Thursday, November 7, 2013

Tips atasi alahan/morning sickness dengan vitamin Shaklee...

Assalamualaikum....
Petang ni sebelum bawa anak kuar ke taman permainan, Maria curi-curi masa untuk share tentang alahan/morning sickness ketika mengandung. Maria sendiri mengalami alahan yang berbeza2 semasa hamil anak pertama, kedua & juga yang ketiga...kadang2 tertanya2 juga kenapa harus ada alahan ketika mengandung...Kenapa ye?


Dari apa yang pernah saya baca, antara sebab terjadinya morning sickness adalah kerana pertukaran hormon akibat dari kehamilan. Tapi dari satu sumber lagi morning sickness juga berkait rapat dengan faktor genetik. Jika emak dan kakak anda mengalami morning sickness, kemungkinan untuk anda juga mengalaminya adalah tinggi. ATAU… jika emak dan kakak anda okey saja dan tak alami sebarang masalah sewaktu diawal kehamilan, TETAPI disebelah suami anda pula ada sejarah morning sickness, maka kemungkinan untuk anda mendapatnya juga adalah tinggi.

Jadi kat sini saya sertakan beberapa tips yang boleh membantu ibu2 semua agar dapat mengurangkan rasa loya alahan ni ya :


  • Makan sedikit dan kerap. Perut yang kosong boleh menambahkan loya.
  • Makan apa dan bila yang anda kehendaki, tetapi elakkan daripada makanan yang berlemak, berempah, berasid atau bergoreng dan kurangkan makan lemak secara amnya. Ambil makanan yang kaya dengan protein dan vitamin B seperti yogurt. Makanan yang mudah dimakan dan dihadam seperti biskut & roti juga boleh diambil.
  • Simpan snek ringan seperti biskut tawar di sebelah katil anda. Luangkan sedikit masa untuk makan biskut tersebut pada waktu pagi dan berehat sebelum turun dari katil.
  • Cuba minum di antara waktu makan terutamanya jika anda rasa sukar untuk minum tanpa muntah semula. Hadkan minuman semasa makan. Pastikan anda minum dengan kerap.
  • Dapatkan rehat yang secukupnya dan ambil masa rehat dari bekerja jika perlu. Tekanan dan keletihan boleh membuatkan alahan/morning sickness lebih teruk.
  • Elakkan dari bau yang kuat kerana ia boleh menyebabkan anda pening kepala
  • Hidu buah lemon. Bau sepotong buah lemon boleh mengurangkan loya anda. Tambahkan beberapa hiris buah lemon ke dalam teh ais atau air berkarbonat.
  • Vitamin B6 (piridoksina) atau multivitamin kehamilan boleh mengurangkan mabuk kehamilan. Jika anda mengambil vitamin semasa kehamilan, anda mungkin kurang mengalami simptom yang teruk. Periksa dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang makanan tambahan semasa kehamilan.
  • Cuba terapi semula jadi. Aromaterapi (minyak limau nipis, lemon atau sitrus) atau homeopati boleh membantu anda tetapi jumpalah pengamal yang berpengalaman dalam merawat wanita hamil. 
  • Jika berpeluang, bercutilah bersama keluarga dan pasangan ke tempat peranginan terutama yang berhampiran dengan pantai. Angin dan udara segar dari laut pasti membantu anda terasa lebih segar


  • Boleh cuba ikut keselesaan masing2 tau.Morning sickness biasanya akan berakhir selepas 13 minggu anda hamil kecuali bagi mereka yang mengalami masalah alahan yang teruk yang mungkin perlu melaluinya sehingga 6 bulan kehamilan.


    Ada juga yang tanya saya,ada tak vitamin Shaklee yang boleh membantu mengurangkan alahan atau rasa loya ini?Of Course la ada tapi sebelum saya bagi senarai Vitamin Shaklee yang sesuai diambil diawal kehamilan...jom kita baca info2 ini dulu...

    Perlukah saya mengambil supplemen untuk kehamilan?

    Jika kehamilan anda sihat & tiada masalah, cuma satu sahaja vitamin yang anda perlu ambil sebagai suplemen iaitu vitamin B atau asid folik. Pssttt Vitamin B Complex Shaklee mmg dah ada Asid Folik ≧◠‿●‿◠≦

    Seelok2nya apa yang perlu anda lakukan ialah memastikan anda memakan pelbagai makanan yang sihat mendapatkan vitamin dan mineral yang diperlukan. Diet yang seimbang adalah cara terbaik untuk mendapatkan nutrien yang anda dan bayi anda perlukan.

    Makanan yang sihat mestilah mengandungi empat kumpulan makanan berikut:

    • Buah-buahan dan sayur-sayuran, sama ada segar, sejuk-beku, dalam tin atau yang kering. Cuba makan lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. 
    • Makanan berkanji dan mengenyangkan (karbohidrat) seperti roti, pasta, nasi dan kentang. Jadikan makanan berkanji sebagai asas hidangan anda dan sebaik-baiknya pilihlah bijian penuh. 
    • Makanan yang kaya dengan protein seperti daging, ikan, telur dan kekacang. Makanan-makanan ini juga merupakan sumber zat besi yang bagus. 
    • Makanan berasaskan tenusu yang mana mengandungi kalsium, seperti susu, keju dan yogurt.
    • Produk tenusu, seperti juga ikan laut dan garam laut adalah sumber iodin yang baik. Anda memerlukan banyak iodin dalam diet anda untuk membantu perkembangan otak bayi. 
    Cuba elakkan daripada makan terlalu banyak makanan berlemak dan minuman manis. Makanan ini mungkin mengenyangkan untuk jangka masa pendek, tetapi tidak membekalkan mineral dan vitamin yang anda perlukan.

    Realitinya, memanglah kadang kala sukar untuk mendapatkan diet yang seimbang. Jika anda tidak boleh makan banyak kerana loya atau sibuk di tempat kerja, atau jika anda seorang bakal ibu yang masih muda, suplemen mungkin dapat membantu anda mendapatkan nutrien yang diperlukan.
    Apakah yang sepatutnya terkandung dalam sesuatu supplemen itu?

    Kebanyakan multivitamin kehamilan memberi anda 100% jumlah kesemua vitamin dan kebanyakan mineral yang penting yang sepatutnya anda ambil setiap hari.

    Jangan ambil lebih daripada dos yang dicadangkan, iaitu biasanya sebiji sehari. Pengambilan vitamin tertentu pada dos yang berlebihan boleh memudaratkan anda dan bayi.

    Multivitamin kehamilan tidak mengandungi retinol, iaitu vitamin A daripada sumber haiwan, yang mana jika diambil pada dos yang tinggi boleh menjadi racun kepada bayi dalam kandungan. Jika ia mengandungi vitamin A sekalipun, ia adalah daripada sumber tumbuhan. Ini dipanggil betakarotin dan ia selamat untuk bayi.

    Jika anda memilih untuk mengambil multivitamin dan suplemen mineral harian semasa hamil, pastikan ia mengandungi vitamin-vitamin yang penting kepada kehamilan.

    Anda harus ambil 400mcg asid folik setiap hari dalam tempoh 12 minggu pertama kehamilan. Walaupun jika anda tidak mengambil multivitamin, ambillah suplemen yang satu ini semasa trimester pertama.

    Selain mengambil asid folik, anda juga harus makan banyak makanan yang mengandungi folat, iaitu asid folik dalam bentuk semula jadi. Folat terkandung dalam sayur-sayuran hijau dan kekacang. Banyak roti dan bijirin sarapan juga ditambah dengan asid folik.

    Pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang (kecacatan tiub neural). Kecacatan tiub neural iaitu spina bifida berlaku apabila saraf di dalam tulang belakang terdedah dan rosak.

    Dalam beberapa kes, dos asid folik yang tinggi adalah disyorkan. Jika anda sudahpun mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural, atau jika anda mengambil ubat-ubat tertentu, beritahulah doktor anda. Beliau boleh memberikan dos yang lebih tinggi kepada anda.
    Apakah suplemen lain yang mungkin diperlukan semasa hamil?

    Jika anda menjalani ujian darah semasa hamil dan doktor mendapati kandungan zat besi anda terlalu rendah (anemia), beliau mungkin memberikan suplemen zat besi. Anda memerlukan banyak zat besi kerana ia akan meningkatkan jumlah darah dalam badan. Darah yang lebih ini menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan. Oleh itu, cubalah makan makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging dan kekacang.

    Jadi, vitamin Shaklee yang manakah yang sesuai untuk atasi masalah alahan/morning sickness?

    Set yang paling sesuai diambil untuk atasi masalah morning sickness diawal kehamilan ialah B Complex dan Ostematrix Shaklee.

    Kenapa B Complex?


    Kerana B Complex Shaklee lengkap dengan vitamin B 6.Vitamin B 6 merupakan salah satu daripada lapan vitamin B. Kesemua lapan Vitamin B memainkan peranan penting dalam membantu tubuh manusia untuk menukar makanan, terutamanya lemak dan protein kepada tenaga. Ia juga perlu untuk kulit yang sihat, rambut dan mata, dan sangat penting untuk fungsi hati dan sistem saraf. Tubuh juga memerlukan vitamin B6 untuk membuat hemoglobin, molekul dalam sel-sel darah merah yang membawa oksigen ke sel-sel badan.


    Kenapa Ostematrix?


    Kerana Ostematrix mengandungi Kalsium, Magnesium & Vitamin D

    Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

    Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

    Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

    Selain daripada B Complex & Ostematrix , boleh juga add on Vitalea & Vitamin C.


    Sekian Entri kali ini...Harap semua dapat manfaat.Dari petang tadi n sekarang baru siap.

    Salam Sihat Bersama Shaklee dari saya untuk anda semua...

    Your Shaklee Independent Distributor
    946001
    derias_anggun@yahoo.com
    019-9593058

    0 comments :

    Our Fanpage

    Tinggalkan jejak anda disini

    Followers

    Labels

    Agen detoks ( 2 ) Ahli Shaklee ( 3 ) ajar anak bijak ( 1 ) AJHT ( 2 ) Alahan Rhintis ( 1 ) Alahan/Morning Sickness ( 1 ) Alfalfa ( 4 ) Alfalfa Complex 5.testimoni set kurus shaklee - 720 6.harga set kurus shaklee - 480 7.kurus shaklee ( 1 ) Alfalfa Shaklee ( 5 ) Amalan jimat cermat ( 1 ) Anak cerewet makan ( 1 ) anak pintar ( 1 ) Anak Sekolah ( 2 ) angin pasang ( 1 ) anti penuaan ( 1 ) Antibiotik ( 1 ) Asma ( 1 ) Atasi jerawat ( 1 ) B Complex ( 5 ) B-Complex ( 1 ) Bahaya Rokok ( 1 ) banyakkan susu ibu ( 1 ) Basic H Shaklee ( 1 ) Batu Karang ( 1 ) Bayi ( 1 ) bekerja di rumah ( 2 ) Breastfeeding ( 1 ) Buah Pinggang ( 1 ) Cadangan Pemakanan Ostematrix ( 1 ) cara bancuh ESP ( 1 ) cara betul makan vitamin shaklee ( 1 ) Cara Makan Collagen ( 1 ) Cara makan Peppermint Ginger Plus ( 1 ) Cara menghilangkan jerawat ( 1 ) cara menguruskan stress ( 3 ) cara menurunkan berat badan ( 1 ) Chew Vita C ( 3 ) Cinch Shake ( 2 ) Cinch Tea ( 1 ) Coaching ( 1 ) Coenzyme Q10 ( 2 ) CoQ10 ( 3 ) CoQHealth Plus Shaklee ( 3 ) Daftar ahli Shaklee ( 2 ) Daftar keahlian ( 3 ) Dermatitis ( 1 ) DHA ( 1 ) diabetes ( 2 ) diabetes diet ( 1 ) diabetes symptoms ( 1 ) Diet ( 1 ) Diet Ibu Hamil ( 2 ) Dr Forest C. Shaklee ( 1 ) Enfuselle ( 1 ) EPA ( 1 ) EPO ( 1 ) eSell ( 1 ) ESP ( 9 ) ESP Shaklee ( 3 ) Free Membership ( 3 ) Garlic ( 1 ) Garlic Shaklee ( 3 ) Gastrik ( 1 ) Get Clean Home Care ( 1 ) Get Clean Water Pitcher ( 1 ) GLA ( 2 ) GLA Complex ( 2 ) GLA Complex Shaklee ( 3 ) Glukosamine ( 1 ) Healing krisis ( 1 ) Herblax ( 3 ) Hiasan dalaman ( 1 ) Hipertensi ( 2 ) Hypertension ( 1 ) Ibu cemerlang ( 1 ) Insomnia ( 1 ) iron ( 2 ) Jadi Ahli Shaklee ( 4 ) jana income ( 1 ) Jana Pendapatan ( 2 ) Jerawat ( 1 ) jerawat batu ( 1 ) kaitan iron & Vit C ( 1 ) kaki bengkak ( 1 ) Kalsium ( 1 ) Kanak-kanak ( 2 ) Kanser Paru-paru ( 1 ) Kawal perbelanjaan ( 1 ) Keahlian Percuma ( 2 ) Kebaikan Alfalfa Shaklee ( 2 ) Kebaikan buah kurma ( 1 ) Kebaikan ESP Shaklee ( 2 ) Kebaikan susu ibu ( 1 ) kecutkan jerawat ( 1 ) Kegawatan ekonomi ( 1 ) Kejang kaki ( 1 ) Kejangn Otot ( 1 ) Kekejangan Otot ( 2 ) Kelebihan Shaklee ( 1 ) keluarga bahagia ( 1 ) Kembung Perut ( 1 ) kenncing manis ( 1 ) Kepentingan kalsium untuk ibu hamil ( 1 ) Kepentingan kalsium untuk ibu menyusu ( 1 ) kepentingan vitamin kepada ibu mengandung ( 1 ) Kepentingan Zat Besi ( 1 ) Kesan kekurangan kalsium ( 1 ) Kesuburan Lelaki ( 1 ) Kesuburan Wanita ( 1 ) Khasiat daun pudina ( 1 ) kisah inspirasi shaklee ( 1 ) Kolesterol Baik( HDL) ( 1 ) Kolesterol Jahat(LDL) ( 1 ) kombinasi terbaik ESP ( 1 ) Konsep Moden Kontemporari ( 1 ) krisis pemulihan ( 1 ) kulit cantik ( 3 ) Kulit Kering ( 1 ) Kulit wajah cantik berseri ( 1 ) Kurus ( 2 ) Lactalbumin ( 1 ) Lecithin ( 4 ) Lecithin Shaklee ( 2 ) Makanan Tambahan ( 2 ) Masalah kencing tak lawas ( 1 ) masalah ketika hamil ( 1 ) Masalah mulut berbau ( 1 ) Masalah penuaan ( 1 ) Masalah rambut gugur ( 1 ) Mealshakes ( 8 ) Mighty 3 Gems ( 2 ) Minyak Ikan ( 1 ) Minyak ikan terbaik ( 1 ) Modal Rendah ( 1 ) Motivasi ( 1 ) Multivitamin Pertama ( 1 ) Multivitamin terbaik ( 1 ) Nutriferon ( 1 ) Obesiti ( 1 ) Oedema ( 1 ) Omega Guard ( 3 ) Omega Guard ( 7 ) Omega-3 ( 3 ) online bisnes ( 1 ) Order Online ( 1 ) Order Shaklee Online ( 1 ) Ostematrix ( 8 ) Osteomatrix Shaklee ( 1 ) Panduan ibu berkerjaya ( 1 ) Panduan Menggunakan eSell ( 1 ) Panduan Pemakanan ibu hamil ( 1 ) Parut ( 1 ) Pencuci Bebas Racun ( 1 ) Pencuci Serbaguna ( 1 ) Pengedar Shaklee ( 2 ) pengedar Shaklee Bachok ( 1 ) Pengedar Shaklee Kota Bharu ( 2 ) pengedar shaklee Kubang Kerian ( 1 ) Pengedar Shaklee Pasir Mas ( 1 ) penyakit diabetes ( 2 ) Penyakit hernia ( 1 ) Penyusuan ibu ( 1 ) Peppermint Ginger Plus ( 3 ) peranan surirumah ( 1 ) perbezaan soya shaklee ( 1 ) Performance Drink ( 1 ) Petua Kecantikan semulajadi ( 1 ) picky eaters ( 1 ) Pikcky Eaters ( 1 ) Pil Kalsium ( 1 ) Pil kalsium Shaklee ( 2 ) PMS ( 1 ) pregnancy set trimester 1 ( 1 ) Purifying Shampoo ( 1 ) Pusat menonjol ketika hamil ( 1 ) Rahsia anak bijak ( 1 ) Rahsia Awet Muda ( 3 ) Ramadhan 1436H ( 1 ) Rawat Keputihan ( 1 ) Rendahkan Kolesterol ( 1 ) Resdung ( 1 ) Revitalizing Shampoo ( 1 ) saat awal kenali Shaklee ( 1 ) Sakit Jantung ( 1 ) Sakit Kaki ( 1 ) Sakit Perut ( 1 ) Sakit Sendi ( 1 ) Sarapan pagi ( 1 ) Sejarah Shaklee ( 1 ) Selsema berpanjangan ( 1 ) Sembelit ( 1 ) Sembelit semasa pantang ( 1 ) Sendi ( 1 ) senggugut ( 1 ) Set berpuasa ( 1 ) Set Bersalin Shaklee ( 2 ) set darah tinggi Shaklee ( 1 ) set diabetes Shaklee ( 1 ) set hamil ( 3 ) set hamil shaklee ( 1 ) Set kecantikan Shaklee ( 2 ) Set Kesuburan ( 3 ) Set kesuburan Shaklee ( 3 ) Set Kulit Shaklee ( 3 ) set kurus shaklee ( 3 ) set mengandung Shaklee ( 1 ) Set Menyusu Bajet ( 1 ) Set Menyusu Shaklee ( 1 ) Set morning sicknes ( 1 ) Set Pantang Shaklee ( 1 ) Set rambut gugur ( 1 ) Set Resdung Shaklee ( 1 ) Set Sendi Shaklee ( 1 ) Set Senggugut Shaklee ( 1 ) Set Sinus Shaklee ( 1 ) Set Skin Care NutriWhite Shaklee ( 1 ) Set subur Shaklee ( 1 ) Shaklee Collagen Powder ( 3 ) Shaklee Independent Distributor ( 2 ) Shopping Cart ( 1 ) SID Kelantan ( 1 ) Sindrom pra-haid ( 1 ) Sinusitis ( 1 ) Sistemik lupus eritematosus (SLE) ( 1 ) Skin Care ( 1 ) Skin Care NutriWhite Shaklee ( 3 ) Skin Care Shaklee ( 2 ) SLE ( 1 ) Small Coaching ( 1 ) Sperma Lemah ( 1 ) Status Halal Shaklee ( 1 ) Stress ( 2 ) suami isteri romantis ( 1 ) Suami romantik ( 1 ) Sumbangan banjir ( 1 ) Suplement ( 1 ) Surirumah berjaya ( 1 ) tambah pendapatan ( 1 ) Tambah Tenaga ( 1 ) tanda-tanda penuaan ( 1 ) Target & Fokus ( 1 ) tekanan darah tinggi ( 1 ) Terapi Warna ( 1 ) Tingkatkan sistem imun tubuh ( 1 ) Tip atasi Stress ( 1 ) Tip berhenti hisap botol. ( 1 ) tip hadapi musibah ( 1 ) Tips ( 1 ) Tips diet sihat ( 1 ) Tips Jaga Sendi ( 1 ) Tips Kecantikan ( 1 ) Tutorial eSell ( 1 ) Uluran ( 1 ) urat bersimpul ( 1 ) Usahawan Shaklee ( 2 ) User Manual eSell ( 1 ) vena varikose ( 1 ) Vit C ( 1 ) Vita C ( 3 ) Vita C Shaklee ( 2 ) Vita E Complex ( 2 ) Vita-Lea ( 2 ) Vitalea ( 2 ) Vitalea for Children ( 2 ) Vitamin ACE ( 1 ) Vitamin B-Complex ( 1 ) Vitamin C ( 1 ) Vitamin D ( 1 ) Vitamin E Complex ( 2 ) Vitamin E Shaklee ( 2 ) Vitamin K ( 1 ) Vitamin semasa period ( 1 ) Vitamin sendi ( 1 ) Vitamin Shakee ( 1 ) Vitamin untuk pelajar ( 1 ) Vivix ( 2 ) Vivix Shaklee ( 5 ) WAHM ( 2 ) Zat besi ( 1 ) Zinc ( 2 ) Zinc Complex ( 3 )