boleh diperoleh dari bahan makanan yang berasal dari biji-bijian dan kacang.
Manakala vitamin C boleh diperoleh dengan mengambil buah-buahan berwarna cerah dan segar seperti jambu, betik, oren dan sayuran berwarna hijau. Disamping itu ibu hamil juga perlu memastikan zat kalsium yang diambil mencukupi. Ia bagi memastikan keadaan gigi sihat dan gusi kuat. Sumber kalsium boleh didapati daripada susu, yogurt, keju,minyak ikan, ikan dan sayuran hijau. Selain itu awasi pengambilan makanan yang manis kerana makanan bergula diketahui dapat menyebabkan kerosakan gigi.
  • Rawatan gigi
Sekiranya menghadapi masalah gigi seperti gigi berlubang sebaiknya ibu hamil berjumpa dengan doktor gigi. Namun sebelum doktor melakukan pemeriksaan atau rawatan jelaskan bahawa anda sedang hamil. Keadaan ini untuk mengelakkan tidak melakukan pemeriksaan yang boleh menganggu kehamilan seperti penggunaan sinar-x. Selain itu pemberian ubat pada wanita hamil juga perlu diberi perhatian. Penting diketahui banyak ubat yang tidak dapat diberikan kepada wanita hamil kerana ditakuti memberi kesan buruk terhadap janin yang dikandung. Sekiranya doktor mengambil tindakan radikal seperti mencabut gigi, ia mungkin dilakukan setelah membuat pertimbangan yang wajar dan matang. Ini kerana ubat bius yang diberikan mampu mempengaruhi kontraksi rahim. Itulah sebabnya doktor tidak akan melakukan tindakan bersifat pembedahan ketika kehamilan terutama pada trimester pertama dan ketiga  

Jadi penyelesaian kepada masalah2 ini adalah dengan mengambil kalsium yang cukup. Antara sumber kalsium semulajadi adalah dari produk tenusu,kekacang dan juga sayuran seperti bayam.
Jika anda tidak menggemari kalsium semulajadi tersebut,anda boleh mencuba Ostematrix sebagai alternatif untuk keperluan kalsium anda.

Shaklee Ostematrix membekalkan :
1) 1000mg (100% Pengambilan Harian) unsur Kalsium  daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi.
2) 400mg (100% Pengambilan Harian) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
3) 400IU (100% Pengambilan Harian ) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.

Jangan teragak-agak lagi untuk menempah Ostematrix anda hari ini.

Hubungi 
Shaklee Independent Distributor
Kubang Kerian,Kelantan.
Sms/whatsapp 019-9593058
Fanpage : https://www.facebook.com/vitaminderias

 


0 comments :

Our Fanpage

Tinggalkan jejak anda disini

Followers

Labels

Agen detoks ( 2 ) Ahli Shaklee ( 3 ) ajar anak bijak ( 1 ) AJHT ( 2 ) Alahan Rhintis ( 1 ) Alahan/Morning Sickness ( 1 ) Alfalfa ( 4 ) Alfalfa Complex 5.testimoni set kurus shaklee - 720 6.harga set kurus shaklee - 480 7.kurus shaklee ( 1 ) Alfalfa Shaklee ( 5 ) Amalan jimat cermat ( 1 ) Anak cerewet makan ( 1 ) anak pintar ( 1 ) Anak Sekolah ( 2 ) angin pasang ( 1 ) anti penuaan ( 1 ) Antibiotik ( 1 ) Asma ( 1 ) Atasi jerawat ( 1 ) B Complex ( 5 ) B-Complex ( 1 ) Bahaya Rokok ( 1 ) banyakkan susu ibu ( 1 ) Basic H Shaklee ( 1 ) Batu Karang ( 1 ) Bayi ( 1 ) bekerja di rumah ( 2 ) Breastfeeding ( 1 ) Buah Pinggang ( 1 ) Cadangan Pemakanan Ostematrix ( 1 ) cara bancuh ESP ( 1 ) cara betul makan vitamin shaklee ( 1 ) Cara Makan Collagen ( 1 ) Cara makan Peppermint Ginger Plus ( 1 ) Cara menghilangkan jerawat ( 1 ) cara menguruskan stress ( 3 ) cara menurunkan berat badan ( 1 ) Chew Vita C ( 3 ) Cinch Shake ( 2 ) Cinch Tea ( 1 ) Coaching ( 1 ) Coenzyme Q10 ( 2 ) CoQ10 ( 3 ) CoQHealth Plus Shaklee ( 3 ) Daftar ahli Shaklee ( 2 ) Daftar keahlian ( 3 ) Dermatitis ( 1 ) DHA ( 1 ) diabetes ( 2 ) diabetes diet ( 1 ) diabetes symptoms ( 1 ) Diet ( 1 ) Diet Ibu Hamil ( 2 ) Dr Forest C. Shaklee ( 1 ) Enfuselle ( 1 ) EPA ( 1 ) EPO ( 1 ) eSell ( 1 ) ESP ( 9 ) ESP Shaklee ( 3 ) Free Membership ( 3 ) Garlic ( 1 ) Garlic Shaklee ( 3 ) Gastrik ( 1 ) Get Clean Home Care ( 1 ) Get Clean Water Pitcher ( 1 ) GLA ( 2 ) GLA Complex ( 2 ) GLA Complex Shaklee ( 3 ) Glukosamine ( 1 ) Healing krisis ( 1 ) Herblax ( 3 ) Hiasan dalaman ( 1 ) Hipertensi ( 2 ) Hypertension ( 1 ) Ibu cemerlang ( 1 ) Insomnia ( 1 ) iron ( 2 ) Jadi Ahli Shaklee ( 4 ) jana income ( 1 ) Jana Pendapatan ( 2 ) Jerawat ( 1 ) jerawat batu ( 1 ) kaitan iron & Vit C ( 1 ) kaki bengkak ( 1 ) Kalsium ( 1 ) Kanak-kanak ( 2 ) Kanser Paru-paru ( 1 ) Kawal perbelanjaan ( 1 ) Keahlian Percuma ( 2 ) Kebaikan Alfalfa Shaklee ( 2 ) Kebaikan buah kurma ( 1 ) Kebaikan ESP Shaklee ( 2 ) Kebaikan susu ibu ( 1 ) kecutkan jerawat ( 1 ) Kegawatan ekonomi ( 1 ) Kejang kaki ( 1 ) Kejangn Otot ( 1 ) Kekejangan Otot ( 2 ) Kelebihan Shaklee ( 1 ) keluarga bahagia ( 1 ) Kembung Perut ( 1 ) kenncing manis ( 1 ) Kepentingan kalsium untuk ibu hamil ( 1 ) Kepentingan kalsium untuk ibu menyusu ( 1 ) kepentingan vitamin kepada ibu mengandung ( 1 ) Kepentingan Zat Besi ( 1 ) Kesan kekurangan kalsium ( 1 ) Kesuburan Lelaki ( 1 ) Kesuburan Wanita ( 1 ) Khasiat daun pudina ( 1 ) kisah inspirasi shaklee ( 1 ) Kolesterol Baik( HDL) ( 1 ) Kolesterol Jahat(LDL) ( 1 ) kombinasi terbaik ESP ( 1 ) Konsep Moden Kontemporari ( 1 ) krisis pemulihan ( 1 ) kulit cantik ( 3 ) Kulit Kering ( 1 ) Kulit wajah cantik berseri ( 1 ) Kurus ( 2 ) Lactalbumin ( 1 ) Lecithin ( 4 ) Lecithin Shaklee ( 2 ) Makanan Tambahan ( 2 ) Masalah kencing tak lawas ( 1 ) masalah ketika hamil ( 1 ) Masalah mulut berbau ( 1 ) Masalah penuaan ( 1 ) Masalah rambut gugur ( 1 ) Mealshakes ( 8 ) Mighty 3 Gems ( 2 ) Minyak Ikan ( 1 ) Minyak ikan terbaik ( 1 ) Modal Rendah ( 1 ) Motivasi ( 1 ) Multivitamin Pertama ( 1 ) Multivitamin terbaik ( 1 ) Nutriferon ( 1 ) Obesiti ( 1 ) Oedema ( 1 ) Omega Guard ( 3 ) Omega Guard ( 7 ) Omega-3 ( 3 ) online bisnes ( 1 ) Order Online ( 1 ) Order Shaklee Online ( 1 ) Ostematrix ( 8 ) Osteomatrix Shaklee ( 1 ) Panduan ibu berkerjaya ( 1 ) Panduan Menggunakan eSell ( 1 ) Panduan Pemakanan ibu hamil ( 1 ) Parut ( 1 ) Pencuci Bebas Racun ( 1 ) Pencuci Serbaguna ( 1 ) Pengedar Shaklee ( 2 ) pengedar Shaklee Bachok ( 1 ) Pengedar Shaklee Kota Bharu ( 2 ) pengedar shaklee Kubang Kerian ( 1 ) Pengedar Shaklee Pasir Mas ( 1 ) penyakit diabetes ( 2 ) Penyakit hernia ( 1 ) Penyusuan ibu ( 1 ) Peppermint Ginger Plus ( 3 ) peranan surirumah ( 1 ) perbezaan soya shaklee ( 1 ) Performance Drink ( 1 ) Petua Kecantikan semulajadi ( 1 ) picky eaters ( 1 ) Pikcky Eaters ( 1 ) Pil Kalsium ( 1 ) Pil kalsium Shaklee ( 2 ) PMS ( 1 ) pregnancy set trimester 1 ( 1 ) Purifying Shampoo ( 1 ) Pusat menonjol ketika hamil ( 1 ) Rahsia anak bijak ( 1 ) Rahsia Awet Muda ( 3 ) Ramadhan 1436H ( 1 ) Rawat Keputihan ( 1 ) Rendahkan Kolesterol ( 1 ) Resdung ( 1 ) Revitalizing Shampoo ( 1 ) saat awal kenali Shaklee ( 1 ) Sakit Jantung ( 1 ) Sakit Kaki ( 1 ) Sakit Perut ( 1 ) Sakit Sendi ( 1 ) Sarapan pagi ( 1 ) Sejarah Shaklee ( 1 ) Selsema berpanjangan ( 1 ) Sembelit ( 1 ) Sembelit semasa pantang ( 1 ) Sendi ( 1 ) senggugut ( 1 ) Set berpuasa ( 1 ) Set Bersalin Shaklee ( 2 ) set darah tinggi Shaklee ( 1 ) set diabetes Shaklee ( 1 ) set hamil ( 3 ) set hamil shaklee ( 1 ) Set kecantikan Shaklee ( 2 ) Set Kesuburan ( 3 ) Set kesuburan Shaklee ( 3 ) Set Kulit Shaklee ( 3 ) set kurus shaklee ( 3 ) set mengandung Shaklee ( 1 ) Set Menyusu Bajet ( 1 ) Set Menyusu Shaklee ( 1 ) Set morning sicknes ( 1 ) Set Pantang Shaklee ( 1 ) Set rambut gugur ( 1 ) Set Resdung Shaklee ( 1 ) Set Sendi Shaklee ( 1 ) Set Senggugut Shaklee ( 1 ) Set Sinus Shaklee ( 1 ) Set Skin Care NutriWhite Shaklee ( 1 ) Set subur Shaklee ( 1 ) Shaklee Collagen Powder ( 3 ) Shaklee Independent Distributor ( 2 ) Shopping Cart ( 1 ) SID Kelantan ( 1 ) Sindrom pra-haid ( 1 ) Sinusitis ( 1 ) Sistemik lupus eritematosus (SLE) ( 1 ) Skin Care ( 1 ) Skin Care NutriWhite Shaklee ( 3 ) Skin Care Shaklee ( 2 ) SLE ( 1 ) Small Coaching ( 1 ) Sperma Lemah ( 1 ) Status Halal Shaklee ( 1 ) Stress ( 2 ) suami isteri romantis ( 1 ) Suami romantik ( 1 ) Sumbangan banjir ( 1 ) Suplement ( 1 ) Surirumah berjaya ( 1 ) tambah pendapatan ( 1 ) Tambah Tenaga ( 1 ) tanda-tanda penuaan ( 1 ) Target & Fokus ( 1 ) tekanan darah tinggi ( 1 ) Terapi Warna ( 1 ) Tingkatkan sistem imun tubuh ( 1 ) Tip atasi Stress ( 1 ) Tip berhenti hisap botol. ( 1 ) tip hadapi musibah ( 1 ) Tips ( 1 ) Tips diet sihat ( 1 ) Tips Jaga Sendi ( 1 ) Tips Kecantikan ( 1 ) Tutorial eSell ( 1 ) Uluran ( 1 ) urat bersimpul ( 1 ) Usahawan Shaklee ( 2 ) User Manual eSell ( 1 ) vena varikose ( 1 ) Vit C ( 1 ) Vita C ( 3 ) Vita C Shaklee ( 2 ) Vita E Complex ( 2 ) Vita-Lea ( 2 ) Vitalea ( 2 ) Vitalea for Children ( 2 ) Vitamin ACE ( 1 ) Vitamin B-Complex ( 1 ) Vitamin C ( 1 ) Vitamin D ( 1 ) Vitamin E Complex ( 2 ) Vitamin E Shaklee ( 2 ) Vitamin K ( 1 ) Vitamin semasa period ( 1 ) Vitamin sendi ( 1 ) Vitamin Shakee ( 1 ) Vitamin untuk pelajar ( 1 ) Vivix ( 2 ) Vivix Shaklee ( 5 ) WAHM ( 2 ) Zat besi ( 1 ) Zinc ( 2 ) Zinc Complex ( 3 )