Thursday, October 1, 2015

Ibu Hamil dan Menyusu Dilarang Mengambil Vivix Shaklee.

Nak dijadikan cerita ada seorang pelanggan Shaklee saya, baru jer try 2 botol Vivix dah termengandung. So, saya sarankan agar beliau hentikan pengambilan Vivix. Bukan kata Vivix ni bahaya tetapi ianya tidak sesuai diambil oleh ibu hamil atas sebab-sebab tertentu.



Apabila seseorang wanita itu disahkan mengandung, doktor akan memberikan wanita itu beberapa jenis supplemen. Supplemen amat penting bagi memastikan ibu hamil serta kandungannya memperolehi cukup zat dan nutrien yang diperlukan. Namun bagi ibu mengandung anda perlu tahu bahawa hanya ada beberapa vitamin yang disarankan diambil semasa mengandung demi memastikan bayi dalam kandungan membesar dengan sihat dan cukup zat.



VITAMIN YANG PERLU!!!

Vitamin yang perlu diambil oleh ibu yang mengandung adalah seperti :-
❀ Protein
❀ Multivitamin yang lengkap dengan zat besi
❀ Vitamin B-Complex yang lengkap dengan folic acid
❀ Vitamin C
❀ Kalsium
❀ Omega

Secara ringkasnya kepentingan vitamin tersebut adalah seperti berikut :-
❀ Protein : untuk bina sel. Sel terbina dari protien. Tanpa protien, pembinaan dan perkembangan sel boleh terbantut.
❀ Multivitamin dengan zat besi : demi memastikan sel mendapat semua vitamin penting dalam membentuk membentuk organ. Zat besi penting untuk pembinaan darah dan pembesaran janin.
❀ B-Complex : penting untuk pembinaan sel darah, sarah dan beberapa organ penting termasuk tengkorak kepala.
❀ Vitamin C : pembentukan kolagen dan membantu sistem antibodi.
❀ Kalsium : pembinaan sel darah merah serta tulang bayi.
❀ Omega : membantu pembentukan sel otak bayi. Pengambilan hanya dibenarkan selepas bulan ke-4 kehamilan (trimester ke-2).

VITAMIN YANG DILARANG!!!

Namun ada beberapa vitamin yang tak disarankan diambil semasa mengandung ialah :-
❀ Vitamin E
❀ Alfalfa
❀ GLA
❀ Vivix
❀ Cinch
❀ CarotoMax
kecuali atas saranan doktor sendiri.

Vitamin-vitamin yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.

Seperti yang kita tahu Vivix Shaklee kaya dengan kandungan Resveratrolnya. Mengikut kajian klinikal, Resveratrol sangat penting untuk memelihara DNA sel yang rosak akibat radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom yang tidak stabil yang terhasil disebabkan pencemaran, cahaya matahari dan pembakaran lemak dalam badan. Ianya boleh menyebabkan pelbagai penyakit termasuk kanser dan sakit jantung.

Resveratrol banyak terdapat di dalam buah anggur, paling banyak pada kulit buah anggur. Ia asalnya berfungsi untuk mengelakkan buah anggur daripada diserang kulat atau fungus. Dalam banyak-banyak spesies buah anggur, buah anggur jenis muscadine adalah anggur yang mempunyai tahap resveratrol paling tinggi.


Resveratrol inilah yang tidak sesuai untuk ibu mengandung sebenarnya.

Jom kita tengok petikan daripada beberapa sumber.

Sumber #1:

“Selain daripada faedah-faedah yang dibincangkan sebelum ini, resveratrol juga didapati amat baik untuk anti-penuaan. Resveratrol memelihara dan memulihara sel-sel badan kita daripada kerosakan. Ia memberikan tenaga kepada sel-sel badan kita untuk melawan kerosakan dan kuasa yang cukup untuk kembali memulihkan kerosakan yang sedia ada. Resveratrol juga membantu dalam penurunan berat badan. Walaupun anda mengambil sejumlah kalori yang banyak, berat anda tidak meningkat sekiranya konsisten mengamalkan resveratrol

Atas faktor-faktor inilah yang menjadi penyebabkan mengapa resveratrol tidak digalakkan untuk wanita hamil dan menyusukan bayi. Resveratrol seolah-olah mempunyai ciri-ciri ANTI-PERTUMBUHAN, yang dikhuatiri akan memberikan kesan yang buruk terhadap bayi anda. Akan tetapi anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor atau pakar perubatan yang mungkin lebih memahami tahap kesihatan anda dan bayi.”

Sumber: cafemom.com

Sumber #2:

“Jangan mengambil suplemen resveratrol sekiranya anda ibu hamil. Resveratrol boleh mengakibatkan masalah pankreas pada pembesaran fetus, berdasarkan research“Beneficial and cautionary outcomes of resveratrol supplementation in pregnant nonhuman primates“, yang diterbitkan dalam talian pada 2 Jun, 2014 di dalam FASEB Journal (Federation of American Societies of Experimental Biology.) Satu kajian kerjasama dari Oregon Health & Science University dan University of Colorado-Denver memberi amaran dan melarang keras terhadap pengambilan resveratrol oleh wanita hamil. Disebabkan hasil yang diperolehi dari kajian itu, para pengkaji sangat-sangat menyarankan wanita hamil MENGELAKKAN diri dari mengambil resveratrol sebagai makanan tambahan.”

Sumber: www.examiner.com

Semoga bermanfaat.

Ada apa2 pertanyaan?

Hubungi,
Puan Maria
019-9593058
Pengedar Shaklee Kubang Kerian, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Mas.

Thursday, September 3, 2015

Khasiat Soya Dalam ESP Shaklee Untuk Wanita Hamil

Alhamdulillah, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun saya masih lagi teruja setiap kali Shaklee mengadakan promosi. Dan saya nak berkongsi keterujaan saya kali ini dengan anda semua. Nak tahu tak apa promosi untuk bulan September 2015?

Jeng...jeng...jeng...ESP lah jawapannya!


Mesti penggemar susu soya Shaklee pun teruja seperti saya kan?

Ok, hari ini saya nak kongsi khasiat soya kepada ibu yang sedang hamil. Jangan tak tahu ESP Shaklee termasuk dalam set hamil & juga set berpantang tau!

Untuk pengetahuan umum, khasiat yang terkandung dalam susu soya merupakan sumber khasiat yang penting untuk membantu proses pertumbuhan dan perkembangan janin. Protein merupakan bahan utama untuk membentuk sel-sel baru.


Manakala vitamin lain yang terdapat dalam susu soya ialah Vitamin B (khususnya Vitamin B6) yang mana ia lebih dikenali dengan istilah pridoksin yang diperlukan dalam meningkatkan kekebalan tubuh sepanjang kehamilan. selain itu, kandungan Vitamin B1,B2 dan B3 dalam susu soya juga akan membantu proses penghasilan tenaga untuk ibu dan juga janin itu sendiri. Manakala kandungan asid folik pula berupaya untuk mencegah kelainan atau kecacatan pada janin.

Kelebihan susu soya secara umumnya ia memiliki sejumlah gizi dan zat untuk kesihatan tubuh sepanjang kehamilan.

Susu soya tidak mengandungi laktosa jadi ia sesuai diambil oleh mereka yang bermasalah untuk mencerna laktosa (lactose intolerance). Ia juga tiada kandungan hormon seperti susu lembu maka ia tidak mengganggu sistem hormon ibu hamil mahupun janin anda.

Tetapi kandungan isoflavin yang tinggi dalam susu soya sebenarnya berupaya menurunkan kadar kolesterol dan mengurangkan risiko kanser payudara juga.

Susu soya juga merupakan salah satu daripada sumber kalsium. yang mana ianya sangat penting untuk membina tulang dan gigi yang kuat, pembentukan otot , jantung, sistem saraf dan juga pelbagai aktiviti enzim.



Keperluan harian protein

Secara asasnya, keperluan harian protein adalah berlainan bagi setiap individu kerana ianya dipengaruhi oleh faktor umur.

Bayi memerlukan kira-kira 10 gram sehari.
Remaja lelaki memerlukan sehingga 52 gram sehari.
Remaja perempuan memerlukan 46 gram sehari.
Lelaki dewasa memerlukan kira-kira 56 gram sehari.
Wanita dewasa memerlukan kira-kira 46 gram sehari.

Lain pula pengesyoran bagi wanita hamil atau menyusu. Pengambilan yang disyorkan untuk mereka meningkat kepada 71 gram protein sehari.

Untuk pengetahuan anda, 3 sudu ESP bersamaan dengan 14g protein. Jadi, anda boleh kira sendiri berapa sudu ESP Shaklee yang anda perlu ambil untuk memenuhi keperluan protein anda. Itu pun jika anda memang tidak mengambil ayam,ikan atau telur lah.... 

Satu lagi cara untuk melihat keperluan protein adalah sebagai peratusan daripada kalori. Institute of Medicine mengesyorkan kita mendapatkan sekurang-kurangnya 10% dan tidak lebih daripada 35% kalori daripada protein.

Kebanyakan orang mendapat protein yang mencukupi daripada makanan harian, tetapi sesetengah mungkin melakukan dengan lebih baik apabila menambah sumber protein daripada pemakanan sampingan yang diambil.

Data daripada National Health and Nutrition Examination Survey menunjukkan bahawa 7.7% daripada remaja perempuan dan kira-kira 8% daripada wanita dewasa yang lebih tua tidak mendapat jumlah minimum protein yang disyorkan.

Sebagai sebahagian daripada jumlah kalori, pengambilan median protein pada kanak-kanak adalah 13.4%, di bawah julat yang ideal. Lelaki berumur 51 sehingga 70 mengambil 16% daripada kalori mereka dalam protein, juga sedikit di bawah jumlah yang disarankan.

Jadi, kepada anda sekitar Kota Bharu, Kubang Kerian,Bachok dan kawasan sekitarnya yang berminat nak dapatkan ESP (energizing soy protein) Shaklee, anda bolehlah menghubungi saya untuk COD.

Yang jauh pun boleh hubungi saya juga, penegeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah/Sarawak/Labuan.

Maria Ismail
019-9593058 (whatsapp/telegram preffered)
Pretty.Happy.Healthy

Saturday, August 22, 2015

Cara Kawal Perbelanjaan Di Zaman Kegawatan Ekonomi

Pertama sekali nak bagitau saya bukanlah pakar ekonomi ye...di sini cuma nak share cara mengawal perbelanjaan berikutan kegawatan ekonomi negara yang teruk sekarang ini mengikut pembacaan saya. Zaman kegawatan 97/98 dulu saya masih di IPT jadi tak terasa sangat kesan kegawatan masa itu dan saya yakin ibu ayah saya merasakan apa yang saya rasa sekarang. Nilai duit kita makin mengecil dan jangan terkejut kalau duit kita tak laku untuk pertukaran mata wang asing.

Oklah, tak nak cerita panjang bab tu, cuma kebetulan pagi tadi terbaca artikel ini dalam Majalah Mingguan Wanita keluaran Januari 2011. Alang-alang dah baca, lagi elok kalau saya kongsikan dengan orang semua. Mana tau boleh diamalkan bersama-sama kann?

Dalam menghadapi masalah ini,kita kenalah bijak bertindak untuk mengawal perbelanjaan agar kewangan kita kembali kukuh walau apa jua keadaan.Jom kita tengok tip-tip yang boleh diamalkan.

Tip #1 : Rekod Aliran Wang
Caranya dengan menyimpan segala penyata bank, resit pembelian dan bil-bil yang berkaitan untuk menyemak aliran keluar masuk wang anda setiap bulan. Apabila anda menyimpan rekod perbelanjaan dan penggunaan wang,ianya akan memudahkan kita untuk mengesan jumlah wang yang selalu dibazirkan. Dengan cara ini, kita akan lebih berhati-hati dengan menolak perbelanjaan yang membazirkan itu pada bulan-bulan seterusnya.

Tip #2 : Langsaikan Hutang


Biarpun kita dilanda masalah kewangan, kita kena cuba sedaya upaya untuk menjelaskan hutang terutamanya hutang kad kredit. Begitu juga dengan bayaran rumah dan juga kereta. Ingat ye, lebih lama kita menangguhkannya lebih berat beban hutang yang kita pikul. Jika anda merupakan pemegang insurans, sila dahulukan pembayarannya bagi mengelak dari ditamatkan perlindungan insurans akibat tunggakan yang anda cipta itu.

Tip #3 : Kurangkan Aktiviti Di Luar

Bagi saya tips ini paling susah nak buat. Tapi apakan daya, kena buat jugak. Jika sebelum ini erap makan diluar, berjalan ke shopping mall pada hujung minggu,menonton wayang dan kerap ke pusat-pusat hiburan, sila tangguhkan dulu buat sementara waktu. Juga sila kurangkan aktiviti yang memerluakan perbelanjaan yang besar. Sebaliknya carilah aktiviti yang lebih menjimatkan. InsyaAllah lama-kelamaan ia akan menjadi kebiasaan yang sangat menguntungkan.

Tip #4 : Jimatkan Penggunaan Air & Elektrik



Hrmm bab ini saya cukup geram dengan suami yang sering terlupa untuk menutup lampu dan kipas selepas menggunakannya. Selepas ini saya kena banyak membebel agaknya, hehe. Selain menjimatkan penggunaan air dan elektrik, jangan lupa akan bil-bil internet,bil telefon dan sebagainya.

Tip #5 : Menabung


Alhamdulillah, tip ini saya dah buat. Walau rm10 sebulan,saya tetap menyimpannya. Walau berdepan dengan krisis kewangan, bukan bermakna kita tak perlu menabung dan perlu mengorek tabung...Ooops.

Jom tengok macamana nak jadi penabung yang berjaya.
  1. Tetapkan matlamat menabung yang jelas agar anda sentiasa bersemangat untuk terus menabung.
  2. Asingkan segera wang gaji yang diperolehi,jangan tunggu hujung-hujung bulan baru nak menyimpan.
  3. Biarpun pendapatan anda kecil,biasakan diri menyimpan walau hanya RM10 sebulan.
  4. Lakukaan pengeluaran gaji sedikit demi sedikit agar gaji anda maasih berbaki pada hujung bulan,
  5. Apabila pendapatan makin bertambah, maka tambahkan juga jumlah tabungan anda.
Tip #6 : Jangan Menambah Hutang Sedia Ada


Jangan sesekali terpengaruh dengan iklan pinjaman mahupun permohonan kad kredit. Ia akan merumitkan lagi keadaan yang sedia rumit tau.Lebih elok jika anda simpan dulu kad kredit sedia ada sementara waktu sehinggalah ekonomi anda benar-benar stabil.

Haaa...amacam? Semoga bermanfaat buat semua.
Jom berjimat cermat...

Sharing is caring,
Maria Ismail
Shaklee Independent Distributor
Kota Bharu, Kubang Kerian, Pasir Mas & Bachok.
whatsapp/telegram preffered 019-9593058
Pretty.Happy.Healthy


Monday, August 17, 2015

Kerjaya Sesuai Untuk Wanita Yang Bergelar Ibu

Wanita dan title ibu memang tidak dapat dipisahkan. Dan apabila mula menjadi ibu perkara pertama yang menjadi keutamaan adaalah kebajikan anak-anak, suami dan keluarga. Yang kedua barulah soal kerjaya. Tetapi tak ramai yang tahu bukan semua kerjaya yang sesuai untuk wanita yang bergelar ibu.

Ada sesetengah kerjaya menuntut ibu-ibu bekerja dalam kekangan masa yang sangat ketat sehingga menjejaskan tanggungjawab seorang ibu terhadap anak-anak mereka. Malah, dengan pelbagai kejadian yang menimpa anak-anak di rumah pengasuh semakin berleluasa pada masa kini sekaligus membuatkan ibu-ibu tak senang duduk memikirkannya.

Sesungguhnya ibu-ibu dalam dilema antara kerjaya dan kebajikan anak-anak. Apa yang selalu terlintas di fikiran seorang ibu berkerjaya adalah soal tunaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada keluarga tersayang. Mungkin benar harta benda tidak boleh membayar harga sebuah kasih sayang. Namun jika wanita ada peluang untuk terus kembangkan kerjaya dan ilmu, kenapa perlu berhenti langkah untuk mengejar impian yang sudah terbuka luas? 

So, pagi ini saya nak berkongsi beberapa kerjaya yang sesuai untuk wanita yang mementingkan kebajikan anak-anak syurga mereka.

#1: Jualan langsung - skim kerjaya yang menjadikan anda sebagai bos kepada diri sendiri. Kelebihannya anda boleh merancang waktu untuk bekerja dan waktu untuk menguruskan anak-anak dan keluarga. Malah pada masa kini ramai yang memilih untuk menjalankan perniagaan secara online sahaja. Seperti apa yang Shaklee Independent Distributor buat. Kami bekerja dari rumah sahaja.Best tau...

#2 : Bidang masakan - Bidang ini paling sinonim dengan wanita yang bergelar ibu. Ia menjanjikan keuntungan dan yang paling penting pada masa yang sama anda berpeluang meluangkan banyak masa bersama keluarga. Sekarang pun ramai yang memasarkan masakan mereka menggunakan media sosial.

#3 : Bidang pendidikan - Bidang yang sesuai dengan sifat keibuan seseorang wanita. Selain dapat mendidik anak-anak bangsa, kelebihan ibu-ibu yang bergelar guru ini dapat mendidik anak2 sendiri juga dengan ilmu pendidikan yang dia ada.

#4 : Bidang penulisan - Menjadi penulis dan memilih untuk bekerja dari rumah merupakan peluang paling besar untuk bersama anak-anak. Penulis di sini bukan sekadar penulis novel,malah jika anda mempunyai minat menulis, anda juga boleh menjadi penulis blog (blogger) dan menjalankan perniagaan secara online juga.

#5 : Kerjaya melalui temujanji - Kerjaya ini mempunyai skop yang luas. Ia merangkumi jurugambar, jurumekap,jurulatih dan sebagainya.

Pilih saja kerjaya mana yang anda suka.

Saya pilih jualan langsung tapi bukan jualan langsung yang konvensional punya tau yang perlu ke rumah-rumah dan keluar meeting sehingga larut malam tu. Saya pilih jualan langsung yang dilakukan secara online hanya dari rumah sahaja. Saya juga tak simpan stok dirumah. Semuanya saya lakukan secara online sahaja. Tapi dengan bantuan suami lah...

Jom pilih yang terbaik buat kita dan keluarga kita semua.

Maria Ismail
Shaklee Independent Distributor
Kota Bharu, Kubang Kerian, Binjai,Kedai Lalat,Bachok dan Pasir Mas.
019-9593058
Pretty.Happy.Healthy

Sunday, August 2, 2015

Lawan serangan radikal bebas dengan Vitamin ACE Shaklee.

Radikal bebas merupakan molekul yang kekurangan satu elektron yang menyebabkan molekul tersebut menjadi tidak stabil dan selalu berusaha mengambil elektron dari molekul atau daripada sel-sel lain. Radikal bebas terhasil daripada hasil metabolisme tubuh dan faktor luaran seperti asap rokok,sinaran ultra ungu, bahan kimia dalam makanan dan bahan pencemaran lain. Penyakit yang disebabkan oleh radikal bebas bersifat kronis, iaitu diperlukan masa waktu bertahun-tahun untuk penyakit tersebut menjadi nyata. Contoh penyakit-penyakit kronik yang sering dikaitkan dengan serangan radikal bebas adalah serangan jantung,asma,stroke,alzhemeir,parkinson dan juga barah. Untuk mencegah dan mengurangkan risiko penyakit kronik akibat radikal bebas ini, badan kita memerlukan makanan atau supplemen yang mengandungi antioksidan yang tinggi.




Namun begitu badan kita tidak mengeluarkan anti-oksidan, ia bergantung kepada bekalan yang diperolehi dari makanan seharian kita. Seperti yang telah diketahui ramai, anti-oksidan boleh diperolehi dari Vitamin C, Vitamin E dan beta-karotena (A).

Contoh paling mudah, buah kiwi misalnya sangat kaya dengan kandungan kalium(potassium) yang sama banyak dengan pisang dan juga mengandungi 1.5 kali nilai Vitamin C. Ia juga kaya dengan kandungan Vitamin A dan juga E. Dengan adanya kandungan vitamin-vitamin ini, maka ia dapat melindungi badan kita daripada serangan radikal bebas.

Sedikit kupasan berkaitan vitamin ACE (Antioksidan).



Vitamin A (beta-karotena)
Perlu untuk kesihatan kulit, penglihatan dan sistem imun, beta-karotena melindungi daripada penyakit degeneratif termasuk kanser.
Sumber yang baik retinol dari produk tenusu keju, mentega dan marjerin, kuning telur dan ikan berminyak. Beta-karotena daripada buah-buahan dan sayur-sayuran jingga dan kuning seperti, lobak merah, mangga, aprikot, kentang manis, lada dan sayur-sayuran berdaun.Kekurangan vitamin A menyebabkan jangkitan meningkat dan penglihatan malam yang lemah.

Vitamin C (asid askorbik)
Diperlukan untuk pengeluaran kolagen, asas gusi sihat, gigi,tulang dan kulit. Sifat antioksidan dapat melindungi terhadap penyakit jantung dan kanser.Dijumpai dalam buah-buahan terutamanya buah-buahan sitrus, sayur-sayuran, tomato, brokoli, buah beri, dan buah-buahan yang masam.Kekurangan vitamin C dalam diet boleh menyebabkan penyembuhan luka yang lemah, lemah penahanan terhadap jangkitan, gusi berdarah dan sakit sendi.

Vitamin E (Tochopherol)
Sebagai antioksidan ini mencegah kerosakan radikal bebas dan menggalakkan sel-sel yang kuat. Sumber yang baik adalah minyak sayuran (bunga matahari,jagung dan zaitun), kekacang,bayam dan avocado.


Dan apa yang Shaklee ada?
Selain dari tonik antipenuaan Vivix, Vitamin ACE juga merupakan vitamin antioksidan dan antipenuaan. Bezanya cuma Vivix  dalam bentuk cecair dan Viamin ACE ini  dalam bentuk tablet.



Carotamax (Vitamin A)
Vitamin A terkenal sebagai antioksidan hebat yang mampu melawan kanser yang disebabkan oleh radikal bebas di dalam tubuh.Sebagai antioksidan, beta-karotena lebih memainkan peranan. Ia merupakan agen yang sangat efektif dalam menstimulasi sistem kekebalan untuk melindungi tubuh.
Carotamax adalah vitamin A shaklee dalam bentuk Beta-Carotena dan hanya akan ditukar menjadi vitamin A bila diperlukan sahaja. Ia terdiri daripada ENAM jenis karotenoid penting CaratoMax adalah gabungan 6 Jenis Karatenoid terbaik(Alfa-Carotene,Astaxanthin,Beta-karotene, Lutein,Likopena dan Zeaxanthin)yang dipilih daripada gabungan tumbuhan fitokimia dan kita sebagai manusia tidak akan mendapat perlindungan gabungan ini daripada sumber makanan sahaja.

Vitamin C
Vitamin C Shaklee ialah bersifat Sustained Release 500mg yang mana pelepasan perlahan-lahan iaitu 100mg setiap jam. Ia juga mengandungiBio-flavonoid C complex yang membantu meningkatkan penyerapan Vitamin C dan menghalang daripada dirosakkan oleh pengoksidaan dalam badan. Fungsi vitamin C adalah sebagai bahan antioksidan untuk melawan radikal bebas didalam badan kita.
Vitamin C juga meningkatkan daya ketahanan dalam tubuh kita serta mempercepatkan proses pemyembuhan sekali gus meningkatkan jaringan kult menjadikan kult awet muda. Vitamin C dgn fungsi antioksidannya berperanan meremajakan kulit, mencegah penuaan akibat serangan radikal bebas serta menghalang sinaran matahari yang boleh menimbulkan gangguan kulit. Proses terakhirnya menjadikan kulit lebih sihat,cantik,bersih,bersinar dan cerah.

Vitamin E
Vitamin E adalah antioksidan larut lemak dan merupakan salah satupertahanan tubuh terhadap radikal bebas. Peranan utamanya adalah menghentikan reaksi rantai radikal bebas yang memproduksi lebih banyak radikal bebas. Vitamin E melindungi sel-sel dan membran dari kerosakan. Vitamin E mengurangkan risiko penyakit jantung dengan melindungi LDL dan mengurangkan inflamasi.
Vitamin E Complex Shaklee mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E.

Apa-apa pun yang kita makan,niatkan mencegah itu lebih baik daripada merawat. Sesungguhnya kita hanya mampu berikhtiar, namun Allah s.w.t juga yang menyembuhkan. Bagi saya dan keluarga, Shaklee adalah ikhtiar kami untuk kekal sihat, awet muda dan bertenaga. InsyaAllah...

Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua.

Nak order Shaklee?
Boleh whatsapp/telegram 019-9593058 (Kak Yaa)

Tuesday, June 23, 2015

Kebaikan berbuka puasa dengan buah kurma.

Hadith: 
Daripada Salman bin Amir Addabbi Assohaabi r.a. daripada Nabi s.a.w. bersabda: Jika seseorang kamu berbuka, hendaklah ia berbuka dengan buah kurma. Sekiranya buah kurma tiada, bolehlah ia berbuka dengan air kosong. Sesungguhnya air itu bersih lagi suci.
 Huraian Hadith:
1. Rutob ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering. Ianya lembut dan manis. Manakala tamar ialah buah kurma yang sudah kering.
2. Orang yang berpuasa disunatkan berbuka dengan rutob atau kurma atau meminum air biasa jika ketiadaan kurma. Inilah tertib yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
3. Hikmah disunatkan kita berbuka dengan tamar ialah kerana kurma dipercayai mengandungi glukosa yang mampu memberikan tenaga segera kepada badan. Ia juga dipercayai kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A & C serta zat mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potassium. Kandungan protein di dalam sebiji kurma adalah kira-kira 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gulanya adalah 50 hingga 57%.
4. Sesiapa yang berpuasa dengan ikhlas kerana Allah, kemudian beramal mengikut sunnah Rasulullah SAW akan diberi ganjaran pahala di akhirat serta mendapat nikmat dan rahmat Allah SWT di dunia dan akhirat.
Berbuka dengan buah kurma bukan sahaja disarankan untuk mereka yang berpuasa sahaja malah ia juga sesuai dimakan pada bila-bila masa sahaja. Sebahagian besar daripada isi buah ini terdiri daripada karbohidrat dalam bentuk gula (glukosa & fruktosa) sehingga membuatkan buah tamar ini manis seperti gula. Fruktosa mudah dicerna oleh tubuh, jadi ia sangat sesuai dimakan kerana ia boleh mengembalikan tenaga dengan segera kepada kita yang seharian berpuasa.

Selain karbohidrat, buah kurma juga kaya dengan vitamin A, Vitamin B Kompleks dan juga vitamin C. Zat-zat ini penting untuk tubuh terutamanya pada jantung dan pembuluh darah.
Banyak lagi khasiatnya tau. Jom kita tengok :
  • Kandungan serat yang tinggi - untuk melancarkan saluran pencernaan.
  • Kurma kering boleh menguatkan sel-sel usus kerana mempunyai serabut yang dapat mengawal pergerakan usus.
  • Kandungan zat besi dan kalium yang tinggi dalam buah kurma dapat membantu meningkatkan penghasilan susu ibu untuk ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi.
  • Buah kurma juga dapat mengendalikan hipertensi dengan mengatur kadar prostaglandin yang berfungsi untuk menstabilkan tekanan darah.
  • Buah kurma juga dapat mengatasi masalah ketegangan mental/stress dan insomnia.
Sekian perkongsian hari ini, saya akhiri dengan resepi ini

Smoothie Kurma & ESP Shaklee.
Bahan-bahan (untuk 3-4 orang) :
500 ml susu segar - saya guna jenama Gooday
7-9 biji buah kurma dibuang biji
3 sudu besar ESP
Ketulan ais

Cara membuatnya:
Rendamkan buah kurma bersama susu segar selama 1-2 jam.
Kemudian blendkan kedua-dua bahan itu sehingga hancur.
Masukkan ESP dan kacau sebati.
Masukkan ketulan ais...
Siappp!

Nak tau info lanjut ESP? KLIK SINI
Nak tahu kombinasi-kombinasi Vitamin Meletops dan ESP? KLIK SINI
Nak tahu sebab kenapa saya suka Soya Shaklee? KLIK SINI

Nak join ahli & nak buat pembelian dengan penjimatan sehingga 20-30%? KLIK SINI

Nak tanya apa-apa berkaitan pemakanan vitamin dan sebagainya? Ambil fon anda dan whatsapp/telegram 019-9593058 ok...

Wednesday, June 17, 2015

Salam Ramadhan 1436H : Tip Persiapan Bertemu Ramadhan

Alhamdulillah...
Syukur kerana masih dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan 1436H, semoga kita semua mengambil peluang ini untuk meningkatkan ibadah kepadaNya. Sebelum saya kongsikan entri seterusnya, ingin sekali saya kongsikan tips bertemu Ramadhan khas untuk semua pengunjung blog saya yang serba kekurangan ini.


Tip #1:
Berdoalah agar Allah swt. memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadan dalam keadaan sihat walafiat. Dengan keadaan sihat, insyaAllah kita dapat melaksanakan ibadah secara maksima sepanjang bulan Ramadhan, baik puasa, solat, tilawah, dan juga zikir. Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rejab selalu berdoa,

”Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.”

Ertinya, “ Ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban; dan sampaikan kami ke bulan Ramadan.” (Riwayat. Ahmad dan Tabrani)

Para salafus-salih selalu memohon kepada Allah agar diberikan kurnia bulan Ramadhan dan berdoa agar Allah menerima segala amal mereka. Bila telah masuk awal Ramadhan, mereka berdoa kepada Allah,

”Allahu akbar, allahuma ahillahu alaina bil amni wal iman was salamah wal islam wat taufik lima tuhibbuhu wa tardha.”

Ertinya,

“Ya Allah, kurniakan kepada kami pada bulan ini keamanan, keimanan, keselamatan, dan keislaman; dan berikan kepada kami taufik agar mampu melakukan amalan yang engkau cintai dan redha.

Tip #2:

Bersyukurlah dan puji Allah atas kurnia Ramadan yang kembali diberikan kepada kita. Al-Imam Nawawi dalam kitab Adzkar-nya berkata,

”Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur; dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya.”

Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan. Maka, ketika Ramadan telah tiba dan kita dalam keadaan sihat wal afiat, kita harus bersyukur dengan memuji Allah sebagai bentuk syukur.

Tip #3:
Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadan. Rasulullah saw. selalu memberikan khabar gembira kepada para sahabat setiap kali datang bulan Ramadan,

“Telah datang kepada kalian bulan Ramadan, bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka.” (Riwayat Ahmad).

Salafus-salih sangat memperhatikan bulan Ramadan. Mereka sangat gembira dengan kedatangannya. Tidak ada kegembiraan yang paling besar selain kedatangan bulan Ramadan kerana bulan itu bulan penuh kebaikan dan turunnya rahmat.

Tip #4: 
Rancanglah agenda kegiatan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadhan. Ramadhan sangat singkat. Kerana itu, isi setiap detiknya dengan amalan yang berharga, yang dapat membersihkan diri, dan mendekatkan diri kepada Allah.

Tip #5:
Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadan dengan ketaatan. Barangsiapa jujur kepada Allah, maka Allah akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahnya melaksanakan aktiviti-aktiviti kebaikan.

“Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, niscaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.” [Muhamad (47): 21]

Tip #6:
Pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah di bulan Ramadan. Wajib bagi setiap mukmin beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadan datang agar puasa kita benar dan diterima oleh Allah.

“Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui,” begitu kata Allah di Al-Qur’an surah Al-Anbiyaa’ ayat 7.

Tip #7:
Sambut Ramadan dengan tekad meninggalkan dosa dan kebiasaan buruk. Bertaubatlah secara benar dari segala dosa dan kesalahan. Ramadan adalah bulan taubat.

“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” [An-Nur (24): 31]

Tip #8:

Siapkan jiwa dan ruhiyah kita dengan bacaan yang mendukung proses tazkiyatun-nafs. Hadiri majlis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa. Sehingga secara mental kita siap untuk melaksanakan ketaatan pada bulan Ramadan

Tip #9:
Siapkan diri untuk berdakwah di bulan Ramadhan dengan: seperti membuat catatan kecil untuk tazkirah tarawih serta selepas solat subuh dan zuhur serta membahagikan buku saku atau selebaran yang berisi nasihat dan keutamaan puasa.

Tip #10:
Sambutlah Ramadan dengan membuka lembaran baru yang bersih. Kepada Allah, dengan taubatan nasuha. Kepada Rasulullah saw., dengan melanjutkan risalah dakwahnya dan menjalankan sunnah-sunnahnya. Kepada orang tua, isteri, anak, dan karib kerabat, dengan mempererat hubungan silaturrahim. Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.


Selamat Berpuasa!
Ikhlas dari,
Maria Ismail dan team Cherish
Pengedar Shaklee Kota Bharu, Kubang Kerian,Bachok & Pasir Mas.
Lokasi COD : Mode On Boutique & Cafe Kubang Kerian
Whatsapp/Telegram 019-9593058

Wednesday, May 27, 2015

Ketahui Kelebihan dan Khasiat Anggur Muscadine

Apa kaitan Anggur Muscadine dengan Shaklee?

Kalau anda nak tahu, anggur muscadine merupakan salah satu daripada 4 bahan aktif yang utama yang digunakan dalam penghasilan tonik ajaib kami iaitu Vivix Shaklee.


Kenali Anggur Muscadine




Ia dikenali sebagai Vitis Rotundifolia adalah sejenis anggur liar yang mempunyai 20 kromosom berbanding anggur biasa yang mempunyai 19 kromosom. Mempunyai extra 1 pasang kromosom berbanding anggur biasa menjadikan anggur ini mempunyai lebih banyak khasiat untuk kesihatan, menawarkan fungsi imun yang lebih tinggi dan sifat antioksidan yang lebih kuat. Anggur Muscadine juga sangat istimewa kerana tumbuh semulajadi ditempat yang panas dan lembab berlainan dengan anggur lain yang memerlukan tempat sejuk dan dingin. Selain itu, Anggur muscadine juga mempunyai kulit yang keras dan tebal berbeza dengan anggur biasa yang mempunyai kulit yang lembut dan nipis .Anggur muscadine tidak perlu di sembur dengan air dan bahan kimia kerana anggur muscadine boleh menahan suhu panas dan mampu melindungi dirinya dari bakteria dan fungus.

Ternyata Anggur Muscadine ini sangat unik dan istimewa. Begitu juga kesannya terhadap kesihatan kita.

Kandungan Resveratrol Dan Polifenol  di dalam Anggur Muscadine

Resveratrol adalah antioksidan yang sangat berkesan yang dihasilkan oleh tumbuhan. Resveratrol juga merupakan sejenis polifenol yang biasa ditemui dalam wain merah. Satu kajian yang dijalankan oleh Jabatan Sains dan Teknologi, Universiti Ohio, AS, pada tahun 1997 membuktikan kejayaan resveratrol menyekat pembahagian sel-sel kanser di peringkat selular.Polifenol adalah sebatian antioksidan semulajadi yang biasa ditemui didalam tumbuhan yang boleh dimakan. Sejak 100 tahun yang lalu, saintis yang mula mengkaji khasiat kesihatan bagi tumbuhan yang mengandungi polifenol yang bertindak sebagai agen antioksidan.

Kajian-kajian saintifik dan penyelidikan-penyelidikan klinikal menyarankan yang pengambilan diet yang tinggi dalam kandungan polifenol dalam jangka masa panjang dapat melindungi diri dari masalah kesihatan yang berkaitan dengan penuaan.

Selain dari mempunyai kandungan resveratrol yang tinggi, istimewanya Anggur Muskat (Muscadine grapes) ini kerana ia juga turut mengandungi asid ellagik (ellagic acid) dalam kepekatan yang tinggi yang tidak dijumpai di dalam anggur biasa.Campuran pelbagai jenis polifenol ini yang menjadikan Vivix Shaklee terlalu istimewa!

TESTIMONI VIVIX
===============
"Adik ipar saya menjalani pembedahan buang tumor December 2012 seminggu sebelum akad nikah. Selepas seminggu akad nikah dia dikhabarkan berita sedih bahawa tumr tersebut merupakan kanser tahap 3... Dia amalkan vivix selama sebulan,, kemudian hasil check up mendapati dia telah bebas daripada kanser."

Noor Azlina, Perak
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Shaklee membantu pulih dengan segera. Selepas kimoterapi, saya mencari suplemen yang membantu badan pulih dengan cepat. Selepas consume selama sebulan, terus yakin dengan Shaklee walau baru sebulan amalkan Shaklee ketika itu kerana merasa perbezaan yang ketara dari segi energy level & health condition. Membuat saya tidak ragu-ragu lagi, kerana sebelumnya saya telah cuba pelbagai suplemen jenama lain tetapi tiada perubahan.

Mr. Law Chu Hian, Subang
---------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Mak saya mengidap kencing manis dan bila makanan tidak terkawal, bacaan kandungan gula dalam darahnya mula naik mendadak. Apabila perkara ini berlarutan, penglihatan mak menjadi kabur dan makin kabur. Mak kata, apa yang beliau rasa adalah...matanya menjadi makin kembang dan berair. Apabila hal ini berlaku, maka mak tak boleh melihat dengan baik bertambah buruk lagi mak tidak dapat memandu. Mak saya tak boleh makan sebarang supplement kerana ia akan menambah burukkan keadaan yang dia lalui. Mungkin disebabkan fungsi buah pinggangnya yang sedikit terjejas akibat kencing manis.

Oleh kerana itu saya hanya berikan mak saya vivix sahaja. Pada mulanya mak makan setengah sudu teh sehari tetapi kerana mak saya selesa dengan vivix, beliau mengambil 2 sudu besar sehari. Kini saya bekalkan mak saya 2 botol vivix untuk sebulan consume.Dalam masa tak sampai sebulan, penglihatan mak menjadi lebih baik. Mak rasa kedudukan matanya semakin elok dan tidak seperti sebelumnya yang mana ianya mengembang dan berair.

Alhamdulillah, mak saya boleh melihat semula ....tak perlu duduk dekat dengan tv untuk menonton seperti sebelum ini disebabkan matanya yang kabur. Penglihatan mak dah kembali sedia kala. Syukur pada ALLAH atas izinNYA jua. Pengambilan vivix banyak memberi kesan positif pada paras gula dalam darah mak saya serta penglihatannya yang kabur dulu telah pulih sedia kala.
Tiada apa yang lebih menggembirakan saya selain kesihatan mak yang baik. Duit boleh dicari...selagi ada daya usaha.Mudah2an mak dapat menunaikan umrah dengan lebih baik, insyaALLAH."

Puan Norita, Pulau Pinang.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berminat nak baca tentang Vivix dan penyakit SLE? Sila Klik SINI

Untuk anda yang berminat nak mencuba VIVIX Shaklee, kami ada berita gembira buat anda semua.
Sepanjang Mei-Oktober 2015, Shaklee melancarkan promosi YES PACK yang mana ia menawarkan DISKAUN 5% untuk pembelian 2 Botol VIVIX Shaklee. Selain itu anda juga layak mendapat KEAHLIAN PERCUMA beserta BONUS PEMBELIAN.


Berminat nak dapatkan YES PACK (4) ini?
Hubungi 019-9593058 (Whatsapp/Telegram ) ok


Tuesday, April 28, 2015

Rahsia Kulit Cantik Dari Dalam

Sapuan solekan sahaja tidak mencukupi jika anda ingin kelihatan cantik dan menawan. Apa yang penting untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik adalah menjaga kesihatannya dari dalam. Maksudnya disini, pengambilan zat nutrisi sehari-hari memainkan peranan yang besar untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat.

Menurut pakar, kulit sama juga dengan organ di dalam tubuh. Jika tidak diberi keperluan makanan yang mencukupi, maka fungsinya juga akan mengalami penurunan. Dalam menjaga penampilan juga, kebersihan dan kesihatan kulit perlu dijaga dengan betul. Penjagaan luaran sahaja tidak mencukupi. Ia harus seimbang dengan penjagaan dalaman agar anda mendapat kulit yang cantik dan sihat luar dan dalam.

Ini antara rutin yang perlu diikuti andai inginkan kulit cantik dan sihat dari dalam. Tak mahal pun belanjanya.
  • Amalkan minum air putih/kosong sekurang-kurangnya 3L sehari
  • Makan sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Lakukan senaman secara teratur
  • Jangan lupa ambil suplemen seperti Vitamin E secara semulajadi secara rutin. Ia akan membantu proses regenerasi kulit dari dalam sekaligus membantu menangani masalah radikal bebas.
Sumber Vitamin E boleh didapati daripada sayur-sayuran, buah, susu, telur dan kekacang. Dua sumber Vitamin E yang terbaik boleh diperolehi dari minyak biji gandum dan juga minyak biji matahari. Nak tahu tak Vitamin E Shaklee dari sumber yang mana?

 Vitamin E Shaklee diperbuat dari:
  • Minyak kacang soya
  • Minyak biji gandum
  • 8 jenis Vitamin E yang lain (d-alpha,beta,gama,delta)
  • Mengandungi 10mg SELENIUM semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap Vitamin E dengan lebih baik.
  • Grape Seed Extract.
Untuk pengetahuan semua, Vitamin E mempunyai manfaat yang sangat besar terutamanya untuk
  • Meningkatkan daya tahan tubuh badan.
  • Membantu mengurangkan risiko kanser
  • Meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit
  • Melambatkan proses penuaan
  • Anti oksida yang melindungi struktur sel dari kerosakan akibat radikal bebas
Bila sebut pasal kulit cantik dan Vitamin E, tidak sah rasanya andai tiada Vitamin C. Vitamin C ini bukanlah vitamin yang boleh memutihkan kulit seperti yang didakwa oleh kebanyakan penjual suplemen kecantikan. Sebenarnya tanggapan itu kurang tepat kerana fungsi Vitamin C adalah untuk membuang sel-sel kulit mati yang kusam. Setelah sel-sel itu dibuang, barulah kulit kita akan bersinar dan cerah.

Jadi kalau nak dapatkan kulit cantik dan sihat amalkan lah pemakanan yang seimbang, yang cukup zatnya. Paling senang ambil je suplemen Shaklee kerana keberkesannya telah terbukti selamat.


Kenapa saya yakin ianya selamat?

Ini jawapannya,

Fakta ringkas tentang Shaklee

1. Shaklee Salah Satu Syarikat Suplemen Tertua Dunia

Selain merupakan pengeluar suplemen pertama dunia iaitu pada tahun 1915, Shaklee telah berada dalam pasaran suplemen selama 55 tahun. Di Malaysia sendiri ia telah bertapak sejak 1995 iaitu hampir 20 tahun.

2. Shaklee Selamat 
Shaklee memastikan setiap bahan baru menjalani ujian supaya bebas dari lebih 350 bahan berbahaya.

3. Ujian Kualiti
Shaklee menjalankan lebih daripada 100 ribu ujian kualiti setiap tahun ke atas produk keluarannya untuk menjamin ketulenan tahap tertinggi dan tahap kualiti tertinggi.

4. Pelaburan R&D
Shaklee melaburkan sebanyak USD250 juta (dianggarkan bersamaan RM800 juta) untuk ujian klinikal, kajian dan pembangunan R&D.

Tahukah anda? Sebenarnya di Malaysia, suplemen atau makanan tambahan tidak diwajibkan melalui ujian klinikal. Hanya ubat wajib buat ujian klinikal. Sebab itu kebanyakan pengeluar suplemen tidak melakukan ujian klinikal ini disebabkan kosnya yang sangat tinggi.

Mengapa Shaklee buat juga ujian klinikal? Ini kerana Shaklee ingin memastikan kualiti dan hasil yang terbaik. Dan ujian klinikal ini juga bukan ke atas haiwan, sebaliknya ianya ke atas manusia sendiri.

Jadi, kalau kalaulah produk ini berbahaya dan diambil oleh seribu orang, rasanya hanya seorang akan bernasib baik tidak terkena apa-apa bahaya. Dan jika pun memang bahaya, tentu sudah lama produk Shaklee berkubur, tetapi peliknya ia masih bertahan lebih 55 tahun.

Jadi kepada anda yang baru nak mula makan Shaklee atau baru makan separuh jalan, pastikan anda dapatkan produk ini daripada pengedar yang sah seperti saya ye.
 

Monday, April 6, 2015

Bahaya Berkahwin Dengan Perokok

Dulu masa zaman muda mudi saya meletakkan syarat untuk bakal suami agar tidak merokok. Alhamdulillah jodoh saya bukan dengan perokok. Nak tau tak kenapa saya katakan bahaya berkahwin dengan perokok? Mana tak bahaya, kalau suami anda perokok, anda dan anak-anak automatik akan menjadi perokok pasif.


Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma, kanser paru-paru dan juga jangkitan telinga berbanding dengan mereka yang tidak merokok.



Untuk entri kali ini K.Yaa nak citer pasal merokok dan risiko mendapat kanser paru-paru bagi peroko dan juga perokok pasif. Kanser paru-paru merupakan salah satu penyebab utama kematian di negara kita selain dari penyakit penyakit jantung dan juga diabetes. Menurut satu laporan, kanser paru-paru adalah kanser ketiga yang berbahaya selepas kanser payudara dan juga kanser kolorektal.

Bagaimana agaknya kanser paru-paru boleh terjadi dikalangan mereka (dan keluarga) yang merokok?
Rokok sebenarnya bukan sahaja dipenuhi dengan bahan kimia penyebab kanser tetapi ia juga turut melumpuhkan sistem pertahanan semulajadi paru-paru. Laluan udara yang dilapik dengan rerambut halus yang dikenali sebagai silium.

Rerambut ini melindungi paru-paru melalui cara menyapu keluar toksin, bakteria dan virus. Asap tembakau melumpuhkan silium dan ini menyebabkan ia tidak dapat menjalankan fungsinya. Keadaan ini yang membenarkan karsinogen untuk berkumpul dalam paru-paru.

Kanser paru-paru ini terbahagi kepada dua kumpulan besar bergantung kepada jenis-jenis sel.

#1: Non-Small Cell Lung Cancer (NSCLC) yang boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu
      - Adenocarcinoma (30-40 %)
      - Squamous Cell Carcinoma (30%)
      - Large Cell Cancer (10%)

#2: Small Cell Lung Cancer(SLSC) 20% sahaja kerana jenis ini jarang ditemui tetapi jika ada, ia akan membiak pantas dan akan merebak ke bahagian badan yang lain semasa didiagnosis.

Jenis-jenis lain adalah termasuk  Carcinoid Tumor dan juga Lymphoma (5%)

Gejala-gejala Kanser Paru-paru
Kanser paru-paru bermula secara senyap. Di peringkat awal memang tiada tanda-tanda awal atau gejala-gejala yang mencurigakan. Apabila ianya semakin serius, anda mungkin boleh melihat gejala-gejala ini :
  • Batuk yang berterusan
  • Sakit dada sewaktu menarik nafas dalam-dalam
  • Sesak nafas
  • Keluar kahak berdarah ketika batuk
  • Lesu dan tidak bermaya.
Bagaimana nak selamatkan diri anda dan keluarga terdekat dari kanser paru-paru?
Pertama sekali, harus ingat bahawa :
  • Setiap sedutan membawa padah.
  • Kenapa harus meracuni diri?
  • Jangan biarkan asap rokok merosakkan paru-paru anda.
  • Selamatkan diri dari kanser paru-paru.
  • Bertindak bijak, jangan merokok.Berhentilah demi anak-anak dan isteri tersayang.
Nak tips berhenti merokok? Sila play video ini dan luangkan masa seminit dua untuk mendengar testimoni ini.


Berhenti Merokok Dengan Cepat untuk Selama-Lamanya from iReach HD on Vimeo.

Alhamdulillah, hantu rokok pun takutkan Vivix...hehe

Ibu-ibu, isteri-isteri di luar sana jom sama-sama kita bantu suami masing-masing...

Belikan sebotol Vivix dan hadiahkan kepada suami anda hari ini juga...



Hubungi K.Yaa 019-9593058 ok


Sunday, March 29, 2015

Tanda-tanda Awal Penyakit Jantung yang Perlu Diberi Perhatian

Jantung adalah organ utama yang terdapat di dalam badan kita. Ia dibina dari otot yang kuat dan mendapat bekalan darah dari jaringan saluran darah yang mengelilinginya. Jantung mengepam darah untuk membekalkan oksigen dan zat makanan ke seluruh badan melalui sistem peredaran darah. Jantung yang sihat berupaya mengepam 10 ribu liter darah sehari dan berdenyut kira-kira 100 ribu kali sehari iaitu antara 60 hingga 80 kali seminit.


Sakit jantung berlaku apabila salur darah jantung menjadi sempit. Penyempitan ini berlaku kerana dinding sebelah dalam saluran darah diselaputi lemak terutamanya kolesterol.Sakit jantung boleh terjadi pada bila-bila masa walau di mana anda berada. Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di Malaysia. Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh dicegah, dirawat dan dielakkan.

Sebelum ianya menjadi semakin parah, adalah lebih baik jika kita semua mengambil tahu akan tanda-tanda awal penyakit ini. Bak kata pepatah mencegah itu lebih baik dari merawat.

Tanda-tanda awal diserang penyakit jantung.

#1 : Sakit dada - Ia terjadi akibat sel-sel jantung tidak mendapat oksigen yang secukupnya kerana kurangnya aliran darah ke otot-otot jantung.

#2 : Sukar bernafas
- Kesukaran ini biasa berlaku semasa tidur atau semasa berbaring. Ketika ini cuba tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan secara perlahan-lahan. Ia dikenali sebagai Nocturnal Dyspnea. Ia berlaku akibat jantung kurang berkemampuan untuk mengepam darah ke seluruh tubuh dan kembali semula ke paru-paru.

#3 : Kurang selera makan - Ianya berlaku akibat pengumpulan cecair dalam hati (sistem pencernaan).

#4 : Sering rasa lelah dan penat - Rasa lelah, penat dan lesu ini berlaku kerana tubuh tidak mendapat oksigen yang mencukupi.

#5 : Kerap membuang air kecil/kencing - Intensiti buang air yang kerap juga antara tanda-tanda awal (simptom) sakit jantung. Cara mengelak dari masalah ini adalah dengan mengurangkan pengambilan cecair pada waktu malam.

Agak-agak ada tak vitamin shaklee untuk penyakit jantung? Mestilah ada... ni haa vitaminnya, kecil-kecil cili padi.... CoQHealth Plus.

CoQHealth Plus ini ialah supplemen yang mengandungi campuran proprietari bagi Co Enzim Q10 , Vitamin E serta ekstrak teh hijau. Setiap botol mengandungi 30 kapsul lembut CoQ Health Plus. Bahan utama dalam supplemen ini ialah Co Enzim Q10 . Co Enzim Q10 adalah nutrien larut lemak yang dihasilkan dalam tubuh dan ada dalam semua sel.

Kebaikan utama Co enzim Q10 ia dapat menangani serangan jantung. Jika kita didapati mempunyai rendah CoQ10 di dalam sel-sel otot jantung, maka jantung kita berisiko untuk gagal berfungsi dan menemui ajal.

Kebaikan lain Co enzim Q10 adalah ia dapat mengurangkan simptom-simptom masalah jantung seperti sesak nafas, sukar tidur, dan bengkak. Jadi CoQ10 penting untuk meningkatkan tenaga di dalam otot jantung, juga meningkatkan kekuatan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan.



Jika anda sayang jantung anda dan orang-orang yang anda sayangi, hubungi saya untuk mendapatkan CoQHealth anda hari ini juga!












Thursday, March 26, 2015

Terapi Warna Turunkan Berat Badan

Belek-belek majalah, terjumpa satu artikel yang amat menarik perhatian saya. Terapi warna boleh turunkan berat badan. Wahhh, sayalah orang yang paling teruja bila baca artikel ini maklumlah sekarang ni badan makin naik macam dipam-pam. Ye lah, selera makan memang tak boleh nak kontrol, nasi 3 kali sehari memang wajib.


Bagi yang dah cuba bermacam-macam cara untuk menurunkan berat badan tapi masih belum berhasil, boleh cuba guna terapi warna ini. Sebenarnya terapi warna ini bukanlah sesuatu yang baru, malah ia telah dipraktikkan lebih kurang 4000 tahun yang lalu. Jangan terkejut korang, sesetengah warna boleh mengurangkan nafsu makan. 

Jom kita tengok terapi mengikut warna ini :


#1: Biru
Warna biru mampu menurunkan keinginan untuk makan. Jadi,sekiranya anda ingin mengurangkan berat badan dengan cepat maka cuba ubah warna lampu dalam peti sejuk ke warna biru selain daripada pinggan,meja makan,cawan dan sebagainya.

#2: Kuning
Mungkin anda boleh mengenakan cermin mata warna kuning bagi mengurangkan nafsu makan sekaligus membantu menurunkan berat badan dengan cepat. Seelok-eloknya guna cermin mata kuning setengah jam sehari. Cara ini dikatakan mampu melancarkan program diet anda malah ia juga berupaya meningkatkan aktiviti organ tubuh yang lambat berfungsi.

#3: Merah
Selain warna biru dan kuning, warna merah juga membantu untuk menurunkan berat badan. Ia juga mampu meningkatkan kadar metabolisme badan. Cuba luangkan masa 10 minit untuk memvisualkan warna merah sekeliling anda. Lakukan dua kali sehari.

#4: Hijau dan Ungu
Sekiranya anda menghadapi masalah berat badan, cuba gantungkan gambar yang mengabungkan dua warna ini di dinding ruang makan. Sebagai alternatif, boleh juga gunakan pinggan atau cawan berwarna hijau dan ungu bagi menghadkan pengambilan makanan. Cara ini dikatakan berkesan untuk membuatkan anda makan pada jumlah yang sedikit.

#5: Hitam
Tidak salah andainya menggunakan warna hitam sebagai warna hiasan meja makan kerana ia juga berupaya menyekat nafsu makan.

Nah, itulah terapi warna-warni untuk menurunkan berat badan.
Selamat mencuba.

Salam sayang,
Kak Yaa (Maria Ismail)
Shaklee Independent Distributor
Kota Bharu, Kubang Kerian,Bachok & Pasir Mas.
☎ 019-9593058

Sunday, March 15, 2015

Kaedah Betul Merawat Kulit Wajah

Assalamualaikum...

Salam santai dan selamat bercuti buat semua kawan-kawan Kedai Vitamin D'Rias. Alhamdulillah, walaupun kini kami sedang bercuti di kampung halaman suami tercinta, masih ada ruang untuk saya berkongsi cerita dan tips-tips kecantikan dan kesihatan dengan anda semua.


Hari ini saya nak kongsi 3 perkara asas tentang kaedah merawat kulit wajah yang betul. Ramai yang beranggapan bahawa kalau nak cantik kena keluarkan belanja yang banyak untuk membeli produk dan menjalani rawatan kecantikan terkini. tetapi ketahuilah bahawa semua rawatan tidak akan menjadi seandainya anda mengabaikan 3 langkah asas ini.


#1: Buang Sel Kulit Mati
Ramai beranggapan bahawa sel kulit mati perlu dibuang daripada kulit wajah, namun tahukah anda akan kebaikan sel kulit mati ini. Sebenarnya sel kulit mati ini membantu melindungi kulit wajah daripada pencemaran dan bakteria. Sebaik-baiknya gunakan skrub dua minggu sekali. Bukannya setiap hari hokey.

Pilih skrub jenis lembut yang mengandungi Alpha Hydroxy, Glycolicm atau skrub yang diperbuat daripada beras. Psttttt, nak lagi lembut, korang boleh gunakan skrub Alfalfa Shaklee sahaja. Sekiranya anda mengalami iritasi, gatal-gatal atau kemerah-merahan itu tandanya bahawa skrub yang anda gunakan tidak sesuai dengan kulit anda.

#2: Bersihkan Wajah 2 Kali Sehari
Tahukah anda bahawa penggunaan pencuci muka lebih dari dua kali akan menghilangkan kandungan natural wajah, selain akan membuatkan kulit menjadi kering dan kehilangan lembapan semulajadinya. Malah bakteria juga akan mudah untuk melekat di wajah kita.

#3: Pilih Produk Sesuai

Anda yang mengalami kulit yang berjerawat  dan berminyak, seharusnya anda memilih produk yang bebas minyak. Semua jenis kulit pada dasarnya memerlukan minyak untuk megawal lembapan kulit.
Produk semulajadi yang boleh saya cadangkan untuk anda adalah set penjagaaan kulit NutriWhite dan juga Enfuselle daripada Shaklee.


Jika berminat nak dapatkan produk-produk Shaklee, boleh hubungi saya seperti biasa.


Friday, March 13, 2015

Rawatan Terbaik Untuk Pesakit Asma

Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.

  • Penyebab biasa serangan asma termasuklah:
  • alahan dihidu seperti kutu habuk (house dust mite), debunga, spora kulapuk (mould spores), epithelials binatang peliharaan
  • udara sejuk
  • senaman
  • jangkitan sistem pernafasan
  • tekanan emosi
  • aspirin dan ubat seumpamanya
Asma juga merupakan satu penyakit yang dikaitkan dengan keturunan.Umum mengetahui bahawa penyakit asma tidak boleh diubati tetapi ia boleh dirawat. Rawatan asma adalah bertujuan hanya untuk mengawal penyakit tersebut. Rawatan menggunakan inhaler adalah pilihan utama bagi setiap pesakit asma. Ini kerana inhaler menyasarkan paru-paru secara terus tanpa melalui perut dan juga saluran darah.


Walaupun ianya merupakan cara yang paling lama digunakan, ubat-ubatan dalam inhaler sudah banyak berubah. Inhaler juga sudah diperbaiki rupa bentuknya supaya penggunaan lebih efisien.

Tapi kalau anda tak nak menggunakan inhaler yang mengandungi steroid, anda boleh mencuba vitamin Shaklee sebagai alternatif. Jom dengar apa kata mereka.Meraka merupakan pengguna vitamin Shaklee untuk mengatasi masalah asma yang kronik. Nak tahu mereka ambil apa?
Jom dengar.


Rawatan Asma Kronik? Inhaler Bukan Kawan Baik Dia Lagi from iReach HD on Vimeo.

Selain daripada penggunaan ubat-ubatan dan juga vitamin Shaklee, gaya hidup pesakit asma juga perlu diubah. Bersukan misalnya boleh membantu menguatkan paru-paru. Paru-paru kita mempunyai kekuatan yang boleh dilatih.Kalau kita kuat berlatih, insyaAllah paru-paru kita juga akan kuat. Bila paru-paru kuat, risiko serangan asma juga akan berkurang.

Jadi cara terbaik untuk merawat asma adalah dengan mengamalkan vitamin Shaklee dan juga mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Inginkan vitamin Shaklee? Boleh dapatkan dengan saya ye...COD sekitar Binjai, Wakaf Stan,Kubang Kerian dan juga Bachok.


Wednesday, March 11, 2015

Tip Lepas Botol Susu Anak-Anak

Artikel ini saya terbaca dalam majalah Mingguan Wanita keluaran Januari yang lepas. Jika ada dikalangan kita yang belum membacanya, boleh la baca kat sini...


Menurut artikel itu, tiga tahun merupakan umur yang sesuai untuk mereka mula menggunakan cawan ketika minum. Tetapi, nak melepaskan botol kesayangan mereka itu bukannya mudah...

Rania Afrina, si bongsu saya mula menggunakan botol pada usia 2 tahun setengah selepas 'wean off'. Alhamdulillah baru beberapa hari lepas sudah mula meminta susu dalam cawan. Itupun dah nak masuk usia 4 tahun pada 24hb Mac nanti. 


Rasanya botol susu yang ada dah boleh simpan dah.
Jika ibu-ibu berhajat nak lepas botol anak-anak, boleh cuba ikuti tip-tip ini :
  1. Ajak anak untuk sama-sama memilih cawan kegemarannya ketika membeli belah.
  2. Biarkan anak-anak memilih warna, motif dan rekaan cawannya.
  3. Belikan beberapa biji cawan yang berbeza bentuk untuk mencipta suasana yang berlainan ketika minum. Pastikan cawan tersebut daripada material yang tahan lasak.
  4. Ajak anak ketika ingin membancuh susunya, dan jadikan ia aktiviti yang menyeronokkan untuk anak-anak anda.
  5. Pastikan ibu berkompromi semasa tempoh penyesuaian awal bertukar dari botol susu kepada cawan. Misalnya hadkan penggunaan botol pada malam hari sahaja.Pada waktu siang wajib guna cawan.
  6. Ajak anak berkumpul dengan kawan-kawan atau abang dan kakaknya semasa minum pagi atau minum petang. Biasakan dia agar lebih terdedah dan terdorong untuk minum menggunakan cawan seperti kawan-kawan atau abang kakaknya.


Google punye google jumpa cawan warna warni yang cantik ni, kalau mak pun suka anak apatah lagiii....warna-warna terang macam ni memang menarik perhatian. Cubalah...

Sharing with love, 
Maria Ismail
Shaklee Independent Distributor
Kubang Kerian, Kelantan.

Wednesday, March 4, 2015

Senggugut Kronik : Jangan Pandang Ringan,Atasinya Dengan Vitamin Shaklee

Setiap bulan, majoriti wanita termasuk saya sendiri pernah berdepan dengan masalah senggugut yang kronik.

Ia merupakan sindrom pra-haid atau PMS ini berpunca daripada otot-otot uterus yang mengalami kekejangan.

Kesakitannya sukar digambarkan, hanya yang mengalaminya sahaja yang tahu. Ada beberapa tip yang boleh diambil untuk mengurangkan kesakitan ini, selain mengamalkan set senggugut Shaklee.

Tip #1:
Banyakkan pengambilan air kosong kerana air sangat penting untuk menambahkan cecair yang hilang semasa period. Kalau boleh elakkan pengambilan kopi atau soda untuk mengelakkan perut kembung sekaligus akan memburukkan keadaan senggugut anda.

Tip #2:
Anda juga boleh mengambil ubat pelega seperti panadol tetapi ia mengambil masa untuk bertindak. Tapi saya tak galakkan anda mengamalkan panadol kerana ia akan memberi kesan jangka panjang. Yelah, drug kan. Apa-apa pun pilihan anda, jangan sesekali ambil ubat pelega ketika perut kosong.Kalau nak guna vitamin shaklee, boleh cuba Ostematrix & juga B complex macam Puan Maria Awi ini


Masalah Senggugut Teruk Nak Patah Pinggang! Mak Aih, Nasib Dah OK from iReach HD on Vimeo.

Tip #3:
Cegah sebelum parah. Terutamanya dari segi pemakanan, amalkan pemakanan seimbang. Supplemen yang mengadungi kalsium serta zinc juga mampu mengurangkan simpton kembung perut dan juga masalah kekejangan. Jika nak cuba set senggugut kronik Shaklee ini antara vitamin yang perlu anda amalkan iaitu GLA Complex, Ostematrix dan juga B complex.

Tip #4: 
Bersenam. Siapa kata bersenam semasa datang haid tidak sesuai? Besenam semasa haid sebenarnya sangat bagus bahkan ia juga dikatakan mampu melegakan kesakitan. Lakukan pergerakan sekerap mungkin, insyaAllah secara tidak sedar kesakitan akan hilang. Tak percaya? Cubalah...

Tip #5:
Bagi meregangkan otot-otot yang kejang, adalah digalakkan agar badan sentiasa dalam keadaan panas. Salah satu cara yang saya amalkan dulu-dulu adalah bertungku atau tuam dengan air panas. Atau cara pantas adalah dengan mandi dengan air panas.

InsyaAllah, semoga dengan perkongsian tip-tip ini, masalah senggugut anda akan berakhir.

Period tanpa seggugut sebenarnya sangat-sangat membahagiakan.

Berminat nak dapatkan set senggugut kronik Shaklee?

Boleh hubungi Kak Yaa ye...




Our Fanpage

Tinggalkan jejak anda disini

Followers

Labels

Agen detoks ( 2 ) Ahli Shaklee ( 3 ) ajar anak bijak ( 1 ) AJHT ( 2 ) Alahan Rhintis ( 1 ) Alahan/Morning Sickness ( 1 ) Alfalfa ( 4 ) Alfalfa Complex 5.testimoni set kurus shaklee - 720 6.harga set kurus shaklee - 480 7.kurus shaklee ( 1 ) Alfalfa Shaklee ( 5 ) Amalan jimat cermat ( 1 ) Anak cerewet makan ( 1 ) anak pintar ( 1 ) Anak Sekolah ( 2 ) angin pasang ( 1 ) anti penuaan ( 1 ) Antibiotik ( 1 ) Asma ( 1 ) Atasi jerawat ( 1 ) B Complex ( 5 ) B-Complex ( 1 ) Bahaya Rokok ( 1 ) banyakkan susu ibu ( 1 ) Basic H Shaklee ( 1 ) Batu Karang ( 1 ) Bayi ( 1 ) bekerja di rumah ( 2 ) Breastfeeding ( 1 ) Buah Pinggang ( 1 ) Cadangan Pemakanan Ostematrix ( 1 ) cara bancuh ESP ( 1 ) cara betul makan vitamin shaklee ( 1 ) Cara Makan Collagen ( 1 ) Cara makan Peppermint Ginger Plus ( 1 ) Cara menghilangkan jerawat ( 1 ) cara menguruskan stress ( 3 ) cara menurunkan berat badan ( 1 ) Chew Vita C ( 3 ) Cinch Shake ( 2 ) Cinch Tea ( 1 ) Coaching ( 1 ) Coenzyme Q10 ( 2 ) CoQ10 ( 3 ) CoQHealth Plus Shaklee ( 3 ) Daftar ahli Shaklee ( 2 ) Daftar keahlian ( 3 ) Dermatitis ( 1 ) DHA ( 1 ) diabetes ( 2 ) diabetes diet ( 1 ) diabetes symptoms ( 1 ) Diet ( 1 ) Diet Ibu Hamil ( 2 ) Dr Forest C. Shaklee ( 1 ) Enfuselle ( 1 ) EPA ( 1 ) EPO ( 1 ) eSell ( 1 ) ESP ( 9 ) ESP Shaklee ( 3 ) Free Membership ( 3 ) Garlic ( 1 ) Garlic Shaklee ( 3 ) Gastrik ( 1 ) Get Clean Home Care ( 1 ) Get Clean Water Pitcher ( 1 ) GLA ( 2 ) GLA Complex ( 2 ) GLA Complex Shaklee ( 3 ) Glukosamine ( 1 ) Healing krisis ( 1 ) Herblax ( 3 ) Hiasan dalaman ( 1 ) Hipertensi ( 2 ) Hypertension ( 1 ) Ibu cemerlang ( 1 ) Insomnia ( 1 ) iron ( 2 ) Jadi Ahli Shaklee ( 4 ) jana income ( 1 ) Jana Pendapatan ( 2 ) Jerawat ( 1 ) jerawat batu ( 1 ) kaitan iron & Vit C ( 1 ) kaki bengkak ( 1 ) Kalsium ( 1 ) Kanak-kanak ( 2 ) Kanser Paru-paru ( 1 ) Kawal perbelanjaan ( 1 ) Keahlian Percuma ( 2 ) Kebaikan Alfalfa Shaklee ( 2 ) Kebaikan buah kurma ( 1 ) Kebaikan ESP Shaklee ( 2 ) Kebaikan susu ibu ( 1 ) kecutkan jerawat ( 1 ) Kegawatan ekonomi ( 1 ) Kejang kaki ( 1 ) Kejangn Otot ( 1 ) Kekejangan Otot ( 2 ) Kelebihan Shaklee ( 1 ) keluarga bahagia ( 1 ) Kembung Perut ( 1 ) kenncing manis ( 1 ) Kepentingan kalsium untuk ibu hamil ( 1 ) Kepentingan kalsium untuk ibu menyusu ( 1 ) kepentingan vitamin kepada ibu mengandung ( 1 ) Kepentingan Zat Besi ( 1 ) Kesan kekurangan kalsium ( 1 ) Kesuburan Lelaki ( 1 ) Kesuburan Wanita ( 1 ) Khasiat daun pudina ( 1 ) kisah inspirasi shaklee ( 1 ) Kolesterol Baik( HDL) ( 1 ) Kolesterol Jahat(LDL) ( 1 ) kombinasi terbaik ESP ( 1 ) Konsep Moden Kontemporari ( 1 ) krisis pemulihan ( 1 ) kulit cantik ( 3 ) Kulit Kering ( 1 ) Kulit wajah cantik berseri ( 1 ) Kurus ( 2 ) Lactalbumin ( 1 ) Lecithin ( 4 ) Lecithin Shaklee ( 2 ) Makanan Tambahan ( 2 ) Masalah kencing tak lawas ( 1 ) masalah ketika hamil ( 1 ) Masalah mulut berbau ( 1 ) Masalah penuaan ( 1 ) Masalah rambut gugur ( 1 ) Mealshakes ( 8 ) Mighty 3 Gems ( 2 ) Minyak Ikan ( 1 ) Minyak ikan terbaik ( 1 ) Modal Rendah ( 1 ) Motivasi ( 1 ) Multivitamin Pertama ( 1 ) Multivitamin terbaik ( 1 ) Nutriferon ( 1 ) Obesiti ( 1 ) Oedema ( 1 ) Omega Guard ( 3 ) Omega Guard ( 7 ) Omega-3 ( 3 ) online bisnes ( 1 ) Order Online ( 1 ) Order Shaklee Online ( 1 ) Ostematrix ( 8 ) Osteomatrix Shaklee ( 1 ) Panduan ibu berkerjaya ( 1 ) Panduan Menggunakan eSell ( 1 ) Panduan Pemakanan ibu hamil ( 1 ) Parut ( 1 ) Pencuci Bebas Racun ( 1 ) Pencuci Serbaguna ( 1 ) Pengedar Shaklee ( 2 ) pengedar Shaklee Bachok ( 1 ) Pengedar Shaklee Kota Bharu ( 2 ) pengedar shaklee Kubang Kerian ( 1 ) Pengedar Shaklee Pasir Mas ( 1 ) penyakit diabetes ( 2 ) Penyakit hernia ( 1 ) Penyusuan ibu ( 1 ) Peppermint Ginger Plus ( 3 ) peranan surirumah ( 1 ) perbezaan soya shaklee ( 1 ) Performance Drink ( 1 ) Petua Kecantikan semulajadi ( 1 ) picky eaters ( 1 ) Pikcky Eaters ( 1 ) Pil Kalsium ( 1 ) Pil kalsium Shaklee ( 2 ) PMS ( 1 ) pregnancy set trimester 1 ( 1 ) Purifying Shampoo ( 1 ) Pusat menonjol ketika hamil ( 1 ) Rahsia anak bijak ( 1 ) Rahsia Awet Muda ( 3 ) Ramadhan 1436H ( 1 ) Rawat Keputihan ( 1 ) Rendahkan Kolesterol ( 1 ) Resdung ( 1 ) Revitalizing Shampoo ( 1 ) saat awal kenali Shaklee ( 1 ) Sakit Jantung ( 1 ) Sakit Kaki ( 1 ) Sakit Perut ( 1 ) Sakit Sendi ( 1 ) Sarapan pagi ( 1 ) Sejarah Shaklee ( 1 ) Selsema berpanjangan ( 1 ) Sembelit ( 1 ) Sembelit semasa pantang ( 1 ) Sendi ( 1 ) senggugut ( 1 ) Set berpuasa ( 1 ) Set Bersalin Shaklee ( 2 ) set darah tinggi Shaklee ( 1 ) set diabetes Shaklee ( 1 ) set hamil ( 3 ) set hamil shaklee ( 1 ) Set kecantikan Shaklee ( 2 ) Set Kesuburan ( 3 ) Set kesuburan Shaklee ( 3 ) Set Kulit Shaklee ( 3 ) set kurus shaklee ( 3 ) set mengandung Shaklee ( 1 ) Set Menyusu Bajet ( 1 ) Set Menyusu Shaklee ( 1 ) Set morning sicknes ( 1 ) Set Pantang Shaklee ( 1 ) Set rambut gugur ( 1 ) Set Resdung Shaklee ( 1 ) Set Sendi Shaklee ( 1 ) Set Senggugut Shaklee ( 1 ) Set Sinus Shaklee ( 1 ) Set Skin Care NutriWhite Shaklee ( 1 ) Set subur Shaklee ( 1 ) Shaklee Collagen Powder ( 3 ) Shaklee Independent Distributor ( 2 ) Shopping Cart ( 1 ) SID Kelantan ( 1 ) Sindrom pra-haid ( 1 ) Sinusitis ( 1 ) Sistemik lupus eritematosus (SLE) ( 1 ) Skin Care ( 1 ) Skin Care NutriWhite Shaklee ( 3 ) Skin Care Shaklee ( 2 ) SLE ( 1 ) Small Coaching ( 1 ) Sperma Lemah ( 1 ) Status Halal Shaklee ( 1 ) Stress ( 2 ) suami isteri romantis ( 1 ) Suami romantik ( 1 ) Sumbangan banjir ( 1 ) Suplement ( 1 ) Surirumah berjaya ( 1 ) tambah pendapatan ( 1 ) Tambah Tenaga ( 1 ) tanda-tanda penuaan ( 1 ) Target & Fokus ( 1 ) tekanan darah tinggi ( 1 ) Terapi Warna ( 1 ) Tingkatkan sistem imun tubuh ( 1 ) Tip atasi Stress ( 1 ) Tip berhenti hisap botol. ( 1 ) tip hadapi musibah ( 1 ) Tips ( 1 ) Tips diet sihat ( 1 ) Tips Jaga Sendi ( 1 ) Tips Kecantikan ( 1 ) Tutorial eSell ( 1 ) Uluran ( 1 ) urat bersimpul ( 1 ) Usahawan Shaklee ( 2 ) User Manual eSell ( 1 ) vena varikose ( 1 ) Vit C ( 1 ) Vita C ( 3 ) Vita C Shaklee ( 2 ) Vita E Complex ( 2 ) Vita-Lea ( 2 ) Vitalea ( 2 ) Vitalea for Children ( 2 ) Vitamin ACE ( 1 ) Vitamin B-Complex ( 1 ) Vitamin C ( 1 ) Vitamin D ( 1 ) Vitamin E Complex ( 2 ) Vitamin E Shaklee ( 2 ) Vitamin K ( 1 ) Vitamin semasa period ( 1 ) Vitamin sendi ( 1 ) Vitamin Shakee ( 1 ) Vitamin untuk pelajar ( 1 ) Vivix ( 2 ) Vivix Shaklee ( 5 ) WAHM ( 2 ) Zat besi ( 1 ) Zinc ( 2 ) Zinc Complex ( 3 )